BAB 30 - PRISONERS

1.3K 108 0
                                    


RICHARD'S POV

Hampir tengah hari, aku ditempatkan di blok D sementara  blok B dijaga oleh pengawal yang lain.Harap Arya masih selamat.

Mereka yang ditempatkan  di sini kebanyakkannya kerana tidak membayar cukai kepada kerajaan.Setiap rakyat Dracbarrow terpaksa membayar cukai-cukai yang membebankan.Bayangkan, bukan hanya dua tiga sahaja cukai yang ada, malah  berpuluh.Cukai kepala, cukai hasil, cukai perkhidmatan, cukai perlindungan dan banyak lagi.Semuanya perlu dibayar tepat pada masanya, jika kamu tidak mahu tidur di dalam penjara.

Mereka ibarat mangsa keadaan.Isteri atau anak-anak mereka dikurung di sini sehingga bapa atau penjaga mereka membayar hutang kepada kerajaan.

Ada yang sanggup berhutang untuk menjamin keluarga mereka, tetapi sampai bila?

Mereka tidak sedar bahawa mereka hanya hamba kepada KERAjaan.Seperti boneka yang dikerah kudratnya untuk mengaut keuntungan  yang langsung tidak dirasai mereka.Keringat mereka langsung tidak dihargai.

Kehidupan mereka di luar dan di dalam penjara, tidak ada bezanya pun.Sungguh ironi. Sentiasa diawasi setiap pergerakan.Tiada langsung kebebasan.

Permainan Denna memang kejam dan keji.Memisahkan anak-anak dari mendapat kasih sayang kedua-dua orang tuanya. Adakah ini sebenarnya hiburan buatnya? Ratu jenis apa dia itu?

Sisa-sisa hidup mereka di sini disulami penderitaan yang tidak berpenghujung.Ramai anak gadis yang didera oleh warden mereka sendiri.Tetapi, apa yang boleh aku lakukan? Tidak ada apa.

Aku menatap lorong derita ini.Gelap dan kotor, sama seperti  hati Denna.

Kadang kala aku bertanya.Apa gunanya kami ni? Pembela nasib negara? langsung tak.Kami hanya syaitan yang bertopengkan manusia.Kami dilatih supaya tidak menunjukkan belas kasihan semasa bertarung.Tetapi, untuk apa? Memeras ugut orang kampung? Membunuh insan yang tidak berdosa?

Aku pun pelik, bagaimana mereka boleh sanjung perempuan  durjana itu? Termasuk bapa aku sekali.Kenapa tidak ada seorang pun yang berani menentang? Mungkin aku patut tanya soalan itu pada diri aku sendiri terlebih dahulu.

Aku menatap setiap sel kurungan di sini.Kukuh dan teguh.Tidak ada jalan keluar melainkan mati.

Wajah sayu mereka memandang aku seperti meminta belas kasihan.Mata mereka tidak lekang memandang aku.Aku tak akan apa-apakan sesiapa.Aku bersumpah.

Aku cuba menyeka air mata dari jatuh ke pipi.Tangisan anak kecil meminta makan membuatkan aku berasa sebak.Mungkin sudah beberapa hari mereka tidak menjamah apa-apa.Alangkah bagusnya jika aku dapat membantu mereka.

Aku memandang sekeliling.Suasana bertambah sunyi.Mungkin mereka sudah tiada kudrat untuk melawan.Kesuraman timbul pada wajah mereka.Air mata mereka sudah lama kering.Tangisan mereka langsung tidak berharga.

Inilah permainan psikologi Denna.Dia mahu mereka menderita hingga ke penghujung nafas.

Aku mendekatkan diri dengan sel bernombor 3.Tempat aku meluah segala duka di hati.

"Mak," kataku perlahan.

Seorang wanita tua berpaling ke arah aku.Mata birunya memandangku sayu -  lautan terkandung di dalamnya.Sesekali ombak menghempas pantai.Deretan sungai kecil menyusuri pipinya.Aku tidak bermaksud membuat dia menangis.

Aku mengesat air matanya.Dia memegang tangan kotorku.Pegangannya sangat erat.Kami terdiam.Tiada perkataan yang mampu dizahirkan.

"Kamu sihat?" kata Puan Ruth.Dia mengukir senyuman manis.

"Saya sihat mak." Aku mengucup tangannya.

Aku terlihat kesan lebam pada lengan kirinya.Kesan itu masih baru.

"Siapa yang buat mak macam ni?" kataku separa menengking.Aku benar-benar berang.Sanggup mereka lakukan sebegini terhadap seorang perempuan tua.Kalau aku dapat tahu siapa yang lakukan, teruk aku kerjakan orang itu.

"Mak terjatuh aje.Janganlah kamu nak risau sangat." Dia mengusap kesan lebam pada lengannya.Aku tahu dia sedang menipu.

Aku sudah lama mengenali dia.Lebih kurang setahun lebih.Aku tahu apa yang dirasai olehnya.Aku anggap dia sebagai ibu aku sendiri,  memandangkan aku memang tidak pernah merasa kasih sayang seorang ibu.

"Engkaulah satu-satunya harapan kami.Mak nak sangat kamu kotakan janji kamu pada mak dulu.Itu sudah cukup untuk membahagiakan mak dan semua orang."

Aku mula teringat janji aku pada mereka. Saya akan bawa kamu semua keluar dari sini.Saya dah gali satu terowong rahsia yang boleh bawa kita keluar dari sini.Saya janji, kita akan bebas satu hari nanti.

Ayat itu terngiang-ngiang dalam kotak fikiranku.Itu janji yang pernah aku buat, dua bulan yang lalu.Mungkin kepercayaan mereka terhadap aku sudah pun pudar.Tetapi, wanita di hadapanku ini.. jelas berbeza.Dia masih percayakan aku, walaupun aku sudah tidak percaya akan diri sendiri.

Ya, terowong tu memang wujud.Orang-orang aku sudah galinya.Tapi, Arya sudah dapat tahu.Mustahil aku dapat larikan diri kalau dia jadi penghalangnya.Askar dia lebih ramai - sangat ramai.Dia boleh tumpaskan aku dalam sekelip mata.

Pengikut aku pula, tidak ramai.Misi aku ini amat berbahaya.Kalau tertangkap, aku tidak tahu apa nasib yang bangkal aku terima.Denna tidak akan membunuh aku serta merta.Mungkin dia akan bunuh mereka di hadapan aku - satu persatu.

Nyawa mereka bergantung pada aku.Begitu juga nyawa aku.

Selagi aku masih bernyawa, aku akan halang kau..

Amaran Arya tiba-tiba bermain di fikiranku.Ugh, bagaimana aku hendak melawan? Aku tak dapat nak sakitkan orang yang aku cinta.Dia pula sebaliknya.

Aku tidak dapat melawan perasaan ini.Benar, cinta itu boleh membutakan kita.Aku sudah tidak nampak jalan yang benar.Wajarkah aku korbankan ratusan nyawa untuk perempuan yang langsung tidak pernah mencintai aku?

"Apa yang kamu fikirkan tu nak?" Lamunanku terhenti.

"Ugh, tak ada apa.Tentang terowong tu, ia akan siap dalam beberapa minggu lagi. Mak sabar ya." Tergamak aku menipu dia.Tetapi, kata-kata tidak dapat diundur.Apa yang aku patut buat sekarang?

"Baguslah.Mak dah tak sabar-sabar nak keluar.Nanti mak masakkan kamu yang sedap-sedap ya, kamu mesti tak pernah rasa masakan kampung. " Keriangan terpacar di wajanya.Dia layan aku dengan sangat baik walaupun dia tidak ada apa-apa untuk diberi.Walaupun dia miskin, tetapi dia kaya dengan kasih sayang hanya kasih sayang. Memang benar, kasih sayang seorang ibu memang tidak dapat ditandingi.

"Bertuah mak dan ayah engkau ada anak yang macam kau.Baik, bertanggungjawab, hormat orang tua.Hah, alangkah bagusnya kalau aku ada anak macam kau." Dia mengusap jari aku perlahan.
Cukup! Aku sudah tidak tahan lagi.Aku sudah letih berpura-pura.

Arya, jangan buat benda ni jadi lebih sukar.Aku tidak mahu lihat sesiapa menderita di hadapan mata aku - lagi.

THRONE OF THE VAMPIRE QUEENWhere stories live. Discover now