Jarred meluru ke arah Sarafina bersama pedang yang digenggam erat.Dia mengepalkan semangatnya yang kian luhur.
"Jika aku mati kali ni, biarlah aku mati sebagai seorang pejuang; bukannya mati sebagai seorang pengecut!" kata Jarred di dalam hati.
Dia menapak laju sehingga tapak kakinya jarang-jarang menyentuh bumi.Dia tidak mahu Sarafina sedar akan serangan hendapnya.
"Jarred!!" sergah Cassandra sebaik sahaja Jarred berlari meninggalkannya.Dia segera menekup mulut.Matanya terbuntang luas.Dia tidak sepatutnya berbuat sedemikian.
Sarafina segera menoleh ke belakang apabila terdengar jeritan Cassandra.Katilda masih di tangannya; terkulai lemah tidak bermaya.
Jarred sudah begitu hampir, pedangnya diangkat tinggi sebelum menghayunnya ke arah Sarafina tanpa memikirkan apa yang bakal terjadi pada dirinya.Walaupun peluangnya hanya senipis kulit bawang, tetapi dia masih mahu berjuang untuk menyelamatkan Katilda.Alang-alang mati, biarlah bermakna.Inilah yang dinamakan 'cinta sejati'.
Tangan kiri Sarafina menggenggam erat Katana, lantas dia menghayunnya - cukup untuk membuat pedang itu tercampak dari genggaman Jarred.
Jarred tidak menunggu maut menjemputnya.Dia tidak mahu membuat kesilapan yang sama lagi.
Dia pantas mengepal tangan kanannya, lalu menumbuk Sarafina.
Baakk!!
Tumbukan itu menyinggah ke pipi kiri perempuan itu.
Dia tertoleh ke hadapan, menghadap api yang membakar marak.Dia memegang pipinya yang sudah merah dengan kesan tumbukan.Matanya dipenuhi api.Rasa amarah meluap-luap di dalam dirinya.
Sarafina menghempas Katilda ke lantai.Tumpuannya kini beralih kepada lelaki di hadapannya itu.
Katilda pula tercungap-cungap menarik nafas.Dia bersyukur kerana tidak mati dalam genggaman perempuan itu.
Sarafina menghunus Katananya ke wajah Jarred. "Lelaki tak guna!! Kau memang tak sayang nyawa kan!"
Jarred perlahan-lahan mengangkat kedua belah tangannya sebagai tanda menyerah diri. "Aku. nasihatkan, 'Jangan Pandang Belakang.' "
"Kenapa?!" kata Sarafina seraya menoleh ke belakang.
Baak!!
Satu tumbukan mengena tepat ke tengah mukanya.Dia terus tersungkur di lantai.Untuk beberapa ketika, dia terasa susah untuk bernafas.Pandangannya kian gelap, dihiasi bintang-bintang khayalan.Nafasnya semakin panas.Dia mengesat darah yang mengalir dari hidungnya yang hampir patah.
Sarafina memegang hidungnya yang telah kemik bersama kesan darah.Perlahan-lahan dia berdiri, tetapi tidak segagah tadi. "Kau dah buat kesilapan yang amat besar!!"
Sepantas kilat, dia mencampak kunai yang diikat bersama kertas letupan.Ia laju merentasi udara hingga tiba di hadapan muka Cassandra.Dia terkesima.BOOOMM!!!
Satu letupan besar terhasil di hujung gelanggang api.Ia membakar marak dan merebak dengan pantas.
"Cassandra!!" teriak Katilda, serak.Matanya berkaca.Jantungnya seperti mahu gugur.Jiwanya terasa kosong secara tiba-tiba.
Jarred tergamam.Matanya terbuntang luas menyaksikan api yang mungkin telah membakar Cassandra hingga menjadi abu.
Katilda pantas menyambar leher Sarafina.Dihempasnya badan perempuan itu ke lantai bersama tangan yang masih menggenggamnya erat.Terasa mahu dipulas-pulas sahaja leher perempuan itu sehingga putus.
YOU ARE READING
THRONE OF THE VAMPIRE QUEEN
FantasyKatilda, seorang wanita yang dikurung di dalam penjara istana atas sebab yang tidak diketahuinya.Hari berganti hari, ingatannya tentang masa silam semakin pudar. Akhirnya, nasib menyebelahinya.Pintu untuknya keluar daripada neraka ini akhirnya terbu...