Tanpa sebarang ekspresi muka, Katilda berkata:"Aku akan beri engkau satu tawaran.Tolong sembunyikam aku, dan aku akan tolong tamatkan penderitaan kamu semua".
"Macam mana aku hendak percayakan kau.Tengoklah penampilan engkau tu! Rambut tidak terurus,pakaian compang-camping, tak berkasut.Macam mana kami hendak percayakan kau?" Cassandra masih memegang pisaunya tetapi direndahkan hingga ke paras peha.
"Dalam zaman sekarang, kita tidak boleh meghakimi seseorang kerana pemakaiannya.Seorang bangsawan yang kaya tidak semestinya seorang yang baik.Aku pernah terdengar daripada pengawal; kebanyakkan bangsawan yang datang ke istana semata-mata untuk membeli hamba.Mereka bukan sahaja dipaksa untuk menuruti setiap arahan daripada tuan mereka, malah mereka dilayan seperti binatang.Diikat dengan rantai dan diseksa tanpa sebarang sebab." jelas Katilda.
"Apa keistimewaan engkau sehingga Ratu tak jual engkau kepada mereka?" Keraguan mula timbul dalam hati Cassandra.
"Aku tidak mampu nak jawab.Mungkin kita akan tahu satu hari nanti."
"Apa engkah maksudkan dengan 'kita'? " Pandangan sinis dilemparkan kepada Katilda.
Aku boleh baca fikirannya - amat mudah dibaca.Dia sedang memikirkan seorang lelaki.Mungkin aku patut tanya.
"Awak berfikir tentang seseorang ke? Dia lelaki kan? Awak sayangkan dia?" Tanya Katilda sambil tersenyum.
"Ya, abang aku.Dia dipenjarakan kerana mencuri daripada salah seorang bangsawan.Kami sangat terdesak waktu tu.Dia merelakan diri untuk dipenjarakan semata-mata untuk selamatkan aku.Aku hanya lari seperti seorang pengecut!" Soalan Katilda benar-benar menusuk kalbu gadis itu.Air mata Cassandra jatuh mencurah-curah.Pisaunya terlepas ke tanah seiring dengannya.Dia melutut sambil mengesat air matanya yang jatuh berderai.
"Dia mungkin tidak perasan kebolehanku.Mungkin dia terlalu memikirkan perkara silam sehingga mengabaikan realiti.Wajah abangnya jelas terpampang di dalam mindanya.Dia mungkin sekali adik kepada Gordon.Aku kenal sangat abang dia.Tapi, aku tak boleh ceritakannya sekarang, dia mungkin tidak dapat menerima.Jika masa mengizinkan, aku akan ceritakan." Kata Katilda di dalam hati.
Katilda duduk menghadap Cassandra.Dia membelai rambut gadis itu.Mungkin ini dapat menenangkannya.
"Jangan risau, mungkin kita dapat jumpa dia lagi.Kita akan cari dia sama-sama ya.Aku pun mahu mencari mak ayah aku.Mungkin Denna tahu di mana mereka sekarang."
Katilda memeluk Cassandra lalu menepuk belakangnya.Cassandra cuba menyeka air matanya, tetapi tidak berdaya.
YOU ARE READING
THRONE OF THE VAMPIRE QUEEN
FantasyKatilda, seorang wanita yang dikurung di dalam penjara istana atas sebab yang tidak diketahuinya.Hari berganti hari, ingatannya tentang masa silam semakin pudar. Akhirnya, nasib menyebelahinya.Pintu untuknya keluar daripada neraka ini akhirnya terbu...