Fuu...
Dengan memainkan nada yang lembut, angin di sekitarnya turut menari.Ia mumusar di sekeliling Meira ibarat tarian yang mengasyikkan.
Debu-debu berterbangan di udara seperti kabus yang tebal; menghalang pandangan sesiapa di sini.Makin lama, makin ganas pusarannya.Rentak tari makin berkecamuk.Angin melintang tidak tentu arah tatkala alunan muzik bertambah pantas.
Fuu..!
Meira membiarkan lima lubang pada serulingnya tidak bertutup seraya memainkan not LA yang nyaring.Jari telunjuknya bertubi-tubi menutup lubang terakhir bagi mencipta bunyi yang nyaring dan kasar.
Perlahan-lahan, runtuhan di hadapannya mula terangkat dari permukaan tanah.Angin yang deras memutar dari dasar tanpa henti.Ia kelihatan seperti puting beliung yang menjulang tinggi runtuhan sebuah kerajaan.
Angin kemudiannya memusar di sekeliling runtuhan.Kayu-kayan dan batu-batan mula mendekati dan memaut antara satu sama lain.Ia lalu berpadu menjadi bola gergasi yang terawang-awang di udara.
FUUU!
Meira memainkan irama TI dengan hembusan nafas yang padu dan deras.Bunyinya yag nyaring bersatu dengan deruan angin kencang.Bagaikan sebuah orkestra maut yang dinyanyikan oleh pencakar papan hitam.
FUUUHHH!!
Angin yang deras menerkam dari belakang.Badaian ombak angin yang kencang menghembas bola batu itu jauh ke hadapan.
BOOHFFF!!!
Ia pergi bagaikan peluru meriam yang meluncur laju di pentas udara; bila-bila masa sahaja dapat meruntuhkan tembok pihak lawan.
Rambut merah Meira mengerbang ditiup angin, namun dia masih lagi mampu berpijak di atas permukaan bumi.Ternyata, angin kencang itu tidak mengapa-apakannya.Dengan Seruling Dewa Angin sebagai perantara, dia dan udara adalah sahabat semulajadi.Sahabat tidak akan menikam dari belakang, malah melindungi antara satu sama lain.
Gadis itu lekas memainkan not sederhana yang bertempo pantas.Angin kencang berputar tirus bak muncung beliung dari belakang bola gergasi untuk menyokongnya daripada jatuh ke tanah.
Kelibat Cerberus mula kelihatan apabila bola gergasi itu menjauhi Meira.Anjing itu sedang beradu di tengah jalan - menikmati tidur terakhirnya sebelum hancur menjadi cebisan daging kisar.Kaki hadapan dan belakang menyelimuti badannya yang tegap.Ekornya yang panjang lagikan berduri melingkari pada tubuhnya.Mata tertutup rapat.Dia masih belum sedar akan kehadiran bola gergasi yang bila-bila masa sahaja menghantarnya pulang semula ke tempat asal - neraka.
Meira tersenyum lebar.Kegembiraan bertebaran di sanubarinya.Kerlipan kemenangan sudah terpacar di benak. Bola gergasi ni bakal megancurkan kau hingga lumat!
SHAANNGGG!!
Bunyi besi yang membelah batu bergema di ruang sepi dan berselarakkan di udara.Ia sangat jelas kedengaran, seperti pedang yang diseret di sepanjang dinding gua.
Angin bertiup sayu.
Meira mematikan bunyian seruling.Mata terbuntang luas, mulutnya terlopong meninggalkan jeritan sepi.
Pandangannya tertacap pada bola batunya yang kini telah terbelah kepada dua.Dia tercengang.Degup jantung seakan-akan terhenti di saat ini.Dia tidak mampu untuk berfikir.Mindanya kosong, gerak tubuh terus menjadi kaku.
Rekahan memisahkan bola batu itu hingga ke hujung.Ia terhempas ke tanah - di kiri dan kanan jalan.
Seorang wanita berambut putih menerkam ke bumi bersama Katana di genggam.Pendaratannya amat sempurna seperti ditatang oleh angin.
YOU ARE READING
THRONE OF THE VAMPIRE QUEEN
FantastikKatilda, seorang wanita yang dikurung di dalam penjara istana atas sebab yang tidak diketahuinya.Hari berganti hari, ingatannya tentang masa silam semakin pudar. Akhirnya, nasib menyebelahinya.Pintu untuknya keluar daripada neraka ini akhirnya terbu...