"Ahhhh!!!" Teriak Katilda sebaik sahaja terjaga - seperti hendak tercabut anak tekaknya.Nafasnya pendek dan laju.Peluh membasahi tubuh gadis itu.
Cassandra segera mendapatkan Katilda. "Kate, kenapa ni?"
Mata katilda berkaca apabila melihat Cassandra masih berada di sisinya.Dia bangun dari perbaringannya, lantas memeluk erat Cassandra.
"Cassandra, aku dah anggap kau macam adik aku sendiri.Aku sayang kau.Tak tergamak aku nak buat kau macam tu.Aku bukan pengkhianat." Titisan air jernih mula gugur membasahi lantai bumi.
"Apa yang kau cakap ni? Apa dah jadi?" Cassandra menepuk belakang Katilda untuk menenangkannya.
"Beri aku masa.." Katilda mengesat air matanya. Aku tak boleh menangis.Aku mesti jadi kuat..aku tak nak menangis.
Nada yang tersesak-esak tidak mengganggu Katilda untuk berkata-kata.Setiap perkataan yang dikeluarkannya, didengari jelas oleh Cassandra.
"Maaf Cassandra, aku tak boleh buat apa.Segalanya mengerikan," mukanya ditekup, memandang ke bumi.
Cassandra menggenggam bahu Katilda. "Pandang aku Katilda!" Pandangan tajam diberikan oleh gadis itu. "Benda macam tu tak akan berlaku.Sudah, jangan menangis."
"Kau tak faham. 'Dia' memang wujud, 'dia' wujud dalam diri aku." Katilda tidak mampu menahan sebak.
"Kenapa dengan kau ni ha?! Setahu aku kau ni seorang yang tabah.Jangan biarkan mimpi bodoh tu melunturkan semangat kau."
"Tak, tu bukannya aku." Katilda bersuara suram. "Itu bukan aku, itu 'dia'. 'Dia' yang dah bunuh Puteri Sylvia, George dan..Chole." katilda tidak dapat menahan sebak selepas menyebut nama itu.Air mata mengalir membasahi pipi.
"'Dia' mahukan darah. 'Dia' mahu melapah jiwa setiap orang yang aku jumpa.Kau bernasib baik dapat hidup, Cass.Tapi 'dia' tak akan mengalah macam tu aje."
Cassandra mengesat air mata Katilda. "Aku tak takut langsung dengan 'dia'.Aku hidup bukan sebab bernasib baik, aku masih hidup sebab aku berhak hidup.Makhluk yang dah kalahkan seekor orc dan sepuluh orang tentera Denna tak dapat nak tewaskan aku."
"Sekarang lah masanya.Bunuh aku! Bunuh aku sementara kau masih ada masa.Aku tak nak kau menyesal nanti."
"Sudah!" Tengking Cassandra. "Jangan nak merepek.Aku tak akan bunuh kau."
"Okey, aku boleh buat sendiri." Katilda memanjangkan kuku lantas menikam ke dadanya.
Sebelum Katilda sempat berbuat demikian, Cassandra memegang lengannya lantas mengucup bibir Katilda.Bibir Katilda yang dingin memucat dicairkan oleh kepanasan bibir Cassandra.Mereka bermandikan cahaya bulan.
Cassandra menolak badan Katilda. "Uhh, tak sangka aku boleh buat macam tu."
"Kenapa cepat sangat?"
"Apa masalah kau ni? Sakit ke?" Cassandra meletakkan belakang tapak tangannya pada dahi Katilda.
"I want more.." katilda membisik ke telinga Cassandra.
"Jom kita pergi sebelum sesiapa nampak kita." Cassandra berjalan pergi.
Katilda menarik lengan Cassandra.Mereka berdua berbaringan di atas padang berumput.
Katilda meniarap di atas badan Cassandra. "Tak ada sesiapa akan nampak kita."
Degupan jantung Cassandra bertambaha laju.Dia tidak tahu bagaimana mahu mengatasi situasi sebegini.Atau merelakan sahaja.
"Take off your clothes.." bisik Katilda manja. "We're gonna have fun tonight."
◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆◇◆
YOU ARE READING
THRONE OF THE VAMPIRE QUEEN
FantasyKatilda, seorang wanita yang dikurung di dalam penjara istana atas sebab yang tidak diketahuinya.Hari berganti hari, ingatannya tentang masa silam semakin pudar. Akhirnya, nasib menyebelahinya.Pintu untuknya keluar daripada neraka ini akhirnya terbu...