BAB 19

1.9K 130 1
                                    

Cassandra bangun daripada katil lalu memeriksa setiap almari di dalam khemah itu.Dia sedang mencari sesuatu yang boleh dijadikan senjata.Dia cuba untuk tidak menyelerakkan barang-barang di situ.

"Akhirnya, jumpa jugak!" Katanya keriangan.Dia menjumpai dua bilah pisau di dalam laci ke-3 almari alatan perubatan.

Cassandra menggenggam kedua-dua bilah pisau itu dengan erat.Kemudian, dia menyelinap keluar daripada khemah.Cassandra berharap tidak ada sesiapa ternampaknya.Jika tidak, dia terpaksa 'menutupkan mata' orang itu buat kali yang terakhir.

Dia bergerak dari belakang khemah ke khemah yang lain.Tidak ada sesiapa yang akan perasan.

Cassandra sampai juga di belakang khemah berdekatan dengan tempat unggun api - tempat Katilda diikat.

Cassandra menarik nafas panjang.Jantungnya berdegup kencang.Tetapi, dia hanya fokus pada matlamatnya.Dia cuba untuk tidak berfikir tentang perkara yang buruk.

Cassandra mengintai daripada belakang khemah.Dia dapati, dua orang lelaki berbadan tegap dan memegang kayu setinggi enam kaki sedang mengawasi Katilda.Namun, Katilda masih belum membuka mata.

"Apa aku nak buat ni?" Keluh Cassandra."Kalau aku serang melulu, matilah aku nanti."

Cassandra menyusun strategi di dalam kepalanya.Dia sedang memikirkan cara untuk melawan dua orang lelaki bersenjata tanpa mengejutkan orang lain.

"Ok, aku dah dapat idea.Harap menjadilah.." kata Cassandra kepada dirinya sendiri.

Cassandra mengerat dua cebis kain daripada jubah yang dipakainya.Lalu, dia mengikat secebis kain pada mulutnya, dan satu lagi pada dahinya. "Aku harap mereka tak akan dapat cam muka aku."

Cassandra menggenggam kemas pisau di tangannya.Dia bersedia untuk membuat balingan.Tetapi, amat mustahil untuk mengenai dua orang sekaligus.Cassandra masih tidak tahu bagaimana untuk membunuh lelaki yang satu lagi.Dia cuba untuk mengikut gerak hatinya.

"Ok pisau, kalau engkau tak bekerjasama, mungkin aku akan teman Katilda..dalam unggun api,"katanya dengan tenang dan perlahan.

Cassandra menarik nafas.Pisau di tangannya bersedia untuk terbang ke 'sarang' yang baharu.

Nasib akhirnya menyebelahi Cassandra.Dua orang lelaki itu berbual dan membelakangi khemah tempat Cassandra bersembunyi.Pertahanan mereka berkurangan.

Dengan pantas, Cassandra membaling pisaunya.Pisau itu mengena tepat pada belakang kepala seorang lelaki - pengawal itu jatuh tersembam ke tanah.

Seorang lagi lelaki menoleh ke arah Cassandra."Alamak, dia dah nampak aku." Jantungnya berdegup kencang seperti hendak tercabut.

Cassandra cuba melarikan diri, tetapi dia terjatuh akibat sikap tergesa-gesanya.

"Denna patut hantar orang yang lebih bagus," kata suara daripada belakangnya.

"Alamak! Dia ada di belakang aku," jeritnya di dalam hati.Cassandra dengan pantasnya menoleh ke arah lelaki tersebut.

Berdiri dengan gagah seorang lelaki berkulit putih, bermisai dan bermuka bengis di hadapannya.Dia memegang kayu setinggi enam kaki.Dia mungkin dalam lingkungan 30-an.

Cassandra bangun dan melangkah setapak ke belakang.Lelaki itu terus melangkah setapak ke hadapan dan mendekati Cassandra.Langkahnya agak besar, jarak antara mereka semakin berkurang.

"Engkau akan ada 'malam' yang hebat bersama aku sebelum kami soal dan seksa kamu esok hari," lelaki itu mengukir senyuman kepada Cassandra.Senyuman itu agak menyeramkan.

Cassandra tidak memberi apa-apa respon.Dia masih mengundur langkah ke belakang.

Tiba-tiba, dia terpijak seketul batu dan jatuh terduduk di atas tanah.Matanya terbeliak luas, kain pada dahinya basah kerana dibasahi peluh ketakutan.

THRONE OF THE VAMPIRE QUEENWhere stories live. Discover now