Memandangkan bab-bab seterusnya banyak menggunakan seruling, di sini saya nak ajarkan asas bermain alat muzik ini.
Ini cuma maklumat yang aku dapat dari internet.Kalau ada salah silap, mohon maaf ya.Aku sebernarnya tak pernah pernah pun main seruling; asas muzik pun tak ada.Tapi, aku akan cuba yang terbaik.
• Seruling terdiri daripada tujuh lubang iaitu satu lubang peniup dan enam lubang jari (finger hole)..hmm tak taulah dalam BM benda ni panggil apa, aku hentam je lah.
Dalam bab seterusnya, Meira akan menggunakan ilmu "Seruling Dewa Angin" yang menggunakan seruling sebagai perantara.
Setiap not yang dimainkan akan memberi kesan terhadap persekitaran.
(Cara memegang seruling yang betul)
• Pegang seruling secara mengufuk di sebelah kanan/kiri
• Jari telunjuk, tengah dan manis kedua belah tangan berperanan untuk menutup lubang-lubang pada seruling
• Gunakan ibu jari dan jari kelingking untuk menyokong seruling
• Lubang mestilah ditutup dengan permukaan jari (belakang kuku), iaitu bahagian rata pada jari.Elakkan menutup lubang dengan hujung jari untuk mendapatkan keselesaan semasa perubahan not.
• Elakkan mengangkat jari terlalu jauh dari lubang.Cukuplah sekadar udara hembusan menyentuh sedikit permukaan jari.
• Bibir dimuncungkan dan diletak berhampiran lubang peniup (tapi, kalau korang nak cium lubang lubang tu, apa salahnya..)
• Hembuskan udara secara minima dari bibir.Sebagai contoh, hembusan udaranya seperti menyebut perkataan "poo" (pu). Cukup sekadar bibir atas dan bawah berjarak sedikit.
• tolak angin hembusan dari peparu untuk mengelakkan getaran pada lelangit yang mengeluarkan bunyi yang agak kasar dan mendatar.DO RE MI FA SO LA TI DO
(Ini merupakan not-not asas bagi seruling dan mana-mana alat muzik yang lain)
- semakin dekat lubang (yang ditutup) dengan lubang peniup, bunyinya semakin tinggi
•Apabila ditutup keenam-enam lubang, notnya ialah DO (bunyinya aku tak tahu lah, tak pernah main pun..)
•Jika lubang pertama dari bawah dibuka (kelima-lima lubang di atas masih tertutup), notnya ialah RE
•Jika lubang kedua pula dibuka bersama lubang paling bawah, notnya ialah MI
•Kemudian, lubang ketiga pula dibuka, notnya ialah FA
•Lubang keempat dibuka bersama, notnya ialah FA
•Lubang kelima turut dibuka, notnya ialah SO
•Kesemua lubang tidak bertutup, notnya ialah TIMaaf kalau ada salah kat mana-mana.Jangan kecam ya.Saya cuma nak bagi pembaca faham je bila masuk bab seterusnya :)
YOU ARE READING
THRONE OF THE VAMPIRE QUEEN
FantasyKatilda, seorang wanita yang dikurung di dalam penjara istana atas sebab yang tidak diketahuinya.Hari berganti hari, ingatannya tentang masa silam semakin pudar. Akhirnya, nasib menyebelahinya.Pintu untuknya keluar daripada neraka ini akhirnya terbu...