BAB 15

1.8K 138 0
                                    

"Cepat, masuk ke dalam khemah!!! Selamatkan diri!!" Jerit Cassandra.

"Berhenti!!" Arah Katilda.

Orang kampung tidak dapat berbuat apa-apa.Mereka tidak mampu untuk membantah arahan Katilda.Inilah kuasa yang dimiliki puntianak.

"Aku nak kamu semua melutut di hadapan aku."

Orang kampung segera melutut.Mereka patuh dengan arahan Katilda.Tetapi, hanya Cassandra yang masih berdiri.

"Awak tidak mahu melutut, sungguh biadap!" Katilda memandang tepat ke arah gadis itu.Matanya yang berwarna merah menyala, menjadi lebih gelap - seperti warna darah.

"Aku tak akan patuh arahan engkau PUNTIANAK! Adakah hadiah terakhir Denna untuk kami.Seekor raksasa yang akan makan kami hidup-hidup?"

"Puntianak?? Itu satu nama yang cantik?? Apa yang dia boleh buat??"

"Memberi penderitaan kepada setiap manusia yang dia nampak.Puntianak memang binatang yang tidak berguna.Sama seperti Denna."

"Jangan nak samakan aku dengan perempuan tu!"

"Engkau dan dia tak ada beza pun.Dua-dua puntianak, dua-dua tak guna."

"Diam!!Nampaknya inilah keistimewaan kau.Engkau imun terhadap sihir.Mungkin keistimewaan itu akan mengalir dalam tubuh aku jika aku minum darah kau.Denna tak akan dapat apa-apakan aku.Mungkin aku akan jadi Ratu yang seterusnya."

Cassandra menelan air liurnya.Dia mengambil beberapa langkah ke hadapan.Sekarang, dia betul-betul berhadapan dengan Katilda.

"Bangun semua, aku mahu kamu saksikan..wira terakhir kamu mati dalam tangan aku." Kata Katilda dengan penuh megah.

Orang kampung bangun dan memandang dua wanita di hadapan mereka dengan pandangan yang sayu.

Katilda mengambil pedang yang berada berhampirannya dan mencampakkannya di kaki Cassandra."Ambillah, aku tak perlukannya.Lawanlah seperti ini kali terakhir engaku berlawan.Kalau engkau kalah, ramai lagi yang boleh mencuba, tapi aku tak akan beri peluang."

Cassandra mengambil pedang itu."Aku tak akan kalah.Aku akan buktikan kepada abang aku yang aku boleh berlawan."

"Engkau perlukan lebih daripada 'boleh' untuk kalahkan aku."

Cassandra memandang Katilda dengan pandangan yang sayu."Saya ingat kita ni kawan."

"Kalau kau tak mahu dikhianati, jangan percayakan sesiapa."

"Beratnya pedang ni.Macam mana dia boleh angkatnya dengan mudah,"kata Cassandra di dalam hati.

"Kalau pedang tu berat sangat, duduklah diam-diam.Kau akan mati tak lama lagi."

Setitik peluh mula turun daripada dahi Cassandra.Dia menggenggam erat pedangnya.Lalu, dia menghayunkannya secara mengufuk ke leher Katilda.

Untuk mengelak serangan itu,Katilda menundukkan badannya, lalu menumbuk dagu Cassandra daripada bawah.Dia bersyukur dia tidak tergigit lidahnya.

Cassandra memuntahkan darah.Pedang yang digenggamnya terpelanting agak jauh.

Cassandra berlutut sambil mengesat darah pada mulutnya.Dia masih terbatuk-batuk dan setiap batukannya menyemburkan darah.

"Aaahhh...Jangan bazirkan darah tu,"kata Katilda bersahaja.

Cassandra cuba untuk bagun walaupun tangannya masih terketar-ketar.Dia cuba untuk menahan kesakitannya.Dia tidak pernah merasa sakit sebegini seumur hidupnya.

Katilda mendekati Cassandra, lalu mencekiknya.Dia mengangkat Cassandra.Kaki Cassandra tidak jejak ke tanah.

Cassandra cuba untuk meronta, tetapi semakin kuat dia meronta, semakin kuat Katilda mencekiknya.

"Awak akan terbang,sayang," Katilda tersenyum.Dia mencampak Cassandra mengenai sebuah khemah kira-kira 20 kaki daripadanya.

Katilda tercampak ke sebuah khemah.Kain berwarna perang yang menutupi khemah itu terkoyak.Khemah itu runtuh dan Cassandra terpelanting di situ.

Cassandra bersyukur kepalanya tidak jejak ke tanah semasa dia jatuh.Kalau tidak, dia mungkin sudah mati.

Dia cuba untuk bergerak.Tetapi, tulang-tulangnya terasa seperti telah retak."Apa nasib aku lepas ni.Aku tak nak mati."





THRONE OF THE VAMPIRE QUEENWhere stories live. Discover now