BAB 5

2.5K 178 0
                                    

"Habislah aku kalau pengawal nampak apa yang aku dah buat.Aku tak kisah kalau kena bertarung dengan mereka semua, tapi ini sangat berisiko.Mereka mungkin lebih ramai daripada yang aku sangka"

      Katilda menolak almari pakaian ke pintu masuk.Katilda yakin ini dapat memberinya sedikit masa untuk mencari jalan keluar yang lebih selamat.Almari itu benar-benar berat, tetapi itu bukanlah satu masalah bagi katilda.Dia akan buat segalanya untuk keluar dari sini.

     Katilda berjalan ke arah tingkap bilik itu yang terbuka luas.Dia menjenguk ke luar tingkap.Tingginya.Mungkin tiga tingkat atau lebih - mungkin lebih.Tangannya terketar-ketar, dia mula berasa loya.

     "Inilah satu-satunya jalan keluar untuk engkau Katilda" kata Katilda kepada dirinya sendiri.

    Berdasarkan pemerhatiannya, bilik ini mungkin terletak lima tingkat dari permukaan tanah.
 
    "Aku akan mati kalau terjun daripada ketinggian ni.Mungkin aku perlukan rancangan yang lebih bijak..mungkin," kata Katilda sambil memegang dagunya.

     Katilda bergegas ke almari pakaian yang disandarnya pada pintu masuk.Dia membuka pintu almari kayu yang mewah itu.
Kemudian, diambilnya lima helai selimut dan menyimpul hujungnya dengan selimut yang lain, begitulah seterusnya.

    Akhirnya selimut itu menjadi seperti tali.Katilda menyimpul satu bahagian selimut pada tiang katil.Dia yakin tiang katil ini dapat menyokong berat badannya.

    Dia mencampakkan selimut itu ke luar tingkap.Malangnya, selimut itu tidak jejak tanah.
Katilda cuba memikirkan ikhtiar yang lain.Nampaknya selimut itu hanya sampai ke tingkat tiga sahaja.Dia perlu mencari cara lain untuk turun dengan selamat.

     Katilda melabuhkan punggungnya di atas katil Tuan Puteri yang empuk.Mayat Sylvia masih berada di tepi katil - penuh dengan darah.Katilda cuba berfikir, bagaimana dia boleh turun dengan selamat.

     Dia ternampak dua bilah pisau di atas dulang makanan Tuan puteri.Katilda berfikir sejenak.Mungkin dia boleh menggunakannya untuk turun ke bawah.Dia mengambil kedua-dua bilah pisau itu lalu diggenggamnya.

      Dia memanjat tingkap itu, lalu berpaut pada selimut yang telah disimpulnya.Katilda menarik nafas panjang.Badannya terketar-ketar dibelai angin pagi yang dingin.

    "Bertenang Kate, ini tak akan mengambil masa yang lama, tapi cuma sedikit kesalahan..engkau boleh jadi karya Picasso yang tercantik," ujarnya sendiri.

     Katilda perlahan-lahan menuruni istana.Tangannya sudah melecet kerana terpaksa melepaskan pegangannya setiap saat.Dia tidak mahu pegangannya terlepas.

    Akhirnya, Katilda sampai di penghujung selimutnya.Dia melihat ke bawah, satu permandangan yang mengerikan.Dia sedang terbayang wajahnya apabila terjatuh nanti.

    "Inilah masanya untuk buat sesuatu yang jarang orang lakukan."

     Katilda memegang hujung selimut dan pisau dengan tangan kirinya, manakala sebelah kanan memegang pisau dan bersedia untuk melompat.

    Dengan serta merta, Katilda melepaskan pegangannya dan menggenggam pisaunya seerat mungkin.Dia memacakkan pisau itu pada dinding menara istana.Katilda mahu mencipta geseran pada permukaan dinding supaya dia tidak mudah jatuh.

     Dengan pantasnya dia menuruni menara itu.Tiba-tiba, salah satu pisaunya tersekat pada rekahan pada dinding istana itu.

     Katilda tidak dapat mencapai kestabilan,lalu jatuh.Dia tidak sanggup untuk membuka matanya..."Selamat tinggal dunia"

THRONE OF THE VAMPIRE QUEENWhere stories live. Discover now