BAB 20 - TROLL'S FOREST

1.9K 135 7
                                    

Cassandra dan Katilda meneruskan perjalanan mereka.Mereka memilih untuk melalui kawasan berhutan berbanding padang berumput; sebagai langkah keselamatan.

"Cassandra, kenapa kita lalu hutan ni? Dah la gelap, sejuk pulak tu.Kenapa tak lalu padang berumput je?" Keluh Katilda.

"Dekat kawasan ni ada kem tentera.Denna dah arahkan tenteranya supaya membunuh sesiapa saja yang lalu padang berumput pada waktu malam." Jelas Cassandra. "Sesiapa yang lalu kawasan tu akan dianggap pengganas."

"Oh, inilah langkah berjaga-jaga Denna.Perempuan tu memang bijak." Katilda langsung tidak berniat untuk memuji Ratu Denna.

"Jangan risau, pengawal tu tak akan masuk hutan ni.Kalau mereka masuk pun, kita boleh sembunyi." kata Cassandra.

Sunyinya hutan ni. Tak, ni terlalu sunyi.Sekejap, baru aku perasan.Sejak aku masuk hutan ni, tak ada seekor cengkerik pun yang berbunyi.Pelik..

Katilda memberanikan dirinya untuk melihat sekelilingMatanya meliar memandang hutan yang gelap gelita itu.Meremang bulu romanya apabila melihat banyak papan-papan tanda yang agak pelik.Ada yang patah, ada yang dipenuhi anak panah dan ada yang dilumuri darah.

Katilda membersihkan tekaknya.Dia perlu mencari sebuah papan tanda yang masih elok.Mungkin kesemua papan tanda di sini memberi petunjuk yang sama - ataupun amaran.

"Oh, tu dia!" Katilda menarik tali pacu kudanya; lantas kuda yang ditunggangnya berhenti.

Katilda membaca papan tanda yang tergantung pada pokok di hadapannya.Terdapat sedikit kesan darah, tetapi tulisannya masih boleh dibaca.

BEWARE OF TROLL

Itu yang tertulis pada papan tanda itu.Walaupun telah membacanya, katilda tetap tidak memahami mesej yang disampaikan oleh papan tanda itu.

"Troll? Apa tu? Binatang ke?"Katilda menyoal dirinya sendiri. "Mungkin aku patut tanya Cassandra."

Katilda menghentak tali pacu kuda sebagai arahan untuk bergerak lebih laju.Katilda cuba untuk mengejar Cassandra berada yang jauh di hadapan.

Apabila mereka bersebelahan, Katilda menepuk bahu Cassandra.Tetapi, gadis itu memalingkan wajahnya daripada Katilda.Dia tidak mahu Katilda melihatnya menangis.Air matanya dikesat secepat mungkin sebelum memandang Katilda.

"Kenapa ni Katilda?" Cassandra mengukir senyuman palsu untuk menyembunyikan tangisannya.Dia benar-benar risau akan ayahnya sejak keluar dari kampung.

"Engkau tak baca ke papan tanda tu?" Kata Katilda dengan cemasnya sambil menuding jari ke arah papan tanda yang dibacanya tadi.

"Oh, tu cuma petunjuk arah.Lagipun Pekan Orton dah tak jauh.Kita berhenti sekejap di sini ya," Cassandra menjawabnya dengan tenang.

Apa masalah perempuan ni? Dia tak reti baca ke?

Cassandra turun daripada kudanya, diikuti oleh Katilda.Dia mengambil beg sandangnya, lalu mengeluarkan beberapa keping roti.

"Nah, makanlah.Engkau mesti lapar, kan?" Cassandra menghulurkan dua keping roti kepada Katilda.Dia bingkas mengambilnya dari tangan Cassandra. Dimakannya roti tu dengan lahap sekali.

"Maaflah ya, ini je yang ada kat rumah saya.Nanti bila kita dah sampai ke Pekan Orton, kita beli makanan ya." Cassandra melontarkan senyumannya kepada Katilda.Senyumannya yang manis, menambahkan lagi kesedapan roti gandum yang dimakan Katilda.

THRONE OF THE VAMPIRE QUEENWhere stories live. Discover now