Denna akhirnya tiba di perkarangan Draccastle.Ketibaannya tanpa sebarang pengiring membuatkan pengawal istana berasa risau.Tambahan pula dengan pakaiannya yang tampak seperti dincincang puluhan pisau.Dia hanya memakai corset dan legging hitam yang telah koyak di sana sini.
Dia sampai di hadapan pintu masuk istana dan disapa oleh seorang pengawal. "Apa sudah jadi dengan Tuanku?" soalnya dalam nada risau.
Denna tidak dapat menjawabnya.Kepalanya terasa sakit yang amat.Segala-galanya kabur seperti cermin yang berkabus.Pandangannya semakin teruk.Pegangannya pada tali pacu kuda terlerai, menyebabkannya tercampak ke tanah.
Pengawal itu sempat menyambut Denna sebelum kepalanya menjejak bumi.Dia terus mendukung Denna dan membawanya ke kamar.
Pengawal itu terserempak dengan Desmond di singgahsana. "Tolong panggilkan tabib.Tuanku sudah pengsan."
Desmond mengangguk seraya bergegas mendapatkan tabib diraja.
Pengawal itu memusingkan tombol emas pintu kamar Ratu Denna.Dia segera meletakkan Denna di atas katil - perlahan-lahan.
Setelah beberapa minit menunggu, akhirnya Desmond tiba bersama seorang tabib perempuan - dalam lingkungan 30an.
"Apa sudah jadi dengan Tuanku?" kata tabib itu.
"Entahlah.Tadi tiba-tiba dia jatuh dari kuda.Yang peliknya, Tuanku balik seorang diri.Pakaiannya pula seperti terbakar.Saya syak dia dirompak," kata pengawal itu dengan penuh yakin.
Tabib itu menarik pisau dari poketnya, lantas mengoyakkan pakaian Denna untuk memeriksa kesan luka.
"Awak berdua boleh keluar," arah wanita itu dengan tegas.
"Jaga Tuanku baik-baik, Zhara," pesan pengawal itu.
Zhara tidak bersuara.Dia tekun melakukan tugasnya.Dia tidak mahu diganggu oleh mana-mana hidupan.
Dia mengeluarkan dua helai kain putih dari begnya lalu diletakkan di atas dada dan pinggang Denna.
"Luka luaran tiada," katanya sambil menongkat dagu.
Zhara segera menyatukan langsir untuk menghalang cahaya masuk. "Masa untuk memeriksa luka dalaman."
Dia mengeledah beg rawatannya.Dikeluarkannya sebatang lilin putih dari beg itu.
Zhara mendekatkan bibir pada sumbu lalu meniupnya.Lilin itu membakar terang.Cahaya kebiruan daripada lilin menerangi setiap sudut kamar.
Wanita itu meletakkan lilin di atas almari kecil berdekatan.Tangan kanannya didekatkan pada sumber cahaya."Ardio ",jampi dibaca.
Perlahan-lahan lilin itu menjadi malap, lalu terpadam.Cahaya biru terserap ke dalam tapak tangan wanita itu.Sekelip mata bilik itu menjadi gelap.
Dia melayangkan tangannya pada segenap sudut tubuh Denna.Jika terdapat kesan racun atau sihir, cahaya itu akan bertukar menjadi hitam atau merah - bergantung pada kekuatan sihir tersebut.
Pelik, tidak ada sebarang perubahan.Cahaya masih belum bertukar warna walaupun telah memeriksa seluruh bahagian.
Zhara menghalakan jarinya ke arah lilin seraya menjentiknya.Cahaya biru itu merentasi udara lalu berpindah kembali pada tempat asalnya - lilin.
Kamar itu terang kembali.Kelihatan wajah Zhara kusut masih mencari penyelesaian.
"Mungkin tenaga dalaman dia telah habis," kata Zhara sambil mengusap dagu.
Dia menumpukan chi pada tapak tangannya, kemudian menepuk kuat bahagian katil sebelah kiri.Tenaga angin yang kuat dihasilkan menyebabkan belakang Denna menghadapnya - seperti daun terup yang ditepuk.
YOU ARE READING
THRONE OF THE VAMPIRE QUEEN
FantasyKatilda, seorang wanita yang dikurung di dalam penjara istana atas sebab yang tidak diketahuinya.Hari berganti hari, ingatannya tentang masa silam semakin pudar. Akhirnya, nasib menyebelahinya.Pintu untuknya keluar daripada neraka ini akhirnya terbu...