BAB 40 - Demon Girl

1K 78 4
                                    

Katilda mencelah di kalangan orang-orang kampung yang berpusu-pusu menuju ke suatu tempat.Dia menurut sahaja langkahnya.

Mereka berhenti bertolak-tolakan apabila sudah jelas kelihatan seorang wanita berpakaian serba putih di hadapan.Katilda berdiri kira-kira 40 kaki daripada wanita itu.

Dia bersembunyi di dalam kerumunan.Wanita serba putih itu mungkin sekali mempunyai niat yang tidak elok.

"Berambus kau dari sini, Perempuan Syaitan!" Kata seorang lelaki jauh di kiri Katilda.

"Pergi kau dari sini!!"
"Berambus!"

Cacian dan makian dihamburkan kepada Sarafina tanpa henti.

Mereka mula membaling batu.Bertubi-tubi batu menghujani ke arah wanita itu.

"Baik aku menyorok.Tempat ni dah tak selamat." Katilda mengatur langkahnya setapak ke belakang.

"Jangan ada sesiapa berani bergerak! Atau aku bunuh kamu semua." Teriak Sarafina.

Katilda memerhati ke atas bumbung rumah-rumah di situ.Setiap satunya dikawal oleh seorang lelaki berpakaian serba hitam.Mereka memegang sejenis besi panjang yang berlubang dan berpicu di kedua belah hujung yang bertentangan - senapang.

Mereka semua nampak begitu gelisah.Mesti perempuan ni ada lakukan sesuatu kepada mereka sebelum ni.Aku dapat dengar jantung mereka yang tidak berhenti bergoncang.

"Bagus.Kalau kamu semua beri kerjasama, kerja akan jadi mudah semudah-mudahnya." Sarafina tersenyum tatkala menatap wajah penduduk Pekan Orton yang dirundung gelisah.

"Aku sedang cari perempuan ni.Aku pasti dia ada di sini.Di kalangan kamu semua." Sarafina menunjukkan potret seorang gadis berambut hitam yang berkulit putih - Katilda.

"Tak guna!" Katilda segera menutup mulutnya.Risau jika penduduk kampung terperasan dia berada di situ.Dia berlagak biasa.Setapak demi setapak diundur dengan perlahan tanpa disedari sesiapa.

"Oh, tak nak mengaku ya!" Sarafina melempar asap hitam ke arah seorang perempuan tua di hadapannya.Asap itu merentap lengan wanita tua itu sehingga dia tersungkur di hadapan Sarafina.

"Puan Mary!" Kata Katilda di dalam nafas.Giginya diketap kuat sehingga berbunyi.Pergerakannya terhenti seketika.
Sarafina mencekak rambut perempuan tua itu dengan kasar.Bilah Katananya dihalakan ke bawah dagu Puan Mary.

"Tolong! Saya perlu jamin anak lelaki saya.Dia ada dalam penjara.Tolonglah, kesiankan lah dia.Dia terlalu muda untuk berada dalam tempat tu," rayu wanita tua itu.

"Diam khinzir tua! Aku tak berminat nak dengar kisah bodoh kau tu." Sarafina menyepak belakang wanita tua itu.But kulitnya yang keras menghentam tulang rapuh wanita itu sehingga patah.Dia hampir jatuh terjelepok ke tanah, namun kepalanya digenggam erat jari-jemari Sarafina.

Nafas Puan Mary tersekat-sekat.Dia tersedu-sedu menahan sakit.Matanya mula berkaca.Air matanya berderai jatuh dari birai mata.

"Haih, tak tau lah kenapa? Aku rasa macam benci pulak tengok muka kau ni.Tapi, aku memang percaya benci pada pandang pertama.
Hahahahaha!!"

Bilah Katana Sarafina menghiris daging pada leher wanita tua itu.Tangannya yang terketar-ketar, memegang lehernya yang terhiris.Darahnya mula bertukar hitam; bisa pada Katana itu telah meresap ke dalam tubuhnya.

Wanita itu mengelupur dalam kesakitan.Dia diibaratkan seperti tikus yang disimbah air panas.

Urat hitam menjalar dari kesan hirisan.Ia menjalar seperti akar yang tumbuh sihat.Kulit Puan Mary mula menjadi pucat tidak berdarah.Dia jatuh tersungkur di atas jalan berbatu.Kulitnya mengering dan mengelupas.Satu per satu dagingnya jatuh ke tanah.Bebola matanya mulai mengecut sehingga menjadi habuk.Rambutnya gugur diterbangkan angin.Dia kini hanyalah tulang rangka yang berbaju labuh.

Orang kampung terlopong menyaksikan kematian yang begitu mengerikan di hadapan mereka.

"Anggaplah ini sebagai persembahan pembukaan." Sarafina menyisip semula Katananya ke dalam sarung. "Baiklah, berbalik semula kepada pertanyaan aku tadi, di mana.."

"Hiarghh!!" Belum sempat Sarafina menghabiskan kata, seorang kanak-kanak lelaki menerpa ke arahnya - Matt.Dia menghayun pedang pedang buluhnya dengan sepenuh tenaga.

Sarafina mengelak.Dia menepis pedang buluh itu sehingga ia tercampak dari genggaman Matt.

Sarafina mencekik budak lelaki itu.Dia mula mengangkat budak itu lebih tinggi dari kepalanya.Dia meronta-ronta untuk melepaskan diri.Kakinya menyepak-nyepak ke arah Sarafina, namun tidak ada satu pun yang mengena.

Dia akhirnya berhenti melawan.Kepalanya terasa ringan seperti dipenuhi dengan udara.Pandangan mula menjadi kabur.Mukanya yang merah mula bertukar biru.Dia terkulai lemah di dalam genggaman Perempuan Syaitan itu.

"Kau memang berani, budak. Aku kagum dengan keberanian kau.Tapi sayang, hidup kau tak lama."

BOOM!! BOOM!!
BOOM!! BOOM!!
BOOM!! BOOM!!

Kedengaran bunyi letupan yang kuat dari atas.Kepulan asap mula memenuhi ruang udara seperti kubah yang menyekat penglihatan musuh.

"Tak guna!" Sarafina melempar Matt ke bangunan di kirinya.Dia terhumban di udara.Kepalanya terhantuk ke dinding batu.Tempurung kepalanya pecah, lalu mati.

"Cik, ikut sini." Seorang lelaki berbaju kulit menarik lengan Katilda.Dia menurut sahaja.

"Ke sini semua.Sini!!" Jerit seorang gadis berambut perang - Cassandra - menunjukkan jalan kepada orang kampung.Mereka semua berlari ke arah hutan di hujung kampung.

"Dora! Lemine! Kai! Pastikan orang kampung selamat sampai ke hutan.Jangan keluar selagi cikgu tak suruh!" jerit Jarred.

Tiga orang budak mengangguk lalu memimpin orang kampung ke tempat persembunyian.

Pekan Orton menjadi sunyi seperti pekan berhantu.Suasana menjadi suram dan seram.

"Terima kasih, encik," kata Katilda.

"Panggil Jarred." Dia perbetulkan panggilannya.

Katilda tidak mengendahkannya.Pandangannya beralih kepada Cassandra yang berlari ke arahnya.

"Kate, kita mesti sembunyi.Perempuan tu nampak bahaya."

"Jadi, ada dua lah kan."

"Kate, aku tak ada masa untuk ni.Cepat.Asap tu dah semakin reda."

"Kalau dia betul-betul nak serang aku, dia boleh buat sekarang, tapi tak.Dia tengah tunggu aku."

"Cik berdua, sudahlah tu.Kita kesuntukan masa.Beredar sekarang!" arah Jarred.

"Tak nak.Tak ada sesiapa akan mati lagi disebabkan aku," bentak Katilda.

Asap di sekitar mula mengelilingi mereka bagaikan pusaran air.Mereka dikepung dan terperangkap di dalamnya.

"Habislah.." keluh Jarred.

"Kita masih boleh lawan." Katilda mengambil pisau yang tersisip pada pinggang Jarred, lalu menyerahkannya kepada Cassandra. "Ok, dah cukup.Aku tak perlukan apa-apa senjata."

"Kau memang dah gila.Kau perempuan paling gila yang aku pernah jumpa," kata Jarred sambil menggeleng-gelengkan kepala.

"Kau akan jumpa yang lagi satu kejap lagi," jawab Katilda.

Jarred menggenggam pedangnya erat.Kini, dia dikelilingi dua orang gadis yang memerlukan perlindungan darinya.Jarred perlu menunjukkan sifat kelelakiannya untuk menambat hati Katilda.

Aku tak boleh biarkan perempuan cantik berlawan di hadapan aku.Tidak sama sekali.

Bulatan asap mulai lenyap, menampakkan lapan orang lelaki serba hitam yang berpedang.Wajah mereka langsung tidak kelihatan.Mata mereka menyilau merah seperti api.

"kamu berdua berdiri di belakang.Biar aku lawan sorang," kata Jarred.

"Aku ambik empat.Kau ambik tiga... dan tinggalkan satu untuk lelaki ni," arah Katilda.Cassandra mengangguk.

"Oi.. tunggu.Aku tak.." Jarred binggung.

"Serang!!"

THRONE OF THE VAMPIRE QUEENWhere stories live. Discover now