Mata Denna terbeliak luas.Api kemarahan membuak-buak di dalam dirinya.
Denna segera bangun daripada perbaringannya.Gadis di sebelahnya itu terpempan dengan kelakuan dia.
Sepantas kilat, Denna menyambar leher gadis itu.Dia tidak dapat bergerak; pergerakannya dikunci serta merta.
"Kau siapa?! Sudah berapa lama aku tertidur", soal Denna.
"S-S-Saya seorang tukang cuci.Lucinda suruh saya jaga Tuanku sementara dia memasak di dapur," jawab gadis itu tergagap-gagap. "S-S-Sudah dua jam Tuanku beradu.Saya rasa Tuanku perlu berehat semula."
"Aku yang tentukan berapa lama aku patut rehat!" Genggaman pada leher gadis itu diketatkan sehingga dia hampir kehilangan nafas.
"Beritahu aku, di mana perempuan sundal bernama Zhara!"Muka gadis itu hampir biru dicekiknya.Dia tidak berdaya untuk berkata-kata.
Apabila Denna tidak menerima sebarang jawapan, dia terus mencampakkan gadis itu ke daun pintu.
KEDEGANGGG!!!!
Badan gadis itu terhempas pada pintu.Dia terkulai di atas lantai; tercungap-cungap mencari nafas.Kepalanya agak sakit akibat hentakan tadi.
Sekelip mata, Denna sudah berdiri menghadapnya. Pandangannya tajam seperti hendak memakan gadis itu.
"Aku tanya kau buat kali yang terakhir.Di mana perempuan sial tu!"
"D-D-Dia ada di... "
"Di mana!!" tengking Denna seraya menendang perut gadis itu.Dia terbatuk-batuk menahan sakit.
"Dia ada di singgahsana bersama General dan Desmond," kata gadis itu pantas seperti mengucapkan kata-kata terakhir dalam hidupnya.
Denna menghadam jawapan gadis itu.Dia patut bereda segera sebelum Zhara terlepas.
"Ke tepi! Aku nak buka pintu." Tengking Denna seperti hendak bergegar bilik itu.
Gadis itu menghesot perlahan-lahan.Dengan kecederaan yang dialaminya, dia tidak dapat bergerak pantas.
Denna merentap lengan gadis itu, lantas mencampaknya ke hujung bililk.Dia terhumban ke dinding; tepat-tepat pada sebuah cermin besar yang tergantung di situ.
Cermin itu berkecai kepada kepingan-kepingan kaca yang tajam dan tertusuk ke tubuh gadis malang itu.Kaca yang jernih bertukar merah.
"Menyusahkan," herdik Denna seraya beredar dari kamarnya tanpa sebarang rasa bersalah.
Medieval dress berwarna kuning yang dipakainya menampakkan dia seperti singa betina yang mencari buruan.Mungkin Lucinda atau gadis itu telah menyalin pakaiannya.
Denna terus mengorak langkahnya ke singgahsana.Dia sudah tidak sabar-sabar untuk berhadapan dengan perempuan itu.
"Hoi perempuan!" sergah Denna. Desmond dan Zhara dan General Douglass yang berada di situ terpempan dengan kelakuan aneh Denna.
"Kenapa ni Tuanku? Bawak bertenang, Tuanku belum betul-betul sembuh," kata Desmond, gelabah.
"Aku tak akan sembuh selagi perempuan ni masih hidup," Denna menunding jari ke arah Zhara.
"Apa yang saya dah buat Tuanku? " tanya Zhara seperti tidak tahu apa-apa.
Belakang tapak tangan Denna terus hinggap di pipi Zhara, serta merta dia tertunduk menahan sakit.
"Tuanku! Tuanku sedang sakit.Tuanku masih tak boleh berfikir secara rasional.Jangan bertindak ikut suka hati Tuanku sahaja," kata General Douglass seraya menggenggam erat lengan Denna.
YOU ARE READING
THRONE OF THE VAMPIRE QUEEN
FantasyKatilda, seorang wanita yang dikurung di dalam penjara istana atas sebab yang tidak diketahuinya.Hari berganti hari, ingatannya tentang masa silam semakin pudar. Akhirnya, nasib menyebelahinya.Pintu untuknya keluar daripada neraka ini akhirnya terbu...