BAB 8

2.2K 156 0
                                    

"Aku bernasib baik ini hanyalah perkampungan biasa dan bukannya kem tentera.Aku dah tak larat hendak berlawan."

Kelihatan sebuah perkampungan kecil dari pandangan Katilda.Hanya khemah yang sudah berlubang menjadi tempat berlindung mereka.

Mereka tidak perlukan rumah.Hujan pun tidak mahu menyinggah ke kawasan ini.Tanah di sini tidak subur.Jagung yang ditanam mereka sudah layu menyembah bumi.Haiwan ternakan juga telah mati - aku dapat lihat bangkai kerbau berdekatanku.Lalat mengurunginya.Baunya boleh membuat sesiapa sahaja yang menghidunya muntah.

Katilda berjalan masuk ke perkampungan kecil itu.Kampung ini kelihatan seperti tidak terurus.Mereka juga kelihatan seperti pelarian."Adakah ini penempatan pelarian?"

"Aku tidak sanggup melihat anak kecil di sini.Mereka kurus kering, tulang rusuk mereka sudah timbul - perut mereka kempis, tidak ubah seperti mayat hidup.Satu keadaan yang memilukan hati.Mungkin sudah berminggu mereka tidak menjamah apa-apa.Rasa bersyukur mula melintasi hatiku.Aku bertuah kerana tidak dilahirkan dan dibesarkan di tempat seteruk ini.Denna bersenang-lenang di dalam istananya, sedangkan rakyatnya kebuluran di sini.Walaupun aku hanya mendengar cerita tentang kekejamannya, itu sudah cukup.Aku akan bunuhnya untuk menamatkan penderitaan ini.Aku sudah tidak sanggup untuk melihat mereka menderita untuk hari-hari yang seterusnya."

Mengapa aku berfikir sebegini? Aku tak kenal pun mereka? Patutkah aku bersusah payah untuk mereka?

"Dari manakah mereka mendapatkan bekalan makanan? Untuk bercucuk tanam atau menternak binatang di tanah tandus ini kelihatan sangat sangat mustahil.Perigi pun tidak ada.Bagaimana mereka meneruskan hidup di sini??"Tanya Katilda.Dia mengharapkan ada seseorang yang akan menjawabnya.

Kenapa aku perlu kisah? Siapa mereka kepada aku? Keluarga?
-Dua tanggapan ini berlegar di dalam kepala Katilda.Seperti dua orang yang sedang berperang mulut dia dalam kepalanya.

Katilda berjalan lebih dalam.Kelihatan sebuah unggun api yang telah dipadamkan sebentar tadi.Inilah petunjuk Katilda untuk sampai ke sini.Tanpanya, aku tak akan sampai ke sini.

Katilda mendekati seorang wanita berkulit gelap yang sedang membelai rambut anak lelakinya.Wanita itu duduk bersila di atas tanah, anaknya berbaring di atas pangkuannya - dalam lingkungan sembilan tahun.Budak lelaki itu tidak berbaju.Terserlah badannya yang kurus menampakkan lagi tulang rusuknya itu.Mata Katilda berkaca apabila melihat keadaan yang seperti itu.

"Boleh saya tanya, rumah ketua kampung di mana?" Tanya Katilda.

Wanita itu hanya menunding jari ke arah sebuah khemah berwarna perang .Dia kelihatan seperti ragu-ragu untuk memberitahu.Apa yang dia sedang difikirkan ?

Tanpa berfikir panjang, Katilda menuju ke arah khemah milik ketua kampung.Tatkala dia sedang melangkah, dia terdengar wanita itu berbisik kepada anaknya.Dia berkata; "Jangan risau, dia tidak akan apa-apakan Tuk Ketua."

Hati Katilda tersentak.Walaupun dia agak jauh dengan wanita itu, tetapi dia masih dapat mendengarnya dengan jelas.

Tetapi, apa yang menarik perhatian Katilda ialah 'siapa' yang datang ke sini sebelum ini? Katilda memegang dagunya sambil berjalan."Aku mesti siasat perkara ni"

Sekarang, Katilda berada di hadapan khemah ketua kampung.Dia masuk ke dalam.Perasaan tidak sabar mendorongnya untuk masuk ke dalam tanpa kebenaran tuan rumah.

THRONE OF THE VAMPIRE QUEENWhere stories live. Discover now