Katilda terjaga daripada tidurnya.Dia dapati, Ralph dan Cassandra tidak ada di dalam khemah.
Ke mana mereka pergi?
Katilda bangun dan keluar daripada khemah.Dia menyorok di sebalik khemah penduduk di situ untuk melihat apa yang telah terjadi.
Kelihatan tujuh orang lelaki berkuda dan memakai baju besi.Mereka bersenjata.Apa yang mereka mahu?
Katilda memandang mereka daripada jauh.Dia masih dapat melihat dan mendengar walaupun dia bersembunyi kira-kira 50 kaki daripada mereka.
Mereka askar Denna.Apa yang mereka nak?
Salah seorang daripada mereka mengeluarkan sekeping kertas dan menunjukkan isi kandungannya kepada orang kampung.
Kertas tu, ada gambar aku.Aku mesti lari.Mereka mesti nak tangkap aku.Tapi, apa akan terjadi dengan orang kampung? Lantaklah..aku tak peduli.Tapi, aku serba salah.Apa aku patut buat sekarang?
Katilda memejamkan matanya untuk mendengar apa yang dikatakan oleh lelaki itu.
Orang yang memegang gambar itu berkata,"Aku tanya lagi sekali, kamu nampak tak perempuan dalam gambar ni?!!"Dia sangat marah.Apa yang Denna telah buat sehingga askar-askarnya begitu setia kepadanya?
"Aku nak pergi, apa nak jadi, jadilah.Aku tak kesah."
Katilda membuka langkahnya.Dia berjalan ke arah askar-askar itu.
Aku tak boleh menyorok selamanya.Aku tak akan menyorok.
Orang-orang kampung telah berkumpul di satu tempat.Mereka berhadapan dengan askar-askar Denna.Ralph dan Cassandra mungkin berada di antara mereka.
"Itu dia!!" Seorang perempuan tua menunding jari ke arah Katilda.
Kesemuanya turun daripada kuda dan salah seorang mengeluarkan pedangnya.
Katilda berjalan ke arahnya dengan kedua-dua belah tangan di udara.
Lelaki itu menghalakan pedangnya ke arah Katilda. "Serah diri atau kami gunakan kekerasan."
"Ratu awak tak ajar ke macam mana nak bercakap dengan perempuan cantik?" Katilda mengukirkan senyuman palsu.
Dia tidak berkata apa-apa.Mereka mendekati antara satu sama lain.
Apabila sudah cukup dekat, Katilda menendang genggaman lelaki itu.Sarung tangan yang dipakainya serba sedikit telah menyelamatkan tangannya daripada patah.Dia mungkin tidak akan menerima nasib baik ini lagi.
Pedang yang digenggam lelaki itu tercampak ke udara.Katilda menendang dada lelaki itu dengan kuat.Lelaki itu jatuh berguling.
Katilda menyambut pedang itu dengan tangan kanannya.Katilda menghalakan pedangnya ke arah leher lelaki itu.Dia berpeluh, tidak ada sebarang perlindungan pada kepala dan lehernya.
Katilda merapatkan lagi jarak di antara pedangnya dan leher lelaki itu.Pedang itu benar-benar menyentuh leher lelaki di hadapannya.Darah mula mengalir.
"Siapa nama awak, lelaki kacak?" Katilda mengukirkan senyuman.
"G-G-G-George" jawabnya tergagap-gagap.
"George sayang, harap kita boleh jadi kawan," Katilda tersenyum.
"Kalau engkau dapat terima ni!!" Katilda melibas dahi George dengan pedangnya.Pedang itu sangat tajam, tidak terasa pun saat melintasi dahi lelaki itu.
George rebah.Mukanya dilumuri darah.Katilda memandang enam orang lelaki yang berdiri agak jauh daripada mereka.
"Ini ketua kamu? Lembiknya," katilda memijak kepala lelaki itu dan menekan-nekannya dengan tumit kakinya.
Keenam-enam lelaki itu berundur dan menghalakan pedang mereka ke arah Katilda.
Katilda melangkah mayat George dan mendekati mereka.
"Kenapa kamu takut dengan aku? Aku cuma seorang gadis cantik yang tidak berkasut."
Mereka cuba lari daripada Katilda.Mata Katilda yang biru air laut berubah menjadi merah menyala.
Dia bergerak dengan pantas - lebih pantas daripada angin.Kini, Katilda berada di hadapan mereka.
Mereka segera sujud ke arah Katilda."Tolong jangan apa-apakan kami, Ratu."
Katilda memacakkan pedangnya di atas tanah.Dia menundukkan sedikit badannya."Kamu semua mahu tunjukkan kesetiaan kamu kepada aku?"
"Semestinya Tuanku," kata salah seorang lelaki.
"Sekarang, aku nak kamu semua berbunuhan sesama sendiri."
Mereka bangun dan mengambil pedang mereka.
"Uh, uh, uh," katilda menggerakkan jari telunjuknya ke kanan dan ke kiri."Gunakan tangan kamu, lawanlah seperti lelaki.Orang terakhir yang masih hidup, akan dapat cinta aku."
Mereka mencampakkan pedang ke tanah.Mereka bertumbukkan antara satu sama lain.Dua telah tumbang.Katilda hanya memerhatikan gelagat mereka sambil ketawa.
Yang ketiga tumbang, lehernya telah patah.Yang keempat, matanya telah ditekan sehingga hancur.Yang kelima, ditumbuk sehingga mati.
Lelaki terakhir merangkak ke arah Katilda dalam keadaan yang berlumuran darah."Saya telah menang tuanku."
Katilda berjalan ke arahnya.Lelaki itu mendongak ke arahnya."Pejam mata sayang, ciuman ini akan mencairkan awak." Kata Katilda.
Lelaki itu menuruti arahan Katilda."Bukak mulut sayang".Lelaki itu menurutinya.
Katilda mengambil pedangnya, lalu memasukkannya ke dalam mulut lelaki itu.Darah mula mengalir.Katilda merodok pedangnya sehingga menembusi belakang kepala lelaki itu.Dia rebah ke tanah bersama pancutan darah yang mengalir seperti sungai merah.
Katilda mencabut pedangnya.Dia menjilat darah yang masih melekat pada pedangnya.
"Ahh...segarnya."
Penduduk kampung masih terkejut dengan apa yang mereka lihat.
Taring dan kukunya bertambah panjang.Dia mencampakkan pedangnya, lalu meratah daging lelaki di hadapannya.Darahnya masih segar dan manis.Katilda menyedut darah daripada leher lelaki itu.
"Darah orang mati tak sedap.Aku mahu darah orang yang masih hidup!!"
Katilda mengesat darah pada bibirnya dan berjalan ke arah orang kampung.
Beberapa orang wanita menjerit.Katilda semakin hampir dengan mereka.
YOU ARE READING
THRONE OF THE VAMPIRE QUEEN
FantasyKatilda, seorang wanita yang dikurung di dalam penjara istana atas sebab yang tidak diketahuinya.Hari berganti hari, ingatannya tentang masa silam semakin pudar. Akhirnya, nasib menyebelahinya.Pintu untuknya keluar daripada neraka ini akhirnya terbu...