BAB 9

2.1K 157 0
                                    

Katilda melangkah masuk ke dalam khemah, dia ternampak seorang gadis meletakkan tuala basah pada dahi seorang lelaki tua.Lelaki itu sedang berbaring di atas katilnya.Barangkali merekalah tuan rumah.

    Gadis itu memakai gaun labuh bercorak bunga yang agak pudar.Rambutnya kuning pucat, kulitnya berseri tanpa sebarang cacat cela.Matanya perang kehitaman, tetapi masih terdapat cahaya padanya.

    "Cassandra, ada tetamu ke? Jemputlah dia berborak, dah lama kita tak sambut tetamu," kata lelaki tua itu kepada anak perempuannya.Dia cuba bangun daripada perbaringannya, tetapi tidak berdaya. Lelaki ini mungkin memerlukan anaknya untuk melakukan segala-galanya.

    Gadis itu berundur ke belakang.Dicapainya sebilah pisau pemotong sayur di atas meja.Dia menghalakan pisau ke arah Katilda seraya mendekatinya.

Lihatlah tangannya yang terketar-ketar itu.Pasti dia tidak pernah mencederakan sesiapa sebelum ini, bicara hati Katilda.

    "Jangan apa-apakan kami.Aku tahu, engkau salah seorang utusan Ratu.Engkau tak perlu mengaku." Kata Cassandra.

    Katilda melangkah setapak   mendekati Cassandra.

"Berhenti!!" Teriak gadis itu.Dia seperti mahu menangis, tetapi air matanya tidak mampu untuk mengalir.Langkah Katilda terhenti setakat itu.

    "Apa yang kau nak daripada kami, ha! Aku telah berikan rantai dan gelang emas pusaka emak aku kepada Ratu tak guna engkau tu!! Apa yang dia nak lagi?!" Tengking Cassandra.Setitik air jernih mula gugur daripada mata kanannya, begitulah seterusnya.Tangisannya membuktikan kesengsaraan yang telah dialaminya.

    "Tunggu, awak dah salah faham..saya cuma.." belum sempat Katilda menghabiskan ayatnya, Cassandra sudah mencelah.

     "Sudah! Apa yang Denna mahukan daripada kami?Tidak puaskah dia menyeksa kami selama ni.Dia lah yang membakar kampung kami -kampung sebenar kami.Disebabkan ketamakannya, kami terpaksa menjadi pelarian dan merempat di sini.Tetapi, dia hanya menyebabkan kami mati lebih awal." Cassandra tidak memberi peluang untuk Katilda memberi penjelasan.

   "Daulat Tuanku." Cassandra meludah ke tanah dengan muka yang sinis.Kemudia dia memijaknya."Inilah ketaatan saya kepada Ratu tak guna kamu tu!" Dia melepaskan kemarahannya.

    Lelaki tua itu tidak dapat berkata apa-apa.Mungkin inilah realiti kehidupan mereka.Terpaksa bersedia untuk mati pada bila-bila masa sahaja.Keadaan ini telah membuat gadis ini tabah.Ketabahannya seteguh gunung, tidak akan runtuh dengan mudah.

Katilda: Cukup, saya datang ke sini bukannya hendak cari gaduh.

    "Awak datang ke sini untuk cari nahas," Cassandra menghalakan pisaunya betul-betul di hadapan muka Katilda.

THRONE OF THE VAMPIRE QUEENWhere stories live. Discover now