---
Aku cuba bertenang buat kali yang entah ke berapa. Nafas aku diatur kemas. Gementar pula rasanya nak berdepan dengan dia kali ni. Apa yang jadi semalam buat aku rasa serba salah.
Aku lihat , kebanyakan pelajar dah keluar dari kelas mereka. Tapi aneh juga. Kelibat mahupun batang hidung Hanbin tidak kelihatan di mana-mana.
Walau apa pun caranya , aku kena beri coklat ni pada Hanbin sebelum ianya cair.
"Hanbin , tunggu.."
Aku terus tahan Hanbin sebaik sahaja dia melangkah keluar dari pintu kelasnya. Dia menoleh ke belakang.
"Saya mintak maaf pasal semalam. Habis baju awak basah gara-gara saya. Ambillah coklat ni.. anggap saja ini adalah tanda maaf dari saya."
Coklat yang aku pegang tadi kini bertukar tangan. Hanbin tersenyum gembira melihat coklat itu.
"Terima kasih.."
Hanbin menggunakan bahasa isyaratnya untuk bertutur. "Sama-sama.." Aku sekadar mengangguk dan turut tersenyum padanya. Hanbin mengeluarkan sesuatu dari beg yang dibawanya.
Papan putih kecil dan... marker pen? Hanbin menulis sesuatu di atas papan putih kecil itu dan menunjukkannya pada aku.
"Nak makan tengah hari dengan saya?"
Aku pandang wajah Hanbin dan tersenyum riang. Dengan perasaan gembira yang semakin berbunga-bunga di dalam hati ni , aku mengangguk laju sebagai tanda aku menerima pelawaannya itu.
---
Kalau diikutkan , mahu saja aku ajak Hanbin makan di tempat lain. Makin tak selesa pula aku jadinya. Macam cacing kepanasan pun ada. Setiap pasang mata di situ semuanya tertumpu pada aku. Badan aku terasa lemah.
Pelik sangat ke kalau aku duduk dan makan bersama orang bisu?
Hanbin membuka pembalut coklat yang aku beri tadi dan menyuakannya di hadapan mulut aku. Aku memandang Hanbin , pelik. Coklat itu didekatkan lagi dengan bibir aku.
Dia nak suruh aku makan coklat tu ke? Nak kata suruh tolong bukakan pembalut coklat tu , pembalutnya pun dah lama terbuka. Aku memandang sekeliling. Mata mereka masih tertumpu pada aku. Dan ada di antara mereka mula berbisik.
Nak atau tak?
"Abaikan mereka.."
Hanbin menggelengkan kepalanya dan kembali tersenyum. Sejak bila pula aku boleh baca fikiran orang lain ni? Rasanya itulah apa yang dia cuba cakapkan pada aku , bukan?
"Saya patahkan sajalah.. boleh kan?"
Belum sempat tangan aku menyentuh coklat itu , Hanbin menariknya kembali. Aku semakin hairan.
"Tangan awak tu ada kemungkinannya dah kotor. Lagi baik kalau awak gigit saja."
Hanbin menggunakan bahasa isyaratnya lagi. Kebetulan pula papan putih dan marker pen nya tadi berada di dalam kelas. Mujurlah aku boleh faham apa yang dia cuba cakapkan. Lagipun , dia dah tahu yang aku pun boleh berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat sepertinya.
"Betul ke ni? Awak nak saya gigit?"
Aku masih teragak-agak sebenarnya. Aku berharap sangat agar peminat-peminat dia tiada di sini. Kalau tak , masaklah aku. Kebetulan pula , aku sememangnya memerlukan makanan manis pada waktu ini untuk kembalikan tenaga aku.
Setelah berfikir hampir 1001 kali , aku akhirnya ikutkan saja. Pada masa yang sama ketika aku sedang menggigit sebelah kanan bar coklat itu , Hanbin juga turut menggigit bahagian sebelah kirinya.
Hidung kami bersentuhan. Pipi aku mula merona merah. Tak pernah aku dekat dengan mana-mana lelaki seperti sekarang ni. Aku rasa malu bercampur segan.
Bahagianya aku hari ni...
---
[ Chapter 05 - Blush ]
YOU ARE READING
Kissable [ MalayFic ] ✓
RomanceTidak pernah aku lihat bibirnya merekah. Malahan , bibir dia nampak gebu pada pandangan aku. Bibir itu juga sentiasa kelihatan lembap , walaupun dalam cuaca sejuk ㅡ membuatkan aku teringin untuk merasainya. || 김한빈 ft. 문유인 || ( Untuk versi yang tela...