---
"Jadi , macam mana?"
Yooin melangkah turun dari tempat itu sambil tersenyum riang. Akhirnya , dapat juga dia naiki roda Ferris itu bersama cinta pertamanya. Yooin ternyata cukup berpuas hati kerana matlamatnya ke taman tema ini sudahpun tercapai.
"Nak muntah.."
Wajah cemberut serta suara manjanya pada waktu itu membuat Yooin geli hati. Tangan sejuk milik Hanbin digenggam kemas. Lelaki itu diheret bersamanya ke sebuah gerai aiskrim.
"Pilihlah. Saya belanja."
Pelawa Yooin. Hanbin memilih aiskrim berperisa coklat. Manakala Yooin pula memilih aiskrim campuran strawberi dan vanilla. Hanbin dan Yooin kemudiannya duduk di salah satu bangku kosong yang berada tidak jauh dari tempat mereka membeli aiskrim sebentar tadi.
Hanbin merehatkan kepalanya di atas bahu Yooin. Sambil menikmati aiskrim coklat di tangannya , Hanbin memeluk lengan kiri Yooin. Buat beberapa ketika , Yooin hanya membiarkan Hanbin dalam keadaan begitu.
"Yooin!"
Secara automatik , Hanbin mengangkat kepalanya dari bahu Yooin. Kedua-dua mereka menoleh ke arah suara itu.
"Kebetulan jumpa korang berdua kat sini. Dating ke?" Sapa Yunhyeong sebaik sahaja dia tiba di tempat mereka berdua sedang duduk. Hanbin kembali melentokkan kepalanya ke atas bahu Yooin.
'Mestilah dating. Dah tahu , tapi tanya lagi..' Desis hati kecil Hanbin sambil mencebik.
"Macam ni... kelab teater ada masalah. Kita masih tak jumpa heroin untuk pementasan ni. Apa kata kalau awak ambil watak tu?" Cadang Yunhyeong.
"Saya? Tapi saya kan cuma penulis skrip." Bukan niat Yooin untuk menolak pelawaan Yunhyeong. Dia masih belum cukup yakin untuk berlakon di atas pentas. Yooin bimbang kesilapannya semasa pementasan nanti akan mencetuskan masalah yang lebih besar.
Hanbin kembali mengangkat kepalanya. Perbualan di antara mereka berdua ternyata membuatkan Hanbin berasa tidak selesa di situ.
"Awak seorang je yang lebih faham skrip yang awak tulis tu. Saya yakin awak boleh hayati watak ni." Yunhyeong memberi semangat.
Tanpa mereka sedari , Hanbin sudahpun melangkah pergi.
---
Hanbin kini berjalan di sekitar bandar itu tanpa hala tuju. Hari semakin gelap. Suhu persekitaran juga turut turun mendadak pada waktu itu. Sekarang , Hanbin amat kesal kerana telah meninggalkan Yooin di taman tema tersebut. Kini , dia telahpun sesat di tengah bandar itu.
"Ah , Yunhyeong tentunya dah hantar dia balik." Fikir Hanbin.
Semakin jauh dia berjalan , semakin susah hati dia rasakan. Entah apa pula puncanya , Hanbin juga tidak tahu.
---
Terketar-ketar bibir aku menahan kesejukan malam. Kebanyakan pengunjung taman tema ini sudahpun beransur pulang. Aku masih di sini ㅡ setia menunggu Hanbin.
Pada mulanya , aku hanya beranggapan bahawa dia ke tandas. Oleh kerana itulah , pelawaan Yunhyeong untuk menghantar aku pulang ditolak mentah. Semakin ditunggu , tiada pula tanda-tanda kemunculan dia ke sini.
Mungkinkah Hanbin sudah lama meninggalkan aku di sini seorang diri?
Aku membuat keputusan untuk pulang sendiri. Telefon milikku dikeluarkan dari kocek hoodie. Baguslah , sekarang telefon aku sudah kehabisan bateri.
Aku terus berjalan dalam kesejukan malam. Sunyi. Itu yang aku dapat rasakan. Hampir kesemua lampu jalan di sepanjang lorong yang aku lalui ini sudah rosak. Sudahlah sejuk , kini aku berjalan di dalam kegelapan pula. Jika Hanbin bersama aku sekarang , mungkin rasa takut ini akan hilang.
"Seorang je ke , si cantik?"
Dua orang lelaki yang dilihat seperti sedang khayal kini berada di kiri dan kanan aku. Mereka tentunya lelaki miang. Salah seorang dari mereka mula menyentuh dagu aku. Tangannya aku tepis , kasar.
"Jual mahal pula dia ni.." Tempelak seorang lagi lelaki sambil tersenyum. Aku mula menggigil ketakutan. Dengan sekuat hati tubuh mereka aku tolak untuk meloloskan diri. Namun , mereka terlebih dahulu menahan pergelangan tangan aku. Sekuat mana pun aku meronta , kudrat aku tak setanding mereka. Tangan dua orang lelaki itu aku gigit.
"Bodoh!"
Akibatnya , pipi aku ditampar kuat sehingga terteleng. Aku rebah ke tanah gara-gara sudah terlalu letih. Salah seorang dari mereka duduk di atas perut aku dan tersenyum lagi. Dagu aku dicengkam. Cecair jernih mula memenuhi tubir mata aku. Sakit.
"Itulah balasan untuk perempuan yang degil macam kau!" Dia ketawa.
Wajahnya dirapatkan pada aku. Belum sempat lelaki itu mendaratkan bibirnya , dia diserang. Aku hanya mampu melihat dua orang lelaki mabuk tersebut dan seorang lagi lelaki bertubuh tinggi saling bertumbukan.
Mata aku akhirnya terpejam.
---
[ Chapter 41 - Kecewa ]
![](https://img.wattpad.com/cover/83504494-288-k348990.jpg)
YOU ARE READING
Kissable [ MalayFic ] ✓
RomanceTidak pernah aku lihat bibirnya merekah. Malahan , bibir dia nampak gebu pada pandangan aku. Bibir itu juga sentiasa kelihatan lembap , walaupun dalam cuaca sejuk ㅡ membuatkan aku teringin untuk merasainya. || 김한빈 ft. 문유인 || ( Untuk versi yang tela...