Chapter 20 - Waiting

792 107 15
                                    

---

Sudah berulang kali Hanbin bermundar-mandir di hadapan pintu pagar utama sekolah. Sesekali , anak matanya melilau ke dalam perkarangam sekolah.

Sepertinya , hanya dia seorang sahaja yang masih berada di situ.

Memandangkan kelas tambahan berlangsung pada hari ini , maka hampir separuh dari pelajar sekolah itu pulang pada waktu petang.

Hanbin mengerling jam di tangannya. Sekarang ini sudahpun 4.35 petang. Kelibat mahupun susuk tubuh Yooin langsung tidak kelihatan di mana-mana.

Mustahil Yooin masih berada di dalam sekolah. Hampir setengah jam juga Hanbin menunggu , namun Yooin masih belum menampakkan dirinya.

Hanbin mengeluh. Tidak mustahil juga Yooin sudah pulang bersama orang lain. Siapa tahu jika dia sudah terlepas pandang?

Lagipun , pintu pagar sekolah ini ada dua. Yang utama di hadapan , manakala yang satu lagi di belakang. Mungkin juga Yooin telah melalui pagar belakang.

"Yooin dah balik agaknya.. hmmm.." Bisik Hanbin perlahan di dalam hatinya sambil tersenyum kelat. Langkahnya dibuka dengan berat hati , mula meninggalkan sekolah itu.

---

[ Chapter 21 - Trembling ]

Kissable [ MalayFic ] ✓Where stories live. Discover now