Chapter 16 - Talk

846 127 10
                                    

---

Aku terus leka memerhatikan wajah tenang Hanbin yang masih lagi terlena di atas katil sambil memeluk erat anak patung miliknya di dalam tangan.

Tak sangka pula yang dia ni minat sangat pada karakter kartun Mickey Mouse tu. Lepas ni bolehlah aku panggil dia dengan gelaran Mickey Bin , tak ke comel?

Sama comel dengan pemilik nama tu , bukan?

Aku tak dapat kawal diri aku dari terus tersenyum melihat wajah Hanbin. Sekejap sahaja , dan perlahan-lahan senyuman tu mulai pudar dari bibir aku.

Takkanlah Hanbin demam panas tiga hari berturut-turut ni hanya disebabkan aku?

"Yooin.. Yooin.."

Aku usap ubun-ubun kepala Hanbin dengan lembut dan tersenyum. Beberapa ketika selepas itu , baru aku sedar tentang sesuatu yang bagi aku amat-amatlah menakjubkan.

Aku hampir tak percaya dengan telinga aku sendiri! Aku kini berada dalam keadaan antara percaya dan tidak.

Hanbin baru saja sebut nama aku. Dia dah boleh bercakap? Aku memang tak bermimpi kali ni , bukan?

"Ya , Hanbin.. saya ada dengan awak ni."

Aku genggam tangan Hanbin dengan kedua-dua belah tapak tangan milik aku.

Aku begitu gembira sehinggakan air mata aku hampir sahaja menitis di sisi tubuhnya. Dia masih ada peluang untuk bercakap macam dulu. Ahh , kenapa aku emotional sangat ni?

"S-saya sejuk.."

Ayat yang meniti lembut dari bibir Hanbin kedengaran agak tersekat-sekat. Aku lihat seluruh tubuhnya mulai tak selesa walaupun telah diselubungi dua selimut tebal pada masa yang sama.

Tangan aku digerakkan , melingkari perut Hanbin lalu memeluknya. Selepas beberapa saat dalam keadaan begitu , dia akhirnya berhenti dan kembali terlena seperti biasa.

Badan dia betul-betul panas , membuatkan aku semakin risau terhadapnya. Aku harap sangat dia baik-baik sahaja kalau aku dukung dia ke hospital kali ni.

"It's okay , Hanbin.. I'm here.."

---

[ Chapter 17 - Hospital ]

Kissable [ MalayFic ] ✓Where stories live. Discover now