Chapter 38 - Stay

435 63 7
                                    

---

Yooin perlahan-lahan mengangkat kelopak matanya. Jari-jemari gadis itu cuba untuk digerakkan. Anak matanya pula kini melilau ke seluruh sudut ruang sempit itu seakan-akan sedang gigih mencari sesuatu.

"H-Hanbin.."

"Saya kat sini... dengan awak."

Hanbin perlahan-lahan merapati tubuh Yooin lalu meramas lembut tangannya yang pucat itu. Belakang tapak tangan Yooin dikucupnya. Bibir Hanbin dirasakan panas.

"Awak demam ke?"

Yooin menyoal Hanbin dalam nada kerisauan. Dadanya turun naik ㅡ cuba untuk bernafas dengan betul.

"Demam sikit je ni. Tak perlulah risau.. awak macam mana? Dah rasa lebih baik?"

Yooin mengangguk perlahan. Dia tahu yang Hanbin juga tidak yakin dengan jawapannya itu. Yooin menarik lemah tangan Hanbin sehingga turut sama terbaring di sebelah tubuhnya.

"Maafkan saya , ya? Tentu saya dah banyak kali buat awak risau.."

Hanbin tersenyum kelat. Tubuh Yooin yang turut hangat sama sepertinya itu ditarik erat ke dalam dakapan. Kedua-dua mereka demam serentak pada hari itu. Aktiviti perkhemahan tersebut masih lagi diteruskan walaupun tanpa penglibatan mereka berdua.

Matahari melabuhkan tirainya seawal 7 petang.

Hanbin tiba-tiba terjaga apabila Yooin mulai terbatuk-batuk tanpa henti di dadanya. Yooin sepertinya sukar untuk bernafas. Bahkan , matanya juga terus terpejam. Hanbin serta-merta menjadi panik.

"Ya Tuhan , panasnya..."

Tanpa berfikir panjang , Hanbin berlari keluar dari khemah tersebut. Tempat rakan-rakannya sedang berkumpul menjadi arah tujunya. Jinhwan dan Yunhyeong dihampiri dengan cemas.

"Hyung... Yooin.. dia demam panas."

Hampir pitam Hanbin cuba menyampaikan perkara itu kepada mereka. Kepalanya semakin berdenyut-denyut. Pada saat ini , dia lebih mementingkan Yooin berbanding dirinya.

"Biar aku yang panggil cikgu.." Jinhwan membuka langkahnya terlebih dahulu. Manakala Yunhyeong dan Hanbin pula kembali ke khemah bersama ubat-ubatan.

Hanbin mengeluarkan sebiji pil dari bekas yang sedang berada di tangannya sebelum perlahan-lahan mengangkat kepala Yooin ke atas paha. Pil tersebut dimasukkan ke dalam mulut gadis itu. Botol mineral yang telah dibawa bersama diteguk Yooin dengan bantuan teman lelakinya.

"Kita kena bawa dia ke hospital. Dia dah demam panas sangat ni. Kat sini sejuk. Tentu dia tak selesa."

Pandangan Hanbin beralih kepada Yooin yang sedang baring beralaskan pahanya. Ubun-ubun gadis itu diusap lembut.

"Get well soon , chagi..."

---

[ Chapter 39 - Accompany ]

Kissable [ MalayFic ] ✓Where stories live. Discover now