Chapter 24 - Home

868 113 11
                                    

---

"Hanbin-ahh.."

Suara Yooin kedengaran begitu lemah pada pendengarannya. Namun begitu , Hanbin masih dapat mendengar namanya dipanggil oleh gadis itu dengan cukup jelas.

"Eung?"

Terjungkit kedua-dua belah kening Hanbin pada waktu itu. Rasa janggal yang timbul di antara Yooin dan Hanbin membuatkan mereka berdua terus berdiam. Yooin sepertinya cuba menghidupkan kembali suasana malam itu.

"Kenapa awak... baik sangat dengan saya hari ni?"

Hanbin masih memberikan sepenuh tumpuannya terhadap Yooin. Hanya matanya sahaja yang kini tertumpu pada jalan yang mereka berdua sedang lalui.

'Sebab saya sayangkan awak..'

Jawapan Hanbin hanya dapat didengari isi hatinya sendiri. Jika dia mahu berterus terang sekalipun , mungkin ini bukanlah masa yang sesuai.

"Sebabnya , tak akan ada orang lain yang sanggup dukung saya malam tu....macam apa yang saya tengah buat sekarang ni."

Hanbin sekadar tersenyum manis tanpa berkata apa-apa. Posisi kaki Yooin yang sepertinya semakin melorot ke bawah itu dibetulkan. Tubuh Yooin yang melekat pada belakang badan Hanbin membuatkannya selesa untuk meredah angin malam.

Sekali lagi , fikirannya mula menerawang jauh.

---

"Terima kasihlah sebab dah bersusah payah hantar Yooin balik."

Pn. Moon menundukkan sedikit kepalanya di hadapan Hanbin sebagai tanda terima kasih. Ketika itu , dia baru sahaja meminta diri untuk pulang ke rumah memandangkan jam pun sudah menunjukkan pukul 11.23 malam.

"Nae.. Yooin , rehat baik-baik tau. Kalau masih tak larat , tak payah datang sekolah. Jangan risau pasal kerja atau homework yang cikgu bagi. Nanti saya tolong mintakkan buku nota classmate awak."

Yooin yang sudah siap terbaring di atas katil mengangguk sahaja. Dia kemudiannya tersenyum apabila melihat jejaka bertubuh tinggi itu masih lagi berdiri di sisi katilnya.

"Hanbin.. hati-hati tau.."

Kini giliran Hanbin pula yang mengangguk.

"Baiklah.. saya minta diri dulu. Selamat malam.."

Yooin melambaikan tangannya pada Hanbin yang kian berlalu pergi.

"Lelaki tadi tu... boyfriend kamu ke?"

"M-mana ada.. omma ni kan , suka sangat usik Yooin macam tu.."

Anak gadis itu mencebik manja. Pn. Moon tergelak kecil melihat reaksi Yooin terhadap gurauannya itu. Pada masa yang sama , pipi Yooin turut kelihatan merah padam.

"Omma cuma teka je.. lagipun dia nampak manis sangat dengan kamu."

Yooin semakin tidak keruan. Kenapalah topik ini perlu timbul?

"Omma... dia cuma senior Yooin. Kami berdua tak ada apa-apa pun.."

"Hanbin tu hensem... anak omma ni pulak lawa. Kamu berdua padanlah..."

Pn. Moon mula berangan-angan.

"Omma!!"

---

[ Chapter 25 - She's With You ]

Kissable [ MalayFic ] ✓Where stories live. Discover now