Chapter 26 - Secure

832 113 71
                                    

---

Selesai sahaja aktiviti sukan pada hari itu , Yooin ditugaskan untuk membawa peralatan yang telah digunakan kembali ke stor sukan. Wajahnya kelihatan pucat dan tidak bermaya. Pandangannya juga semakin kabur.

Inilah apa yang sering dialami oleh penghidap penyakit hipoglisemia sepertinya. Yooin yakin yang kandungan glukosa di dalam darahnya semakin rendah pada waktu ini. Dia tidak larat untuk pergi ke kelas bagi mengambil tablet glukos miliknya.

"Tengoklah siapa kat sini..."

Yooin mengangkat wajahnya , memandang tiga orang senior yang pernah mencederakannya semasa dicabar bermain bola keranjang dahulu.

Yooin diam. Wajahnya tidak mampu diangkat untuk memandang mereka bertiga yang sedang berdiri di hadapannya.

"Muka dah nampak macam orang nak mati je tu? Dah lama hidup ke , Yooin?"

Salah seorang dari mereka lancang menyindirnya. Yooin hanya diam.

"Tak perlulah mati cepat sangat. Kami ni tak seronok lagi tau.."

Mereka tersenyum penuh makna sebelum bertindak menyimbah Yooin dengan air tanah. Mereka bertiga kemudiannya mencampakkan telur mentah ke arah Yooin. Dia menangis , sekadar merelakan apa yang mereka bertiga sedang lakukan.

Belum cukup dengan itu , badannya yang basah kuyup dengan air tanah dan telur mentah itu dicampak pula dengan tepung. Habis rambutnya kotor. Yooin memejamkan matanya rapat.

Badannya yang basah itu terasa sedikit hangat seakan-akan berada di dalam pelukan seseorang. Wajahnya diangkat , cuba untuk melihat gerangan yang sedang melindunginya ketika itu. Namun , lelaki itu terlebih dahulu bertindak memeluknya dengan lebih erat.

Kepala Yooin mula berpinar-pinar. Wajahnya dirasakan hangat dan tangannya menggigil. Kelopak matanya turut dirasakan berat seakan-akan bakal terpejam bila-bila masa saja lagi.

---

[ Chapter 27 - Angel ]

Kissable [ MalayFic ] ✓Where stories live. Discover now