Chapter 23 - Remember

881 107 21
                                    

---

Denyutan pada ubun-ubun kepala aku semakin terasa.

Tekak ini turut dirasakan kering kontang.

Kelopak mata aku juga terasa berat sehingga hampir tertutup kembali.

Anak mata aku digerakkan untuk melihat ke sisi katil. Dari sini , aku sedar tentang kehadiran seseorang yang amat aku kenali.

Kim Hanbin.

Aku sekadar memerhatikan dia tidur dengan katil yang turut dijadikan alas kepala ㅡ tempat dia tidur. Aku serba salah melihat dia tidur dalam postur badan begitu. Mesti sakit pinggang dan tengkuk dia nanti.

Perlahan-lahan aku gerakkan tangan kanan aku dan menyentuh rambutnya. Tanpa sengaja , tindakan aku itu telahpun mengejutkannya dari tidur.

Hanbin yang masih lagi dalam keadaan mamai mula terpisat-pisat. Dia membantu aku menanggalkan alat bantuan pernafasan dari mulut.

Dengan tak sengaja , aku ketawa kecil melihat telatahnya yang comel dan agak melucukan tu.

Hanbin tiba-tiba saja bertindak memeluk badan aku. Aku sendiri pun tak pasti kenapa dia buat macam tu. Aku tersenyum nipis. Masih ada lagi orang yang ambil berat perihal diri aku rupanya.

Perlahan-lahan aku rasakan kehangatan tubuh Hanbin tadi semakin hilang. Air wajahnya berubah dengan begitu ketara. Dia nampak risau.

"Apa yang sebenarnya terjadi? Kenapa saya kat sini?"

"Awak berada dalam sekolah semalaman sebab terkunci dalam tandas. Seseorang jumpa awak dalam keadaan basah kuyup dan kesejukkan. Lepas pihak sekolah dah buat panggilan kecemasan , di sinilah awak akan berada buat masa ni. Awak ada ingat apa-apa sebelum tu?"

Aku menggeleng lemah.

"Tak , melainkan.... kepala saya dipukul kuat dengan sesuatu sebelum saya pengsan. Sebelum saya jumpa awak waktu tamat sekolah tu , saya ada tolong ssaem angkat barang. Lepas tu , saya singgahlah tandas. Kemudian , saya langsung tak ingat apa-apa."

Aku mengurut perlahan kepala aku yang kembali berdenyut-denyut kerana berkeras cuba memikirkan tentang apa yang telah berlaku petang tu.

"Ini dah macam kerja khianat.. awak langsung tak ingat muka pelaku tu?"

Aku menggeleng lemah.

"Bukan tak ingat.. tapi memang tak nampak langsung."

Aku dan Hanbin sama-sama mengeluh berat.

---

[ Chapter 24 - Home ]

Kissable [ MalayFic ] ✓Where stories live. Discover now