---
Kepala aku mula berdenyut-denyut. Hidung dan tekak aku pun dah terasa perit. Penyakit aku datang balik.
"Yooin-ahh.. gwenchana?"
Aku mengangkat wajah dan terkedu sebaik saja melihat Hanbin yang sedang berdiri di muka pintu.
Hanbin membuka langkahnya ke arah katil lalu duduk di sisi aku. Rambut yang menutupi separuh dari wajah aku diselitkannya ke belakang telinga dan kemudiannya didongakkan.
"Kenapa pucat je ni?"
Suara lembut Hanbin begitu menenangkan jiwa aku. Jari suamnya meramas lembut pipi aku.
"Awak sakit ke?"
Hanbin memegang bahu dan merenung tepat ke dalam mata aku yang berkaca. Badan aku terlalu lemah sekarang ni. Aku menggeleng perlahan.
"Saya perlukan gula.."
Suara aku hampir tak kedengaran. Hanbin menghela nafas berat sebelum menarik kepala aku rapat ke dadanya.
"Tapi saya tak ada.. kecuali yang ini.."
Pelukan itu dileraikan buat seketika. Hanbin meletakkan kedua-dua belah tangannya di bawah rahang aku. Bibir kami berdua dicantumkan.
Hanbin mula menggerak-gerakkan bibirnya. Kemanisan bibir lelaki ini dapat aku rasai. Tangan Hanbin turun pada pinggang aku.
"Umphh.."
Dia membuat badan aku menggigil dengan gigitan lembutnya pada bibir aku. Tak lama selepas tu , tangan Hanbin mula menjalar ke dalam baju yang aku pakai. Aku biarkan saja tangannya bergerak ke belakang badan aku yang dirasakan agak melekit pada waktu tu.
Hanbin menolak tubuh aku sehingga terbaring ke atas katil. Kini , dia berada di antara kedua-dua belah paha aku. Ciuman itu akhirnya terlerai. Masing-masing kembali mengambil nafas yang hilang.
"Yooin.. awak.. dah kunci pintu?"
Hanbin tercungap-cungap.
"Manalah.. saya tahu. Awak yang.. masuk tadi , kan?"
Hanbin tersenyum senget. Selimut aku dicapainya sebelum menutup tubuh kami berdua dengan senyuman penuh maknanya.
"Eiiii... Hanbin , apa ni?!"
---
[ Chapter 32 - Cuddle Session ]
![](https://img.wattpad.com/cover/83504494-288-k348990.jpg)
YOU ARE READING
Kissable [ MalayFic ] ✓
RomanceTidak pernah aku lihat bibirnya merekah. Malahan , bibir dia nampak gebu pada pandangan aku. Bibir itu juga sentiasa kelihatan lembap , walaupun dalam cuaca sejuk ㅡ membuatkan aku teringin untuk merasainya. || 김한빈 ft. 문유인 || ( Untuk versi yang tela...