Chapter 17 - Hospital

898 117 6
                                    

---

Sedaya upaya aku cuba untuk kekalkan posisi tubuh Hanbin yang berada di belakang badan aku ni dari terjatuh.

Aku langsung tak ambil peduli tentang pandangan orang lain yang berada di sekeliling aku. Aku mempercepatkan lagi langkah dan terus mengikut haluan aku.

Walaupun terasa beban , aku terus berlari ke hospital sambil mendukung Hanbin di belakang. Agak tak masuk akal , kan?

"Y-Yooin.."

Dia mula berbisik lagi. Kali ni , dalam keadaan yang masih sama. Aku tahu aku tak silap dengar. Dia memang sebut nama aku. Ya , Hanbin dah kembalikan keupayaan dia.

Hanbin dah sihat macam dulu.

"Tunggu kejap ya , Hanbin.."

Senyuman kembali menghiasi bibir aku tatkala melihat bangunan hospital di depan mata. Dah tak jauh. Sedikit saja lagi dan kami akan sampai ke sana.

Aku kuatkan lagi pautan aku pada pahanya yang semakin melorot ke bawah.

Kakinya juga hampir mencecah lantai. Tangan aku mulai lenguh kerana terlalu lama mendukung Hanbin. Dia ditempatkan dalam sebuah bilik dan diperiksa sebaik sahaja kami sampai tadi.

"Dia okay je , kan?"

"Jangan risau. Dia cuma demam panas biasa. Jangan lupa bagi dia makan ubat tu. Baru cepat sikit baik."

Doktor itu kembali memalingkan tubuh badannya ke arah lain untuk beredar.

---

"Kalau ikutkan rekod kemalangan dia yang sebelum ni , dia memang tak pernah bercakap dengan sesiapa lepas kematian ibu dia. Dia kerap kali berkurung dalam bilik. Tapi Hanbin tetap jalani kehidupan yang sama macam orang lain. Dia tak bisu sama sekali. Dia cuma trauma dengan apa yang dia lihat semasa kejadian tu. Dan dia takut nak cerita pada orang lain , membuatkan dia jadi pendiam sepanjang masa. Disebabkan benda ni terus berlarutan , dia langsung taknak bercakap."

"Takkan tak ada cara lain nak pulihkan Hanbin?"

"Dia perlukan banyak sokongan buat masa ni. Yooin patut bercakap dengan dia lebih kerap lagi. Berbual lah dengan Hanbin macam biasa. Tapi cuba untuk tak gunakan bahasa isyarat."

Aku mengeluh berat. Lega hati aku ni bila mendengar serba sedikit penerangan dari ahjumma. Sekurang-kurangnya , penat lelah aku bawa Hanbin ke hospital ni tak sia-sia.

Aku capai tangan Hanbin dan menggenggamnya lembut. Aku dapat rasakan kehangatan tangan dia pada pipi aku sebaik sahaja ia didekatkan pada wajah aku.

Tangan dialah yang dah lama aku nak sentuh dan pegang begini.

"I love you , Hanbin-ahh.."

---

[ Chapter 18 - Reaction ]

Kissable [ MalayFic ] ✓Where stories live. Discover now