---
"I love you , Hanbin-ahh.."
Senyuman menawan lagi manis milik Hanbin semakin lebar tatkala ayat itu kerap kali datang mengiang-iang di gegendang telinganya. Lesung pipitnya turut semakin kelihatan.
Melihat dari jauh sekalipun , sudah pasti senyumannya itu dapat dikesan orang di sekelilingnya. Hanbin tidak pernah tersenyum lebar sebegitu.
Mungkin hanya dengan rakan-rakan sepasukannya , tetapi bukan ketika dia sedang bersendirian.
"Amboi.. tersenyum lebar nampak."
Ketika itu , baru Hanbin sedar akan kehadiran rakan-rakannya. Jinhwan , Donghyuk , Yunhyeong , Chanwoo , Jiwon dan Junhoe kini duduk semeja dengan Hanbin.
"Ni mesti kes dah jatuh cinta. Sampai sekolah kau bawak angau kau tu. Kalau bukan sebab Yooin , dia takkan pernah tersenyum gembira sampai nampak lesung pipit dia tu , betul tak Hanbin?"
Hanbin terus tersenyum mendengar usikkan Jiwon. Papan putih kecil di dalam begnya dibawa keluar.
Pen marker turut dicapai. Tangannya pantas menulis sesuatu di atas white board itu lalu hasilnya ditunjukkan pada mereka.
"Yooin confess kat aku.."
Terkejut enam jejaka tampan itu bukan kepalang. Chanwoo yang mendengarnya pun sudah ternganga tidak percaya.
"Bila?!"
Kini , tiba giliran Junhoe pula yang kecoh di situ. Hanbin memadam tulisannya di papan putih tersebut sebelum menulis sesuatu yang mahu diceritakannya dari tadi lagi.
"Petang semalam , Yooin dukung aku ke hospital dan dia cakap 'I love you' pada aku."
"Aku macam tak percaya.." Terkebil-kebil Donghyuk meluahkan bicaranya.
"Untunglah ada orang ambil berat. Sampai dukung ke hospital lagi tu. Aku ni bila lagi?" Ujar Yunhyeong.
"Kau kahwin jelah dengan lipbalm kau tu.." Sindir Junhoe pula.
"Kalau korang berdua dah suka sama suka , kau pun confess lah kat dia. Yooin tu dahlah first love kau. Jarang tau orang couple sebab suka sama suka ni."
Nasihat si tubuh genit Jinhwan membuka mata Hanbin. Reaksi positif dari rakan-rakannya membuatkan Hanbin mahu mencuba. Cuba untuk memikat hati gadis yang disukainya dalam diam.
---
[ Chapter 19 - Revenge ]
YOU ARE READING
Kissable [ MalayFic ] ✓
RomanceTidak pernah aku lihat bibirnya merekah. Malahan , bibir dia nampak gebu pada pandangan aku. Bibir itu juga sentiasa kelihatan lembap , walaupun dalam cuaca sejuk ㅡ membuatkan aku teringin untuk merasainya. || 김한빈 ft. 문유인 || ( Untuk versi yang tela...