Chapter 37 - Dying

835 122 18
                                    

---

"Haraplah mereka berdua masih selamat."

Berita buruk tentang kehilangan Yooin dan Hanbin yang telah dibawa oleh arus sungai menjadi bahan bualan pelajar lain dan juga guru-guru pengiring. Bahkan , kehilangan mereka turut memberi kesan kepada program perkhemahan ini.

Rakan-rakan Hanbin juga sepertinya tidak senang duduk menunggu berita dari pasukan penyelamat yang telah dikerahkan ke sini lebih kurang 15 minit selepas Yooin dan Hanbin jatuh ke dalam sungai.

---

"Badan awak masih lemah?"

Hanbin memeluk tubuh Yooin yang sedang menggigil itu seerat-eratnya. Dia tidak mahu Yooin kesejukan. Gadis itu mungkin sahaja akan pengsan dalam masa terdekat ini sekiranya bantuan masih tidak sampai kepada mereka.

Yooin sekadar mengangguk lemah. Sudah kira-kira dua jam mereka berada di sini tanpa berbuat apa-apa. Matahari semakin melabuhkan tirainya. Terdedah di luar dalam keadaan basah kuyup memburukkan lagi keadaan mereka. Bagaimanapun , Hanbin terus memilih untuk bersama-sama Yooin.

Dia semakin memahami penyakit yang dihidapi Yooin sejak kecil dahulu. Gadis itu akan kelihatan tidak bermaya. Malah , wajahnya juga akan bertukar pucat. Jika keadaan Yooin bertambah teruk , dia akan tidak sedarkan diri. Perlahan-lahan , hipoglisemia ini akan menyebabkan kematian.

Yooin semakin lemah. Ditambah pula dengan cuaca malam yang semakin sejuk dari saat ke saat. Tubuh badannya tidak mampu bertahan lebih lama lagi. Dia perlukan sesuatu yang manis sebagai tenaga.

Di saat mata Yooin semakin kuyu , Hanbin mengucup lembut bibir Yooin. Selang beberapa saat , bibir munggilnya mulai bergerak-gerak menghisap bawah bibir gadis itu. Yooin menggagahkan diri dengan mengangkat kedua-dua belah tangannya dan merangkul leher lelaki itu.

Hanbin membenarkan bibirnya menjadi pemanis yang mampu membuatkan Yooin kembali bernyawa. Setidak-tidaknya , manis di bibir Hanbin itu akan menjadi tenaga buat Yooin ㅡ biarpun untuk jangka masa yang singkat.

Pegangan Yooin pada tengkuk Hanbin perlahan-lahan menjadi longgar. Tangan gadis itu kemudiannya jatuh ke tanah.

Mujurlah pasukan penyelamat sampai tepat pada masanya. Hanbin terus mendapatkan mereka.

"Ada bawa gula-gula tak?"

"Erk.. gula? A-ada.."

Lelaki itu sepertinya teragak-agak dengan permintaan Hanbin. Pembalutnya dibuka dengan tangan yang terketar-ketar. Hanbin kembali terduduk di sisi Yooin. Mulutnya dibuka sedikit bagi memasukkan gula-gula tersebut.

"Perlahan-lahan.."

Beberapa orang lelaki yang turut mengikuti misi menyelamat itu hanya melihat sahaja apa yang Hanbin lakukan. Kelihatan Yooin mula menggerak-gerakkan rahangnya seperti sedang menghisap gula-gula tadi.

"Bertahan ya? Saya takkan sesekali tinggalkan awak lagi.."

---

[ Chapter 38 - Stay ]

Kissable [ MalayFic ] ✓Where stories live. Discover now