---
"H-Hanbin.."
Yooin serta-merta terduduk dari pembaringannya. Peluh di dahi segera dikesat dengan belakang tapak tangan. Keadaan bilik yang dilihat begitu asing pada mata gadis itu membuatkan seluruh tubuhnya menggigil ketakutan.
"Yooin.. Syukurlah , awak dah sedar."
Satu figura berwajah kecil tiba-tiba sahaja muncul di sebalik pintu kamar itu. Hati Yooin benar-benar lega apabila mengetahui bahawa lelaki tersebut bukannya mereka yang mahu mengapa-apakan dirinya seperti apa yang berlaku tadi. Yunhyeong mendekati katil tempat Yooin sedang merehatkan tubuhnya bersama senyuman lega.
"Bibir awak berdarah lagi lah.."
Yunhyeong mengeluarkan putik kapas lalu digunakannya untuk menyapu krim di bibir Yooin. Wajah tekun Yunhyeong terus diperhati dengan teliti. Entah mengapa , Yooin merasakan dadanya semakin berdebar-debar ketika bersama lelaki ini.
"Boleh awak hantar saya balik?"
Yunhyeong mengangguk bersama senyuman manisnya yang amat dikenali ramai.
"Tapi malam ni , tinggal jelah di rumah saya dulu. Saya dah beritahu omma awak. Dia benarkan."
Dahi Yooin sedikit berkerut. Kedua-dua belah keningnya turut bertaut rapat.
"Tunggu , ini rumah awak? Tapi kenapa bilik ni nampak macam klinik?"
Yunhyeong ketawa kecil sebelum menceritakan serba sedikit tentang latar belakang keluarganya. Kedua-dua ibu dan bapa Yunhyeong merupakan pakar perubatan lulusan institusi pengajian tinggi di Seoul. Secara kebetulan pula minat Yunhyeong turut sama menjurus pada bidang kedoktoran. Oleh itu , klinik khas milik keluarga ini telah dibuka.
Yooin begitu kagum mendengar cerita Yunhyeong sehingga tidak sedar bahawa dirinya sudah terlalu banyak menguap di hadapan lelaki itu.
"Saya nasihatkan awak supaya banyakkan berehat. Kalau boleh , cutilah dua tiga hari ni. Pasal kerja sekolah dan nota awak , nanti saya minta tolong Chanwoo."
Yooin mengangguk perlahan. Pipinya kian merona merah. Tidak pernah dia jumpa lelaki sebaik ini.
"Sunbaenim..."
"Ya?"
"Dah jumpa heroin untuk pementasan tu?"
Yunhyeong mengeluh halus. Dia kembali menoleh ke arah Yooin yang masih menantikan jawapan dari mulutnya. Bibir merah jambu lelaki itu dinipiskan sebelum serentak kedua-dua belah bahunya diangkat. Terpamer kekecewaan yang sukar ditafsir pada wajahnya.
"Belum lagi. Nampaknya terpaksalah kita batalkan pementasan tu. Dah tak ada sesiapa pun yang nak gantikan Ga In."
Kata Yunhyeong , Ga In tercedera semasa melakukan latihan pementasan. Perkara sebegini sememangnya jarang berlaku. Apa lagi pada senior yang sudah lama berkecimpung dalam bidang seni teater seperti Ga In.
"Tapi itulah. Kita dah buat banyak persiapan. Prop pentas , pakaian , semua kita dah tempah guna duit hasil kutipan dari setiap ahli kelab teater ni. Kita juga dah pinjam banyak duit daripada pihak sekolah semata-mata untuk teater ni. Kalau kita batalkan , siapa yang nak tanggung 40% kerugian sekolah ni? Sekolah juga mungkin akan bubarkan kelab teater kita."
Yooin memegang bahu kanan Yunhyeong ㅡ membuatkan lelaki itu segera menoleh ke arahnya.
"Saya ada jalan penyelesaian. Saya terima tawaran untuk jadi heroin pementasan ni."
Yooin tersenyum. Mata Yunhyeong membulat. Tangannya didepakan lalu segera merangkul pinggang kecil Yooin. Oleh kerana terlalu gembira , tubuh gadis itu dipeluknya erat. Yooin kembali membalas pelukan Yunhyeong dengan senyuman manis.
---
[ Chapter 42 - Curiosity]
![](https://img.wattpad.com/cover/83504494-288-k348990.jpg)
YOU ARE READING
Kissable [ MalayFic ] ✓
RomanceTidak pernah aku lihat bibirnya merekah. Malahan , bibir dia nampak gebu pada pandangan aku. Bibir itu juga sentiasa kelihatan lembap , walaupun dalam cuaca sejuk ㅡ membuatkan aku teringin untuk merasainya. || 김한빈 ft. 문유인 || ( Untuk versi yang tela...