---
Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum pementasan teater berlangsung. Yooin masih perlu memperbanyakkan latihan lakonannya. Tambahan , dia kini memegang watak penting yang sudah tentunya bakal menjadi perhatian umum semasa pementasan tersebut.
Yooin agak terkejut mengetahui bahawa pasangannya di dalam pementasan itu nanti ialah Yunhyeong. Yooin dalam dilema. Mengapa dia langsung tidak diberitahu tentang hal ini?
Dan bagaimana perasaan Hanbin nanti?
Bercakap tentang Hanbin , sudah beberapa hari lelaki itu tidak menghubunginya. Jika ada pun , hanya dia yang akan menghubungi Hanbin terlebih dahulu.
Hanbin yang mula menyendiri membingungkan Yooin. Merajukkah lelaki itu? Jika ya , mengapa pula?
Dia yang sepatutnya makan hati kerana Hanbin meninggalkannya seorang diri tempoh hari. Mujurlah Yunhyeong sempat menyelamatkannya sebelum dia dijadikan mangsa dua orang lelaki tidak senonoh itu.
Yooin tersilap langkah. Dia jatuh terjelepuk di atas lantai pentas. Gadis itu merengus , menepuk lantai tersebut geram. Sudah beberapa kali dia cuba menari dengan kasut tumit tinggi yang perlu dipakainya. Dia tidak biasa.
Barangkali Ga In yang sepatutnya menjadi watak utama pementasan kali ini juga menghadapi masalah yang sama. Atau mungkin tidak.
Tangan dihulurkan pada gadis itu. Tanpa mendongak terlebih dahulu , Yooin yang hampa terus mencapai tangan tersebut. Dia kembali berdiri. Tidak lupa untuk menepuk bajunya yang mungkin kotor.
"Perlukan bantuan?"
Suara itu membuatkan Yooin secara spontan mengangkat wajahnya. Yunhyeong tersenyum ketika mereka saling bertentangan mata.
"Sunbae..."
Yoohee menundukkan sedikit kepalanya. Rambutnya yang hampir mengganggu penglihatan diselit di belakang telinga.
"Masih tak dapat langkah yang betul?"
Yooin segan untuk menjawab. Dia tidak sepatutnya menerima tawaran itu dari awal jika tahu keadaan akan menjadi sukar sekiranya terus begini.
Yunhyeong memegang tangan Yooin , kedua-dua belah di dalam genggamannya. Tangan kanan Yooin diletakkan di atas bahunya sementara sebelah lagi saling berpegangan. Tangan kanannya pula diletakkan pada pinggang Yooin.
"Saya harap awak tak kesah."
Wajah Yooin mula membahang.
"Tak mengapa. Teruskan."
Yunhyeong membilang dari angka satu sehingga keempat. Yooin kalut cuba mendapatkan langkah yang betul. Namun , kasut tumit tinggi yang dipakainya dengan tidak sengaja memijak kaki Yunhyeong.
"M-mianhae.."
Yunhyeong menggeleng. Semakin banyak kesalahan yang dibuat , semakin kalut Yooin jadinya. Dia serba salah. Sedangkan Yunhyeong langsung tidak mengambil peduli kesalahan yang Yooin lakukan.
"Awak kena fokus , Yooin. Bertenang."
Bagaimana gadis itu hendak bertenang jika Yunhyeong merenungnya begitu. Jangan disebut tentang berpuluh-puluh peminatnya di luar sana , Yooin juga boleh pengsan jika terus begini.
"Beritahu saya apa yang awak minat."
Berkerut wajah Yooin. Mengapa tiba-tiba Yunhyeong hendak mengenalinya pula?
"Menyanyi , mungkin?"
Yooin tidak pasti. Dia tidak boleh berfikir kerana terlalu merisaukan langkah yang masih tidak dapat dipelajari dengan betul.
"Jadi , nyanyi untuk saya."
---
[ Chapter 43 - Theatre ]
![](https://img.wattpad.com/cover/83504494-288-k348990.jpg)
YOU ARE READING
Kissable [ MalayFic ] ✓
RomanceTidak pernah aku lihat bibirnya merekah. Malahan , bibir dia nampak gebu pada pandangan aku. Bibir itu juga sentiasa kelihatan lembap , walaupun dalam cuaca sejuk ㅡ membuatkan aku teringin untuk merasainya. || 김한빈 ft. 문유인 || ( Untuk versi yang tela...