Chapter 45 - Attack

177 25 12
                                    

---

Hanbin mencengkam kolar baju Yunhyeong lalu diserangnya lelaki itu dengan tumbukan keras tepat pada batang hidungnya untuk melepaskan segala rasa cemburu dan amarah yang sudah lama bersarang di dalam hatinya.

Tidak cukup dengan itu , Yunhyeong diterajang pula pada bahagian perutnya sehingga dia jatuh menghempap lantai.

"Hanbin! Apa awak buat ni!"

Yooin berdiri dengan paniknya. Tubuh kecil gadis itu seolah-olah sedang mematung melihat pergaduhan tersebut.

Dia tidak jelas mengapa Hanbin datang ke sini semata-mata untuk mencederakan rakan baiknya sendiri.

"Hanbin! Berhenti!"

Yunhyeong dilihat terkulai di tempatnya. Bukan kerana dia tidak kuat untuk melawan ataupun membuat serangan balas terhadap Hanbin.

Dia hanya belum menemui peluang itu. Tambahan pula , serangan Hanbin diakui begitu menyakitkan dan pantas. Yunhyeong hanya sempat menumbuk mata Hanbin. Itu pun sekadar untuk menghentikan serangan lawannya.

"Cukup!!"

Suara tegas lagi lantang Yooin membuatkan pergerakan Hanbin terhenti. Lelaki itu melihat pula ke arah Yunhyeong yang berada di bawahnya.

Hidung Yunhyeong terasa panas dengan lelehan darah pekat. Hujung bibirnya pecah gara-gara ulah Hanbin yang keanak-anakkan itu. Kelopak mata kanan Hanbin terluka dan sudah mulai berubah warna menjadi kebiru-biruan.

"Apa kena dengan awak ni!"

Yooin menolak tubuh Hanbin menjauhi Yunhyeong. Tubuh itu terdorong ke belakang sambil sebelah tangannya bergerak menutup kawasan mata yang terluka itu.

"Mari pergi.."

Yooin memberikan sapu tangan miliknya lalu memapah Yunhyeong menuju ke pintu keluar tanpa memandang sekilas pun pada Hanbin yang hanya membatu di sana.

"Dia betul-betul tak sedar ke yang aku tengah cemburu?"

---

"Mesti sakit kan? Hanbin tu memang nak kena agaknya. Tunggulah. Nanti saya akan buat dia minta maaf pada awak."

Di sinilah kedua-dua mereka berada sejak Yunhyeong diserang secara mengejut oleh Hanbin sebentar tadi. Yooin membersihkan luka di bibir Yunhyeong.

"Tengoklah ni. Pendarahan masih tak berhenti."

Yunhyeong tertawa halus melihat Yooin menggerutu di hadapannya.

"Yooin , saya takkan mati lah kalau alami pendarahan kecil macam ni sekalipun."

Yooin memuncungkan bibirnya sambil bercekak pinggang. Bagi Yooin , tindakan Hanbin yang tidak jelas akan sebabnya itu benar-benar menyebalkan.

"Awak tak rasa Hanbin tu tengah cemburu ke?"

Yooin mengerutkan dahinya tidak mengerti.

"Cemburu? Untuk apa?"

Yunhyeong tersenyum. Naif sungguh buah hati sahabatnya ini.

"Cemburu sebab tengok kita berdua asyik luangkan masa bersama? Dia kan dah lama berminat dengan awak."

Yooin mendapati wajahnya membahang. Pipi gadis itu merona merah.

"Mengarutlah awak ni , Yunhyeong."

---

[ Chapter 46 - Second Confession ]

Kissable [ MalayFic ] ✓Where stories live. Discover now