Chapter 03 - Smile

1.3K 135 16
                                    

---

Dia ni masih tak berubah sejak kali pertama masuk sekolah tinggi ㅡ selalu sangat duduk menyendiri. Makan pun sorang-sorang , duduk pun sorang-sorang. Haihh...

Hari ni , Hanbin tak makan makanan berat. Dua potong sandwich pun dah kira cukup untuk makan tengah hari. Bukan selalu dapat tengok dia makan snek atau junk food. Heh , macam perempuan pun ada.

Dalam sekolah ni , ramai juga peminat Hanbin yang aku kenal melalui fancafe yang aku kendalikan tu. Kebanyakannya dari keluarga orang yang berkedudukan tinggi. Padanlah ada yang mengada-ngada.

Dengan perasaan gementar , aku berjalan mendekati meja Hanbin bersama sandwich tuna dan segelas teh ais di tangan. Aku kemam bibir dan tarik nafas dalam setiap kali cuba untuk memajukan langkah ke arahnya.

Aku ni sebenarnya teragak-agak nak sapa dia. Makin mahu ditegur , makin takut pula aku jadinya. Dahlah aku ni jarang bercakap dengan lelaki. Ini pula dengan crush. Memang bila-bila saja jantung ni boleh gugur.

Hanbin berdiri dari kerusinya dan sempat mengukirkan senyuman kekok yang seringkali dia tunjukkan pada aku. Dunia aku seakan-akan terhenti buat seketika. Aku tak bermimpi , bukan?

Sedang elok-elok aku berangan , tiba-tiba sahaja bahu aku dirempuh. Habis basah baju Hanbin gara-gara teh ais aku yang tertumpah di dadanya. Mata aku membuntang. Aku panik.

"M-maaf.. saya tak sengaja.."

Mesti dia dah mula rimas dengan aku. Yalah , kadang-kala aku boleh jadi cerewet , becok , dan juga kelam-kabut. Siapa tak rimas?

Dengan keadaan menggigil , aku cepat-cepat keluarkan sapu tangan dari poket dan mengelap bajunya yang basah dek kerana air teh segelas itu. Hanbin hanya diam membisu.

Aku betul-betul berharap agar dia tak marah. Aku memang tak sengaja , sumpah!

Lambat-lambat , aku mula mengangkat kepala memandang wajah Hanbin. Dia masih tersenyum pada aku. Muka aku semakin hangat bila lama-lama bertentangan mata dengan dia.

Pfttt , typical drama scene..

Aku tak tahulah apa yang nak jadi dengan diri aku sekarang ni. Tapi jujur aku katakan , susah sungguh mata aku ni mahu dialihkan dari bibir dia.

Selama ni , aku perasan yang.....

Tak pernah aku lihat bibir Hanbin merekah.

Bibir dia nampak gebu pada pandangan aku.

Bibir dia juga sentiasa kelihatan lembap , walaupun dalam cuaca sejuk ㅡ membuatkan aku teringin untuk merasainya.

Aku tahu itu gila bunyinya. Tapi , dua ulas bibir munggil dia yang merah jambu itu buat aku semakin tertarik pada dia.

Kim Hanbin , you're driving me crazy ...

---

[ Chapter 04 - Moving Closer ]

Kissable [ MalayFic ] ✓Where stories live. Discover now