---
Hubungan aku dengan sekelompok besar manusia di dalam sekolah ni masih lagi dalam keadaan yang begitu menyedihkan. Semua pengikut fancafe Hanbin langsung dah tak percayakan aku.
Sejak khabar angin tu jadi viral dalam blog sekolah , tak ada sesiapa nak berbual dengan aku lagi. Aku ditinggalkan seorang diri sepanjang masa. Tak ubah macam aku seorang saja yang ada dalam sekolah ni.
Sejujurnya , aku tak berapa kesah tentang tu. Lagipun , aku dah biasa duduk bersendirian. Siapa yang nak berkawan dengan nerd macam aku ni?
Yang aku benar-benar risaukan sekarang , aku takut jika usaha aku untuk menjadikan Hanbin sebagai ketua presiden pelajar ditolak umum gara-gara isu ini.
"Okay.. hari ni , cikgu nak kamu main bola keranjang. Tak ada pengecualian melainkan kalau kamu memang ada surat sakit dari doktor. Saya perlu jumpa pengetua sekarang ni."
Aku memuncungkan bibir sambil berpeluk tubuh. Dicabar dalam perlawanan bola sepak sekalipun aku tak gentar. Cumanya , untuk permainan kali ni , aku tak berapa setuju. Yalah , aku ni kan pendek.
Aku berpaling tubuh dan melangkah pergi dari gelanggang bola keranjang tu. Tak lama lepas tu , belakang kepala aku pula yang terkena balingan bola. Aku menoleh sambil mengurut belakang kepala aku.
"Cuba nak lari ke?"
Aku kecut perut melihat tiga orang perempuan yang pernah ugut aku tempoh hari muncul di gelanggang. Apa yang mereka buat di sini?
"Ambil bola tu.. dan kita lawan."
Aku memandang bola yang ditunjukkan Somi dan kemudiannya membongkokkan sedikit badan aku untuk mengambilnya. Betul ke apa yang aku buat ni?
Kalau aku tak terima cabaran tu , tentunya mereka takkan henti-henti panggil aku pengecut.
"Pilih ahli kumpulan kau cepat.. masa tak banyak."
Aku mula susah hati bila kebanyakan dari rakan sekelas aku terus menolak mentah-mentah pelawaan untuk berkerja sepasukan dengan aku.
Aku cuba untuk nampak tenang walaupun terang-terangan situasi yang berlaku di sini mula menakut-nakutkan aku.
"Don't worry , guys... kami bertiga takkan ada masalah dengan korang. Just a small competition between me and Yooin."
Somi tersenyum sinis. Kali ni , dia sendiri yang menarik pemain pasukan untuk aku.
Mereka pun terpaksa akur memandangkan ramai di antara mereka yang sebenarnya takut pada senior perempuan dalam sekolah tu.
Masing-masing mengambil posisi di atas gelanggang. Aku menarik nafas dalam sebelum whistle ditiupkan. Belum sempat aku bawa bola ke mana-mana , Somi terlebih dahulu merampas bola tu dari tangan aku dan membuat jaringan.
Kali ni , bola masih lagi berada dalam tangan aku. Mata aku melilau ke sekeliling , mula mencari rakan sepasukan aku.
Tapi setiap masa , aku rasakan seolah-olah hanya aku seorang sahaja yang sedang bermain dalam pasukan ni. Nampaknya terpaksalah aku berdepan dengan mereka seorang diri.
Wisel ditiup sekali lagi. Somi terus merempuh bahu aku sehingga bola yang dipegang terlepas dari tangan. Aku terjatuh di atas permukaan gelanggang.
Aku bangun dan terus mengejar bola yang ada di tangan mereka. Panas terik pada hari tu menganggu fokus aku.
Tanpa kaca mata , aku tak mampu untuk melihat objek yang jauh. Tambahan pula , cahaya matahari semakin menyilaukan mata aku. Melihat ke hujung gelanggang terlalu lama membuatkan kepala aku mula berpinar-pinar.
Dah lebih 3 jaringan mereka buat. Aku makin penat. Kali ni , aku berusaha untuk dapatkan bola dari rakan Somi. Paling tak pun , aku kena halang mereka dari buat satu lagi jaringan.
Tanpa disangka-sangka Somi datang dari tepi dan menyiku kuat hidung aku. Aku hilang imbangan dan jatuh ke atas gelanggang dengan kepala aku terhentak betul-betul pada permukaan keras tu.
Aku dapat rasakan seluruh tubuh aku seakan-akan lumpuh. Cecair hangat mula mengalir keluar dari hidung aku.
"Ehh , tengok.. hidung dia dah berdarah lah.."
"Siapa suruh berani-berani terima cabaran senior tu?"
"Padan muka dia."
"Aku lagi suka tengok dia macam tu."
"Kalau patah kaki atau patah tangan , sekurang-kurangnya tak perlulah kita hadap muka dia ni setiap hari."
"Yooin? Moon Yooin?"
Itu macam suara.... Hongseok? Aku dapat lihat Hanbin dan kawan-kawan dia yang lain mula merempuh sekumpulan pelajar perempuan tu.
Hanbin mengangkat sedikit kepala aku. Hidung aku disentuhnya lembut.
"Baik kita bawak dia pergi bilik rawatan secepat mungkin. Nampaknya pendarahan dia makin teruk."
Yunhyeong memberi cadangan. Anak mata aku dialihkan ke wajah Hanbin yang tampak risau. Perlahan-lahan tubuh aku diangkatnya. Sekelip mata , dunia aku bertukar gelap gelita.
---
[ Chapter 15 - Worried ]
YOU ARE READING
Kissable [ MalayFic ] ✓
Любовные романыTidak pernah aku lihat bibirnya merekah. Malahan , bibir dia nampak gebu pada pandangan aku. Bibir itu juga sentiasa kelihatan lembap , walaupun dalam cuaca sejuk ㅡ membuatkan aku teringin untuk merasainya. || 김한빈 ft. 문유인 || ( Untuk versi yang tela...