---
Yooin mengambil keputusan untuk berjalan kaki pulang ke rumahnya setelah tamat sahaja waktu persekolahan pada lewat tengah hari itu. Jiwanya dilanda kekosongan.
Hanbin yang kebiasaannya akan menghantar Yooin pulang ke rumah tidak dapat hadir pada hari itu kerana terlibat dengan aktiviti di luar sekolah.
From : Hanbin
Text : Hati-hati balik rumah tu... sorry sangat sebab tak dapat hantar awak balik :(
Sent : 12.32 p.m.Yooin tersenyum sendirian melihat teks pesanan ringkas yang baru sahaja dihantar oleh Hanbin pada waktu itu.
Yooin memasukkan telefonnya ke dalam poket blazer yang dipakai. Wajahnya kembali diangkat lalu pandangannya difokuskan pada jalan yang sedang dia lalui.
---
"Hanbin... ingat tak masa awak demam panas tempoh hari?"
Hanbin mengangguk perlahan.
"Kalau awak nak tahu , itulah kali pertama saya dengar awak bercakap.."
Yooin tersenyum. Di fikirannya terbayang saat-saat indah yang berlaku pada malam itu.
Yooin terlalu gembira seakan-akan baru sahaja melihat seorang bayi menyebut perkataan pertamanya walaupun tanpa sedar.
Tambahan lagi , apabila perkataan yang disebut Hanbin itu adalah namanya sendiri.
"Kalau boleh , saya nak sangat tengok awak bercakap lagi. Tapi kali ni , saya nak awak cuba bercakap dalam keadaan sedar. Saya tahu awak boleh.."
Hanbin memandang wajah gadis itu sebelum menundukkan wajahnya.
"Saya takkan boleh bercakap macam dulu tanpa omma.."
"Siapa kata tak boleh?"
Hanbin kembali mengangkat wajahnya. Mereka kini bergerak naik ke dalam perut bas sebelum mengambil tempat duduk masing-masing. Hanbin di sebelah tingkap , manakala Yooin pula di sebelahnya.
"Sampai bila awak nak mengharapkan omma awak , Hanbin? Keyakinan tu datang dalam diri awak sendiri. Anggaplah yang omma awak tengah melihat sekarang ni. Dia tentunya nak awak bercakap macam dulu , kan?"
Hanbin mengemam bibirnya. Apa yang dikatakan Yooin memang betul. Dia tidak boleh terus mengharapkan bantuan ibunya yang sudah lama tiada itu.
"Sekarang , pejamkan mata awak.."
Hanbin agak tertanya-tanya tentang apa yang mahu Yooin lakukan terhadapnya. Namun , dia hanya menurut sahaja apa yang gadis itu mahukan. Matanya dipejam rapat.
Kedua-dua belah tangan Hanbin yang berada di atas pahanya kini terasa suam. Yooin mula meramas-ramas tangan Hanbin yang berada di dalam genggamannya.
"Cuba bayangkan , awak ternampak omma datang ke arah awak.. bayangkan awak berada dalam dakapan dia , sama macam waktu awak masih kecil dulu.. dia rindu nak bercakap dengan awak."
Di dalam pandangan gelap Hanbin , susuk tubuh ibunya muncul seperti apa yang Yooin katakan. Ibunya tersenyum tatkala melihat Hanbin berdiri kaku di tempatnya. Pn. Kim berjalan perlahan ke arah anaknya itu.
Wanita itu duduk melutut di hadapan Hanbin yang masih kecil. Dia agak terkejut melihat tubuh kecilnya pada waktu itu dipeluk wanita yang dia rindui.
Anak kecil itu terasa suam di dalam dakapan ibunya. Hanbin menangis ㅡ merasakan bahawa apa yang dilihat dan dirasai olehnya itu adalah benar.
"Jangan menangis , Hanbin.. omma ada di sini , dengan kamu."
Hanbin terus menangis. Tiada satu ayat pun yang terbit dari mulut anak kecil itu. Usapan demi usapan lembut yang wanita itu berikan pada belakang badannya sangat menenangkan.
"Walaupun omma dah terlambat untuk tengok kamu membesar di bawah jagaan omma macam sekarang ni , omma tak pernah berhenti mengharap agar kamu jadi anak lelaki omma yang baik dan mampu jaga adik perempuam kamu , Hanbyul. Omma tak pernah berat sebelah. Omma sayang kamu berdua. Omma sedih sangat bila dapat tahu yang kamu hilang keupayaan bercakap kamu lepas omma pergi. Kamu takut ke , Hanbin?"
"Hanbin takut.."
"Lepas ni , kamu dah tak perlu rasa takut. Omma akan sokong kamu dari belakang. Anggaplah yang omma akan sentiasa bersama dengan kamu. Jadi lelaki yang baik dan jangan hancurkan harapan ataupun lukakan hati orang lain. Semua orang sayang kamu , Hanbin."
Kelibat wanita itu kian menghilang dari pandangan Hanbin. Dia panik , kembali menangis di dalam bayangannya itu.
"Jangan lupa.. untuk datang tengok Hanbin... ya , omma?"
Itulah apa yang Hanbin mampu katakan. Ibunya mengangguk bersama senyuman manis di bibir. Hanbin turut tersenyum. Perlahan-lahan matanya dibuka kembali.
Hanbin agak pelik sebaik sahaja melihat wajah Yooin yang seakan-akan sedang terkejut pada waktu itu. Jari telunjuk Yooin diangkat perlahan.
"Hanbin , awak... bercakap..."
Wajah Hanbin berkerut.
"Saya.. bercakap?"
Yooin ternganga lebih luas dari sebelumnya.
"Tunggu.. saya memang bercakap , kan? Yooin.. saya bercakap!"
Hanbin menarik tubuh Yooin ke dalam dakapannya. Matanya mula berair.
"Tengok , omma memang nak sangat tengok awak kembali bercakap macam dulu , Hanbin. Dan awak dah berjaya."
Yooin mengusap belakang badan Hanbin dengan perasaan begitu gembira. Dia teramat lega kerana Hanbin akhirnya memperoleh keupayaan bercakapnya.
---
[ Chapter 26 - Secure ]
YOU ARE READING
Kissable [ MalayFic ] ✓
RomanceTidak pernah aku lihat bibirnya merekah. Malahan , bibir dia nampak gebu pada pandangan aku. Bibir itu juga sentiasa kelihatan lembap , walaupun dalam cuaca sejuk ㅡ membuatkan aku teringin untuk merasainya. || 김한빈 ft. 문유인 || ( Untuk versi yang tela...