Chapter 13 - Comments

922 108 18
                                    

---

Aku terkejut besar bila dapat tahu yang gambar aku dan Hanbin bercium di taman rekriasi tempoh hari tersebar luas di fancafe dan blog sekolah yang baru sahaja dibuka semula tengah hari tadi.

Bukan setakat seorang dua saja yang post gambar tu , tapi berpuluh-puluh! Semuanya dari pelbagai sudut. Sejak bila kami diintip macam ni?!

Satu-persatu komen yang tak pernah putus-putus terpapar pada skrin telefon itu aku baca dengan hati yang hancur remuk. Aku tak sangka begitu ramai yang mengutuk aku di komen. Malah di private chat juga ada.

- Go away bitch!! This world doesn't need you anymore! -

- Fuck off girl , Hanbin is mine! -

- Ada hati nak keluar date dengan Hanbin lah perempuan ni HAHAHA-

- Hanbin kissed a frog! Ewww -

- Tak tahu malu lah dia ni.. -

- Esok kita serang dia! -

- Simbah sikit muka dia dengan asid , baru lawa! -

Aku terus campak telefon tu ke tepi katil ㅡ dah tak sanggup lagi nak hadap komen-komen macam tu.

Ramai pengikut fancafe aku dah lari. Hampir 80% yang unfollow . Tu bukan angka kecil , tapi sah-sah cukup besar buat aku. Aku peluk lutut di atas katil dan menangis. Punyalah susah aku ambil gambar Hanbin selama ni.

Aku ingat kesedihan aku akan hilang dalam masa terdekat ni , tapi tak. Rasa sedih bercampur sakit hati tu masih meninggalkan kesan di dalam hati aku.

Aku rasa seolah-olah tersepit dalam runtuhan sendiri. Hanbin mesti kecewa bila dapat tahu tentang khabar angin ni nanti. Aku memang berharap aku boleh bantu diri aku sendiri. Tapi aku tak mampu.

Satu mesej dari Hanbin buat lamunan jauh aku terhenti.

Hanbin : dah tidur ke?

YooinMoon : belum , kenapa?

Hanbin : takde apa-apa yang penting pun saya mesej awak ni. Saya cuma nak ucapkan selamat malam. Good night , Yooin.

YooinMoon : good night too , Hanbin-ahh.

Hanbin : sleep tight...

Macam mana aku nak tidur dengan nyenyak kalau benda-benda tu asyik mengganggu fikiran dan emosi aku? Walau apa pun , aku bersyukur sebab Hanbin masih ambil berat tentang keadaan aku.

Aku harap dia sentiasa ada untuk tenangkan aku. Tapi tu semua takkan pernah terjadi pada perempuan malang macam aku.

---

[ Chapter 14 - Strong ]

Kissable [ MalayFic ] ✓Where stories live. Discover now