Chapter 33 - Embrace

934 113 18
                                    

---

"Haihhh... takkanlah budak-budak tu belum bangun lagi? Hanbin tu nak balik rumah dia. Mandi , tukar baju lagi.. nanti lambat , dua-dua kena denda."

Pn. Moon mula berleter seorang diri sambil menggelengkan kepalanya. Dia kemudiannya mendongak ke atas. Sepertinya , Yooin dan Hanbin masih lena dibuai mimpi.

Pn. Moon mengambil keputusan untuk mengejutkan mereka berdua pada awal pagi itu. Dia kini memanjat tangga ke tingkat atas dengan berhati-hati dan kemudiannya berjalan terus ke bilik Yooin.

Tombol pintu bilik Yooin dipulas tanpa halangan lalu dikuaknya perlahan. Pn. Moon tersenyum tatkala melihat satu-satunya anak perempuan kesayangannya yang masih lagi terlena di dalam dakapan Hanbin.

Kepalanya tidak dialas oleh bantal. Sebaliknya , lengan Hanbin telah dijadikan sebagai 'bantal' untuk menyokong kepala Yooin. Mereka berdua masih lagi di bawah selimut ungu milik anak gadisnya itu.

Dan tentunya , mereka berdua masih lengkap berpakaian.

"Harapnya , Hanbin boleh jagakan Yooin.." Bisik wanita itu perlahan.

Dia begitu bersyukur kerana Yooin telah menemukan lelaki baik seperti Hanbin. Pn. Moon tersenyum lagi.

"Yooin-ahh , ireonna! Nanti kamu berdua lambat pergi sekolah!"

---

[ Chapter 34 - Dizzy ]


Kissable [ MalayFic ] ✓Where stories live. Discover now