---
Aku terus perhatikan dia , walaupun dari jauh. Inilah kerja aku sekarang ㅡ ambil gambar Hanbin untuk peminat-peminat dia. Siapa sangka? Hanbin dah ada fancafe sendiri. Dan cuba teka siapa yang uruskan fancafe tu? Dah semestinya aku , satu-satunya admin yang ada.
Well , aku sendiri pun tak sangka yang fancafe tu boleh bawa keuntungan lumayan sebegini. Tapi jujur aku katakan , aku semakin suka dengan kerja aku sekarang. Hobi yang menarik? Mungkin juga.
Hanbin mungkin nampak macam pelajar biasa yang tak-berapa-nak popular. Itu disebabkan peminat-peminat dia cuma menggila di atas talian. Begitu juga dengan aku. Kami sama-sama fangirls.
Cuba bayangkan kalau aku tak ada crush on Hanbin , mana mungkin aku rela buat semua kerja ni , bukan?
Look... walaupun Hanbin tu bisu , pendiam dan nampak sombong , dia actually seorang yang baik , good looking , tinggi , muscular , dan juga attractive.
Bukan tu saja. Malah ada sesuatu yang buat aku lebih tertarik pada personaliti dia.
Aku dapat buat kesimpulan yang Hanbin ni adalah seorang yang pemalu. Especially around girls. Dia tak pernah ada girlfriend. Itu yang buat aku kagum sebenarnya.
Aku cuma hairan. Macam mana orang yang attractive seperti Hanbin ni tak pernah bercinta , tak pernah ada teman wanita dan tak pernah dating dengan sesiapa.
Mungkin juga disebabkan dia bisu , tak ada perempuan yang nak dekat dengan dia. Tak mustahil , kan? Tapi kalau aku , berkawan dengan dia pun aku tak kesah. Aku bukannya perempuan yang terlalu memilih.
Sekarang ni , aku tengah bersungguh-sungguh belajar bahasa isyarat dari salah seorang kenalan omma yang mengajar di sekolah khas. Dah banyak juga yang aku berjaya kuasai. Lama-lama nanti , tentu aku akan terbiasa. Senanglah untuk aku berkomunikasi dengan Hanbin nanti.
Aku terus mencapai keluar kamera kesayangan aku dari beg silang dan mula mengambil gambarnya. Walaupun sekadar dilihat dari belakang , dia sememangnya menarik untuk dipandang.
Alamat rumah , kata kekunci locker , nombor kad pengenalan dia , nombor surat beranak , semuanya ada dalam otak aku. Dari awal pagi , sehinggalah pulang dari sekolah , aku akan sentiasa ekori dia. Setakat ni , aku masih belum ditangkap sebab buat kerja ni.
Aku tersenyum sendirian melihat gambar-gambar yang berjaya aku perolehi . Semua sudut dan pencerahan pada lensa kamera membuatkan gambar Hanbin kelihatan cantik dari biasa.
Mesti peminat dia yang lain gembira kalau aku post gambar ni malam nanti.
Hanbin menoleh ke belakang. Aku terus bersembunyi di sebalik pokok. Nampak macam dia dah perasan aku di situ tadi. Habislah kalau dia tahu itu aku.
Aku kemam bibir. Perlu ke aku intai kalau-kalau dia dah pergi? Mata aku melilau ke sekitar perkarangan rumah Hanbin.
Ehh , hilang? Dah masuk ke dalam rumah , barangkali?
---
[ Chapter 03 - Smile ]
YOU ARE READING
Kissable [ MalayFic ] ✓
RomanceTidak pernah aku lihat bibirnya merekah. Malahan , bibir dia nampak gebu pada pandangan aku. Bibir itu juga sentiasa kelihatan lembap , walaupun dalam cuaca sejuk ㅡ membuatkan aku teringin untuk merasainya. || 김한빈 ft. 문유인 || ( Untuk versi yang tela...