Chapter 39 - Accompany

414 68 26
                                    

---

"Yooin.. saya buatkan sarapan untuk awak ni. Ireonna , chagiya..."

Hairannya , Yooin masih lagi tidak mencelikkan mata. Hanbin tersenyum jahat. Bibir Yooin dikucup berkali-kali tanpa henti ㅡ membuatkan gadis itu rimas. Wajah Hanbin ditolak jauh darinya.

"Eiii... Hanbin.."

Yooin mengesat dua ulas bibirnya dengan belakang tapak tangan. Hanbin kemudiannya mencubit pipi Yooin yang semakin gebu ala-ala pau. Gadis itu mencebik.

"I know you can't resist my beautiful plump lips.."

Hanbin tersenyum bangga. Bibir lelaki itu dimuncungkan lalu matanya dipejam rapat seakan-akan mahu mencium Yooin sekali lagi. Yooin tersenyum sehingga matanya tidak lagi kelihatan. Hanbin ditarik sehingga terguling ke atas katil.

Mereka saling berkucupan buat beberapa ketika. Tanpa Yooin dan Hanbin sedari , Pn. Moon sudah tercegat di muka pintu. Kemesraan mereka berdua telahpun dilihat dengan jelas oleh wanita itu. Pn. Moon hanya mampu menggeleng.

"Mesranya.. patutlah tak nak turun makan. Tunggu Hanbin bawa sarapan naik ke bilik kamu dulu baru nak bangun?"

Hanbin dan Yooin masing-masing terperanjat. Sehingga terlambung badan Hanbin ditolak Yooin. Mujurlah dia tidak jatuh ke bawah katil sekali lagi.

"Dah lama ke omma kat situ?"

Yooin tersengih. Begitu juga Hanbin.

---

"Hanbin... petang nanti kita pergi taman tema nak tak?"

"Okay.."

Yooin memeluk manja lengan Hanbin. Mereka kini berjalan seiringan ke restoran milik keluarga Yunhyeong untuk makan tengah hari. Ternyata , Yooin amat menyukai masakan air tangan ibu kepada rakan teman lelakinya itu.

"Yooin , Hanbin.. duduklah."

Hari ini , mereka berdua dilayan mesra oleh Eunjin. Belum sempat gadis itu melangkah pergi , Yooin terlebih dahulu menarik tangan Eunjin sehingga dia kembali menoleh ke arah Yooin.

"Kenapa , Yooin?"

"Yunhyeong mana?"

Hanbin hanya diam. Sejujurnya , dia cukup tidak selesa apabila Yooin menyebut tentang lelaki lain di hadapannya.

"Oh , Yunhyeong keluar beli barang dapur. Kejap lagi dia balik lah."

Eunjin berlalu pergi. Senyuman di bibir Yooin pada waktu itu membuat Hanbin mula mengesyaki sesuatu. Namun , lelaki itu sekadar mendiamkan dirinya seakan-akan tiada apa pun yang berlaku.

---

Petang itu , Hanbin membawa Yooin ke taman tema seperti apa yang telah dia janjikan. Yooin kelihatan begitu gembira melihat kemeriahan di sekelilingnya. Hanbin juga amat berpuas hati kerana mampu membuat gadis kesayangannya itu terus tersenyum.

"Hanbin , jom naik Ferris wheel tu?"

Yooin mula terkinja-kinja sambil menundingkan jari telunjuknya. Mendengar dua perkataan itu sahaja mampu membuatkan kaki Hanbin lemah.

Terketar-ketar bibirnya mahu memenuhi permintaan Yooin itu. Belum sempat pun dia bersuara , Yooin terus mengheretnya ke tempat yang hendak ditujui.

Hanbin melangkah ke dalam ruangan kecil tersebut dengan kedua-dua belah kakinya yang sudah lemah. Dia cuba untuk bertenang. Bibirnya dilihat sedikit pucat. Mujurlah Yooin tidak perasan kerana terlalu asyik melihat ke luar tingkap.

Perlahan-lahan roda Ferris itu bergerak. Hanbin sudah mahu menangis. Namun , segera ditahannya.

"Berani demi Yooin , demi Yooin , demi Yooin." Bisik Hanbin perlahan seakan-akan satu peringatan buat dirinya sendiri. Yooin yang melihat wajah cemberut lelaki itu mula tertanya-tanya.

"Hanbin-ahh , gwenchana?"

Yooin kelihatan begitu risau.

"S-saya.. takut.. tinggi."

Tersekat-sekat suara Hanbin pada ketika itu. Yooin mengeluh halus.

"Dah tu , kenapa tak tolak permintaan saya tadi?"

Soal Yooin lagi. Sebentar tadi , Hanbin masih ada peluang untuk menolak permintaan gadis itu. Tetapi , dia enggan pula membuka mulut.

"Saya buat semua ni demi awak. Saya nak awak gembira bila bersama dengan saya. Itu saja."

Yooin tersenyum.

"Saya tahu , Hanbin. Sebab tulah saya sayangkan awak."

---

[ Chapter 40 - Spoiler ]



Kissable [ MalayFic ] ✓Where stories live. Discover now