---
Pada awal pagi itu lagi , sebuah ambulans telah dikerahkan ke dalam perkarangan sekolah.
Yooin yang masih lagi dalam keadaan tidak sedarkan diri diusung ke dalam kenderaan itu lalu terus dibawa ke hospital. Hanbin yang baru sahaja tiba di hadapan pagar utama sekolah itu turut terkejut melihat kekecohan yang berlaku.
---
"Yooin baik-baik saja kan , doktor?"
"Buat masa ni , dia masih lagi dalam keadaan lemah dan tak sedarkan diri. Dia perlukan banyak rehat. Selain itu , semuanya baik-baik sahaja."
Hanbin menghela nafas leganya. Berita itu boleh dikatakannya sebagai salah satu berita baik selepas kejadian di sekolah awal pagi tadi.
Banyak perkara yang perlu dia tahu , namun dia juga tidak mahu membebankan Yooin dengan pelbagai soalan yang mahu dia tanyakan.
Sayu hati Hanbin melihat wajah pucat lesi milik Yooin pada ketika itu. Alat bantuan pernafasan pada mulutnya kelihatan berwap , dan kemudiannya hilang , menunjukkan yang gadis itu masih lagi bernafas dengan baik.
Hanbin duduk di sisi katil itu lalu dengan teragak-agak mula mencapai tapak tangan Yooin.
Tangannya pada waktu itu dirasakan sungguh sejuk , membuatkan Hanbin agak risau dengan keadaannya.
"Yooin , ni saya.. Hanbin."
Biarpun dia tahu yang Yooin tidak dapat menjawab panggilannya , malahan , langsung tidak dapat mendengar suaranya pada waktu itu , dia terus tersenyum. Tangan sejuk Yooin dirapatkan pada wajah Hanbin lalu dicium lembut.
"Please be alright... my love."
---
[ Chapter 23 - Remember ]
YOU ARE READING
Kissable [ MalayFic ] ✓
RomanceTidak pernah aku lihat bibirnya merekah. Malahan , bibir dia nampak gebu pada pandangan aku. Bibir itu juga sentiasa kelihatan lembap , walaupun dalam cuaca sejuk ㅡ membuatkan aku teringin untuk merasainya. || 김한빈 ft. 문유인 || ( Untuk versi yang tela...