---
"Eishh.. beratnya..."
Terbongkok-bongkok badan aku mengangkat beg berisi pakaian yang tergenggam erat di dalam tangan. Aku tercungap-cungap di situ.
Peluh pun turut terbentuk di dahi aku. Tapak tangan ni pula sudah kemerah-merahan membawa beban seberat kambing dewasa ni. Yang lain sudah lama masuk ke dalam perut bas selesai saja mendaftarkan diri tadi.
Hari ni , aku terpilih untuk mengikuti satu kem perkhemahan bersama pelajar senior yang lain. Bukan aku seorang saja yang terlibat , malah ada lagi beberapa orang junior yang ikut sama.
Dan yang buat aku tak senang hati sekarang ni , tiga orang pembuli tu pun akan ada bersama. Pada mulanya , aku ingatkan mereka bertiga dah dibuang sekolah.
Atau paling tak pun , digantung sekolah. Rupanya cuma kena amaran bersurat. Nampak macam pengetua masih manjakan anak dia yang seorang tu.
Lamunan aku terhenti sebaik saja Hanbin datang dari belakang dan mengambil beg pakaian dari tangan aku.
"Kesian Yooin kesayangan saya ni bawak beg berat-berat.."
Hanbin membuat muka kesian manjanya sambil mencebikkan bibir. Matanya pula tak henti-henti berkedip memandang ke dalam mata aku. Batang hidungnya aku cuit manja.
"Ingatkan dah tinggalkan Yooin tadi.."
Giliran aku pula untuk mencebik. Hanbin ketawa , menampakkan gigi putihnya yang tersusun rapi , juga eye smile yang menaikkan tulang pipinya itu. Aku turut ketawa.
"Dahlah.. jom masuk. Kita dah nak gerak ni."
Hanbin mengusap kepala aku. Serentak langkah diatur ke dalam perut bas. Aku dan Hanbin duduk sebelah-menyebelah.
"Agaknya... jalan ke sana jauh ke? Maklumlah , saya tak pernah ikut bercamping ni.."
Aku tersengih malu , langsung tak tahu menahu tentang alamat yang dinyatakan. Al maklumlah , aku ni jarang keluar rumah. Sebenarnya , aku sendiri pun teragak-agak nak ikut sama. Sampai kena fikir 1001 kali.
Tapi kalau disebabkan Hanbin , tak ada masalah , bukan?
"Entahlah.. tapi kalau awak letih atau mengantuk , bahu saya ni ada untuk awak.."
Hanbin menyapu-nyapu bahu kanannya dengan tangan. Aku pukul lengannya manja. Kami berdua ketawa lagi.
"Eiii , mengada.."
---
Baru selepas beberapa minit bas bergerak , Yooin dah mula menguap. Aku nak berbual dengan dia. Tapi aku sendiri pun tak tahu topik apa yang patut aku bawakan.
Lagipun dia nampak letih. Aku tak ada lah jahat sangat nak kacau dia. Tak lama lepas tu , aku nampak muka Yooin mula bertukar cemberut.
"Chagiya.. gwenchana?"
Yooin memegang dahinya , membuat aku semakin risau.
"Saya pening..."
Bibir Yooin kelihatan pucat dan kering. Aku jadi panik , tak tahu nak fikir apa lagi sekarang ni.
"Saya ada bawak gula-gula.. just in case kalau penyakit awak datang balik."
Yooim menggeleng lemah. Matanya terpejam rapat lalu dahinya diurut perlahan.
"Tak.. saya mabuk kenderaan."
Dengan segera , aku bertindak mencapai beg yang berada di tepi kerusi dan cuba mencari minyak aromaterapi yang aku beli sebelum ni.
Aku bubuh beberapa titis pada tapak tangan lalu menyapu sedikit pada dahi dan lehernya. Aku serahkan botol kecil itu padanya.
"Bau minyak ni.. nanti hilanglah rasa pening tu. Paling tak pun , tidurlah dulu. Sini , letak kepala tu awak atas bahu saya.."
Aku menarik lembut kepalanya ke bahu aku. Dada aku terasa berat asyik memikirkan tentang Yooin. Sejak dua menjak ni , Yooin selalu buat aku risau.
Kadang-kala , perasaan aku pun boleh jadi tak tenteram. Ubun-ubun kepala Yooin aku usap lembut , sehinggalah dia tertidur lena di bahu aku.
---
[ Chapter 35 - Butterfly Kisses ]
YOU ARE READING
Kissable [ MalayFic ] ✓
RomansaTidak pernah aku lihat bibirnya merekah. Malahan , bibir dia nampak gebu pada pandangan aku. Bibir itu juga sentiasa kelihatan lembap , walaupun dalam cuaca sejuk ㅡ membuatkan aku teringin untuk merasainya. || 김한빈 ft. 문유인 || ( Untuk versi yang tela...