Chapter 43 - Theatre

225 30 27
                                    

---

Hanbin sedar bahawa tindakannya yang cuba menjauhi Yooin buat masa ini hanya akan membuka peluang kepada lelaki lain untuk mendekati gadis kesayangannya.

Hanbin merasakan bahawa dirinya telahpun dikhianati rakan baiknya sendiri ㅡ Song Yunhyeong. Dia mula berfikiran seperti itu sejak Yooin dan Yunhyeong bersama-sama melibatkan diri dalam pementasan teater tahun ini.

Hari ini tentunya hari yang cukup mendebarkan buat ahli kelab teater. Prop pentas dan segala persiapan sudah diatur. Hanbin duduk di bahagian tengah tempat duduk penonton.

Muzik dimainkan. Pementasan teater bakal bermula. Hanbin menarik nafas panjang. Entah mengapa , dia pula yang berdebar menunggu kemunculan Yooin sebagai watak utama pementasan.

Pakaiannya , solekan asasnya serta senyumannya mendebarkan lagi hati Hanbin yang sedang melihat. Kagum Hanbin menilai setiap persembahan dan lakonan Yooin.

Muncul pula Yunhyeong sebagai putera yang terpikat dengan kecantikan Yooin. Gadis itu dipelawa untuk menghadiri majlis di istananya.

Melalui pandangan mata Yooin terhadap Yunhyeong , Hanbin dapat rasakan sesuatu yang agak aneh pada senyuman teman wanitanya. Ah , mungkin hanya lakonan mereka barangkali.

Pada malam di mana majlis itu berlangsung , Yooin bagaikan sesat di antara tetamu-tetamu yang memenuhi istana. Yunhyeong menemui gadis pilihannya lalu dipelawa untuk menari bersama.

Hanbin hanya mampu menahan sabar melihat tangan kedua-dua mereka saling bersentuhan antara satu sama lain. Hatinya panas melihat tangan Yunhyeong di pinggang teman wanitanya.

Yooin sempat memandang ke tempat duduk penonton bagi mencari kelibat Hanbin.

Pandangan Hanbin yang agak dingin terhadapnya membuatkan Yooin cemas. Dia hampir jatuh akibat tersilap langkah. Namun , Yunhyeong sempat menyambutnya.

Muzik terhenti. Yunhyeong melutut dengan sebelah kakinya menyentuh permukaan lantai pentas.

"Saya cintakan awak."

Yooin agak terkejut mendengar kenyataan Yunhyeong. Namun , dia tahu dialog itu adalah sebahagian daripada pementasan ini. Yooin tersenyum.

Di saat Yunhyeong kembali berdiri , tubuh genit Yooin ditarik ke arahnya. Wajah Yunhyeong juga semakin merapati wajah Yooin. Seolah-olah saling berciuman , kedengaran tepukan gemuruh dari para penonton.

Di antara mereka , ada seorang lelaki yang bangkit dari tempat duduknya. Kim Hanbin. Lelaki itu segera meninggalkan dewan dengan wajah kecewa.

---

Special update for Hanbin's birthday ❤

[ Chapter 44 - Competing For Love ]

Kissable [ MalayFic ] ✓Where stories live. Discover now