---
"Feeling better now?"
Hanbin menyoal aku dengan sebelah keningnya yang terangkat ㅡ kelihatan tenang. Oleh kerana risau yang teramat , tangannya kini masih lagi menyokong sebelah bahu aku ketika menuruni tangga bas.
Beg pakaian aku turut diangkutnya sekali. Aku menyisir rambut ikal mayang aku ke belakang , mengangguk dan tersenyum lega seperti biasa.
Tak lama selepas tu , sesuatu tiba-tiba saja muncul di benak fikiran aku. Badan Hanbin aku pusingkan. Perlahan-lahan kaki aku dijengketkan untuk kelihatan sama tinggi dengannya.
Belum sempat aku menghadiahkannya satu ciuman sebagai tanda terima kasih , dia terlebih dahulu menepis bibir aku dengan tapak tangannya. Aku kembali berdiri seperti biasa , sedikit kecewa.
Hanbin tersenyum. Aku hanya berdiri di situ , tergamam dengan tindakannya tadi. Lidah aku turut kelu , tak mampu berkata apa-apa.
Hanbin bertindak pantas , mencantumkan bibir aku bersama dengannya. Perlahan-lahan mata aku dipejamkan buat seketika , merasai kemanisan bibir Hanbin pada waktu tu.
"H-hyung.. ssaem suruh berkumpul kat tapak perkhemahan sekarang.."
Hanbin menarik lembut bibirnya , sekaligus meleraikan ciuman manis itu.
Aku menoleh , memandang Chanwoo yang sedang tersenyum malu. Pipi tembamnya mula merona merah , membuatkan aku dan Hanbin ketawa kecil melihat telatahnya itu.
---
Sejujurnya , aku cukup tak selesa bila terpaksa berkumpulan dengan tiga orang pembuli tu. Dan aku turut yakin , Hanbin sendiri pun tak selesa dengan ahli kumpulan dia sekarang.
Aku , Hanbin , Somi , Nayoung , Doyeon dan Yunhyeong berada di bawah satu kumpulan. Aku terpaksa akur memandangkan cikgu dan penganjur kem ni dah aturkan segalanya. Dan yang buat hati aku panas adalah setiap kali kami buat kerja berkumpulan.
Yooin kelihatan begitu mesra dengan Yunhyeong. Ketawa dan gurau bersama. Mereka berdua kenal pun melalui aku.
Aku cemburu.
---
Pada awal pagi keesokkan harinya , kami bersiap-siap untuk bersarapan. Mata aku melilau ke sekeliling , mencari kelibat Hanbin.
Sejak semalam lagi , dia tiba-tiba saja mengasingkan diri daripada aku. Lihatlah sekarang , dia makan seorang diri di sana. Aku tertanya-tanya sama ada aku telah membuat dia marah , kecil hati atau sedih sampai macam tu.
Aku mengambil makanan dan bersarapan di tepi sungai. Air yang mengalir deras pada waktu tu membawa pergi segala keresahan aku. Aku rasa sedikit tenang sekarang.
Pinggan makanan aku tadi diletakkan ke bawah. Aku kemudiannya berdiri , melihat bayangan aku di atas permukaan air. Oleh kerana terlalu leka , aku tergelincir ke dalam sungai.
Air yang sedang mengalir deras , juga dalam itu membuatkan aku susah untuk timbul ke permukaan bagi mengambil nafas.
Aku menguatkan lagi pegangan aku pada batu licin itu , mengharapkan sesiapa saja yang akan datang untuk memberi bantuan.
---
[ Chapter 36 - Lost Hope ]
![](https://img.wattpad.com/cover/83504494-288-k348990.jpg)
YOU ARE READING
Kissable [ MalayFic ] ✓
RomantikTidak pernah aku lihat bibirnya merekah. Malahan , bibir dia nampak gebu pada pandangan aku. Bibir itu juga sentiasa kelihatan lembap , walaupun dalam cuaca sejuk ㅡ membuatkan aku teringin untuk merasainya. || 김한빈 ft. 문유인 || ( Untuk versi yang tela...