"Jangan pergi sana! Semua anak murid Deraham tengah membakar kampung kita!" Jerit seorang lelaki padaku kuat. Aku terpinga-pinga.
"Dang! Mak dengan kakak kau dah kena tangkap dengan anak murid Deraham tu. Ayah kau dah kene bunuh dengan mereka," jerit seorang lagi. Aku melihat asap berkepul2 keluar dari kampung itu. Api menjilat kebanyakan rumah di situ. Aku berlari bergegas menuruni jambatan untuk memasuki kampung itu. Banyak rumah dah hangus terbakar. penduduk kampung semua lari lintang pukang menyelamatkan diri,anak, isteri dan harta benda mereka
"Dang, jom pergi tengok rumah kau. Mana tahu mak dan kakak kau masih ada kat situ,"seorang wanita separuh abad menarik tanganku menuju satu rumah yang bahagian belakang rumahnya sudah hangus terbakar. untung rumah itu besar, jadi bahagian depannya masih berbaki lagi.
Aku nampak emak dan kakakku berada di tangan 2 orang lelaki yang bermisai lebat sambil di tangannya terhunus sebilah pisau yang samgat tajam. Hujung mata pisau itu sudah melekat di leher mak dan kakakku.
Aku menjerit sekuat hatiku.."lepaskan mak dengan kakak aku! Jangan bunuh diorang. Diorang tak bersalah!!"
"Hahaha. Aku akan bunuh mak dan kakak kau depan mata kau. Sekarang jugak!!" Dia ketawa bagai histeria..
"Jangaaaannnnnn!!!!"
............
Aku terjelepok jatuh mencium lantai yang keras dan sejuk itu. Aduuuhhhh...sakitnya punggung aku. Dahla katil ni tinggi. Rasa cam nak patah tulang punggung aku. Aku mengusap2 punggung yang terasa cm nak patah itu perlahan...hurmm...kene jaga baik2... barang nak gune lama ni.
"Amboi..kuat benar kau jatuh katil...sampai ke dapur dengar bunyinya. Tuhla..tido lagi maghrib2. Tu yang mengigau bukan2 sampai terjerit2 jatuh katil semua," mak aku membebel di muka pintu sambil pisau berada ditangannya.
"Mak buat apa pisau tu?" Tiba-tiba rasa seramku datang balik bila nampak mak memegang pisau macam tu.
"Lahhh...mak nak masakla...tengah potong ayam. Harapkan kau..hurmmm....tak makan malamla kite anak beranak"..sambung mak lagi sambil berlalu ke dapur semula. Ooooo....
Huh...lega hati aku dapat melihat mak sihat seperti biase. Leganya aku...rupanya, semua tu mimpi. Mimpi petang..hurmm..aku tak boleh bayang kan kalo semua yang aku mimpi tadi sebenarnya adalah kenyataan. Aku tak mampu nak terima. Tak mampu.
Tapi yang aku pelik, tentang mimpi ni. Kenapa aku selalu mimpi suasana tu. Suasana seperti masih 20-an..30-an..retro...kalo cerita dalam tv...masih gune hitam putih lagi. Semua orang pakai baju kurung,berkebaya dan berselendang. Bukan baju t-shirt. Rumah pun semua rumah papan yang tinggi2 tu..bukan rumah batu. Dan yang paling pelik, kenapa diorang panggil aku Dang, bukan Aisy?
YOU ARE READING
LOVE LOCK (NOVEL MELAYU)
RomanceAisy Humaira, selalu didatangi mimpi pelik-pelik. Dia di dalam mimpinya dipanggil dengan gelaran Dang. Sedangkan namanya Aisy Humaira. Pertemuan dengan Megat Adrian semakin mengelirukan dirinya kerana Ian juga pernah muncul dalam mimpinya yang mempe...