CHAPTER 53 - AKU PASRAH

575 18 1
                                    

POV AISY

Dengan berbekalkan sedikit tenaga yang ada, aku bangun dari duduk dan masuk semula ke dalam bilik. Walaupun tak sanggup rasanya aku nak melihat kembali tempat tu, tapi aku kena kuat. Aku tak boleh macam ni.

Aku mencapai beg tangan yang tergeletak di lantai. Aku memeriksa handphoneku. Ada 103 misscalled. 98 dari Abang Ian, 3 dari mak dan 2 dari Farah.

Mesti Abang Ian cari aku sejak semalam. Tapi kenapa tadi, Abang Ian tak percaya aku? Kenapa dia tuduh aku dan buang aku macam ni? Apa salah aku?

Ahh, mungkin je sebab dia jijik dengan aku. Dia tak boleh terima keadaan aku. Dan kerana sebab tu, dia sanggup tuduh aku dan buang aku macam ni.

Senipis tu cinta dia pada aku. Senipis tu kepercayaan dia kat aku. Padahal masa ni, aku sangat perlukan dia, kasih sayang dia, perhatian dia. Tapi dia, dia tolak aku mentah-mentah. Percaya kata-kata lelaki tak guna tu yang aku tidur dengan dia.

Aku kena balik. Tak de tempat lagi dah aku kat sini. Semua orang kat sini tak percaya aku, termasuk Abang Ian dan bonda. Pandangan bonda... Dia tak pernah pandang aku sedingin tu. Kenapa sebenarnya diorang benci aku sampai macam ni sekali?

Dan lagi satu, diorang cakap pasal cctv. Cakap pasal aku bercium depan bilik dengan lelaki tak guna tu. Padahal semalam, aku sedar pun tidak.

Sah. Aku memang dah difitnah. Diperangkap. Siapa dia, aku tak tahu. Tapi aku yakin, dia memang nak jatuhkan aku. Hancurkan maruah aku. Tak guna betul!

Aku kena buat sesuatu. Macam mana pun, aku kena buat report. Kalau ikutkan malu, memang aku tak nak. Maruah aku dah diregut macam tu je.

Tapi aku masih ada harga diri yang patut aku jaga. Semua yang berlaku bukan kehendak aku. Aku bukan perempuan jalang yang tidur dengan lelaki sembarangan. Aku masih ada iman lagi. Aku akan buktikan yang aku difitnah, dianiaya, diperangkap. Aku akan buktikan!

Aku buka aplikasi Whatapps dan menaip sesuatu.

"Farah, tolong aku. Ambil aku kat pejabat polis Ipoh. Jangan bagitahu mak ayah aku apa-apa. Aku nak kau je datang sini." pesanan dihantar.

Setelah itu, aku terus off phone. Kalau Farah dah dapat whatapps aku, mesti dia akan terus call aku punya. Tanya itu ini.

Tapi sekarang ni, aku tak nak dia tanya banyak benda. Aku tak boleh nak jawab apa-apa pada dia langsung. Dan, lepas dia ambil aku nanti pun, aku tak tahu macam mana aku nak cerita.

Aku keluar dari perkarangan hotel dan berusaha mencari teksi. Tapi satu teksi pun tak de lalu depan hotel ni. Apa diorang ni semua cuti ke hari ni. Tak pun, memang Ipoh ni tak de teksi. Gumam hati aku yamg tengah geram.

Aku menoleh ke belakang semula, memandang Hotel Amber yang serba mewah dan nampak gah dari luar. Hotel yang menyimpan seribu kenangan pahitku. Hotel yang menjadi sakti akan kehancuran sebuah cinta.

Sewaktu kali pertama aku masuk ke dalamnya bersama Abang Ian, kemegahannya memukau pandangan mata. Aku ketawa bahagia bersama Abang Ian, orang yang memang tak habis-habis dengan gurauannya. Aku ingat lagi, kata-katanya yang merancang untuk membuat majlis perkahwinan di dewan hotel sebegini. Dia nak aku memakai gaun putih dan suasana ala-ala English classic. Lepas tu, ada menara di dalam dewan dan dia nak aku berdiri dekat menara tu. Then dia datang dan panjat menara tu untuk bawa aku turun ke bawah sebelum ke pelamin. Hahaha, gimik semua tu. Aku cakap, yang dia tu berangan kalah perempuan. Dia cuma ketawa je. Hahahah, teruk berangan dia ni.

Aku tersenyum simpul. Teringat angan-angan Mat Jenin dia tu. Tapi sekarang, memang tinggal angan-angan je pun. Hurmmmm...

Kini aku pasrah~~ dengan segalanga ~~~ keperitan ini, masih terasa ~~~

Aku menjeling tajam Erra Fazira di sebelah kananku yang tiba-tiba menyanyikan lagu Pasrah dengan penuh perasaan. Diamlah! Kataku perlahan.

Dari jauh, kelihatan sebuah teksi sedang menghala ke arah tempat aku berdiri. Aku terus bersiap untuk menahan teksi.

Tiba-tiba, datang satu van berwarna putih di depan aku. Tak semena-mena, seorang lelaki keluar dari van dan menarik tanganku serta menekup mulutku dengan tuala.

Pandanganku gelap sekali lagi.



8.03 p.m
Khamis, 23/3/2017

LOVE LOCK (NOVEL MELAYU)Where stories live. Discover now