CHAPTER 58- TANGISAN SEORANG IBU

636 28 2
                                    

Aku membuka mata perlahan-lahan dan memandang sekeliling. Yang ada cumalah dinding putih dan siling putih. Aku melihat tanganku yang dicucuk jarum dan juga pergelangan tangan yang mempunyai gelang wad. Sah aku kat dalam wad. Pakaianku jugak dah berganti dengan pakaian hospital.

Aku mengingat kembali kejadian sebentar tadi. Kalau tak silap aku, aku pengsan kerana terkejut melihat mayat yang terbakar hampir seluruh badan tu. Aku menangis lagi. Tak... Tak mungkin. Hiks...

Aku tak percaya yang mayat tu mayat Aisy. Aku tak percaya!

Aku kena cari Aisy! Aku kena buktikan yang Aisy tak mati lagi. Dan mayat tu mayat orang lain.

Aku terus merentap jarum yang tercucuk ditangan. Aku menyeringai seketika menahan sakit yang menjalar dari tanganku. Darah yang mengalir aku tekan kuat-kuat supaya cepat berhenti. Selepas itu, aku terus bangun dan apabila keadaan clear, aku terus keluar dari wad itu perlahan-lahan.

"Saya nak jumpa dia. Saya nak jumpa Ian!" tiba-tiba kedengaran jeritan satu suara. Aku terus berlari ke arah suara itu.

"Kak, bawak bersabar kak. Akak tak boleh jumpa Ian. Dia masih tak sedarkan diri lagi sekarang ni," kedengaran suara bonda pula.

"Saya tak kira. Saya nak jumpa dia jugak," jerit suara itu sambil menangis-nangis.

"Mak?"

"Ian!" jerit mak lagi. Mak menolak tangan bonda yang menghalangnya dan berlari ke arah aku.

"Ian, yang dalam bilik mayat tu bukan anak mak kan? Mak tahu anak mak masih hidup. Kamu janji dengan mak yang kamu nak cari Aisy kan? Mana dia?" kata mak kepadaku. Aku tak mampu untuk menjawab soalan tu. Terus saja air mata aku mengalir.

"Jawablah, Ian. Kenapa kamu diam? Kamu tahu kan mana Aisy? Jawablah Ian!" dadaku ditumbuk-tumbuk oleh tangan wanita awal 50-an itu. Aku terus sahaja menunduk tanpa mampu berkata-kata.

"Jawab Ian. Kenapa kamu diam?!"

"Kak, Ian sakit lagi ni. Dia tak sihat. Nanti bila dia sihat, kita bincang ye?" ujar bonda sambil menenangkan mak. Tangannya menarik tangan mak dari terus menumbuk dadaku.

"Anak aku tak mati lagi. Anak aku hidup lagi. Ian, percaya cakap mak. Aisy hidup lagi. Baru je semalam dia telefon mak," kata mak. Aku memandang wajah mak seakan tak percaya.

"Betul ke, mak?"

"Tengah hari semalam ada panggilan telefon. Bila mak angkat, tak de siapapun yang bercakap. Lama mak tunggu dia bercakap. Tapi bila mak sebut 'Aisy, ni Aisy ke?', dia terus menangis dan matikan talian. Mak yakin tu Aisy. Dia hidup lagi!" ujar mak bersungguh-sungguh. Aku tersenyum nipis. Berita ni adalah berita yang paling gembira untuk aku.

"Mak, Ian janji Ian akan cari dia untuk mak. Ian janji akan bawak balik Aisy," ujarku sungguh-sungguh.

"Ian... Mak rindu dengan Aisy. Mak nak jumpa Aisy," katanya lemah. Air matanya dibiarkan jatuh berlinangan ke pipi.

"Mak, Ian pun rindu dia. Ian pun nak jumpa dengan dia," ujarku perlahan. Aku memaut bahu wanita itu yang hampir rebah ke lantai. Bonda yang melihat turut menangis sedih.

"Apa yang berlaku ni? Kenapa perempuan miskin ni ada kat sini?" kata ayah dengan suara lantang. Wajahnya merah menyala, menahan marah.

"Abang, tak baik cakap macam tu."

"Abang tak nak tengok perempuan miskin ni ada dekat sini. Suruh dia pergi sekarang!" jerit ayah lagi. Mak tersentak, terkejut.

"Ayah, ni mak Aisy. Mak Ian jugak."

"Abang, jangan cakap macam tu. Kak Mariah kan bakal besan kita," bonda menegah sekali lagi.

"Huh, itu dulu. Sekarang anak dia dah mati. Zul, Amar, bawak perempuan ni pergi dari sini. Cepat!" jerit ayah pada kedua-dua pembantunya.

Aku turut tergamam dengan tingkah-laku ayah. Tak pernah-pernah ayah macam ni.

Apatah lagi mak. Mak turut terdiam dan cuma mampu menangis tatkala dipaksa untuk pergi dari situ.

"Hei, jangan tarik mak akulah! Ayah, kenapa buat macam ni?"

"Ian, pergi berehat! Kamu tu sakit!" kata bonda pula.

"No! Lepaskan mak akulah, atau aku tumbuk muka korang satu persatu," jeritku pada dua pembantu tak guna ayah tu. Mereka terus berhenti dan mengundur setapak.

"Mak, mak ok?"

"Mak tak de apa-apa, Ian. Ya, mak sedar mak siapa. Mak balik dulu. Maafkan mak sebab mengganggu kamu," kata mak.

"Mak, jangan pergi dulu!"

Mak berhenti seketika di hadapan ayah.

"Ya, memang aku miskin. Keluarga aku keluarga miskin. Tak setaraf dengan keluarga kau. Tapi aku bersyukur yang Aisy tak bermertuakan orang seperti kau," kata mak di hadapan ayah. Wajah ayah makin membahang.

"Pergi kau dari sini. Jangan muncul dekat sini lagi!"

Mak terus melangkah pergi dari sini. Aku yang tak puas hati dengan ayah terus melulu ke arah ayah.

"Kenapa ayah halau mak? Itu mak Aisy. Bakal mertua Ian," kataku dengan nada tak puas hati.

"Mertua? Kamu sedar tak apa yang kamu cakap ni? Dia tu mak pada perempuan yang dah curang belakang kamu. Malah dah berzina dengan lelaki lain pulak tu."

"Tak ayah. Aisy tak bersalah. Perempuan dalam rakaman yang kita tengok tu bukan Aisy. Itu orang lain."

"Sah kamu ni sakit. Rozaina, pergi panggil doktor. Anak kamu ni dah makin teruk."

"Tak, ayah. Ian tak sakit. Ian tahu tu bukan Aisy. Aisy takkan buat Ian macam tu. Ian yang bersalah sebab tak lindungi Aisy. Ian yang bersalah ayah."

"Kamu ni kenapa nak bela sangat perempuan yang dah mati tu? Dia dah curang belakang kamu. Tengok, dekat dunia lagi Tuhan dah tunjuk azab dia. Terbakar hangus! Apatah lagi nanti kat akhirat," mulut ayah terlalu lancang mengeluarkan kata-kata. Aku memang tak boleh sabar dengan ayah.

"Ayah, jangan cakap macam tu. Ayah bukan tuhan nak adili orang sesuka hati. Ian tak sangka yang ayah sanggup cakap macam ni. Kalau yang kita tengok tu bukan Aisy, maksudnya ayah dah fitnah seorang perempuan suci berbuat maksiat. Dosa besar tu, ayah!" giliran aku pula yang meninggi suara. Aku tak mampu untuk diam apabila ayah menghina Aisy. Ayah terus terdiam dan memandang aku dengan pandangan tajam.

"Ian, jangan macam ni, nak. Jangan gaduh dengan ayah. Ian balik bilik dulu ya," pujuk mak. Bahuku diusap-usap supaya aku tenang.

"Tak bonda. Ian nak cari Aisy. Ian tahu Aisy masih hidup." Mataku sempat merenung tajam memandang ayah sebelum aku berlari pergi dari situ.

"Ian, nak pergi mana tu?" jerit bonda dari belakang.

Aku yakin yang Aisy tak mati lagi. Aku kena cari dia. Walau apapun, aku kena selamatkan dia.


12.55 am
Jumaat, 31/3/2017

LOVE LOCK (NOVEL MELAYU)Where stories live. Discover now