CHAPTER 14

808 43 0
                                    

Harini dah genap sebulan dah aku accident. Kaki pun dah makin ok. Aku dah tak perlukan sangat tongkat untuk bergerak ke mana-mana di dalam rumah. Cuma kalau berpergian ke mana-mana, aku bawak lagilah tongkat. Walaupun makin ok, tapi bila aku buat berjalan lebih sikit, mulalah rasa sakit kat pergelangan kaki yang retak tu.

Haritu aku ada pergi ke hospital untuk berjumpa dengan doktor. Doktor cakap, kaki aku ni perlukan lagi sebulan untuk pulih 100%. Memang kebiasaanya, retak di bahagian kaki perlukan waktu 2 hingga 3 bulan untuk sembuh. Tapi mengikut kepada individu itu sendirilah.

Mak aku yang terlebih prihatin pulak hari-hari suruh aku minum susu paling kurang 2 kali sehari dan makan telur setiap hari. Katanya, makanan tersebut kaya dengan protein, calcium dan zat besi yang penting untuk tulang. Jadi nanti, penyembuhan kat tulang tu akan berlaku dengan cepat. ( Mak aku ni cikgu sains ke ape eh?). Lepastu, mak akan masakkan sayur bayam untuk aku. Dia cakap, sayur bayam ni tinggi dengan serat dan calcium. Dan semestinya baik untuk kesihatan tulang.

Tiap kali aku makan bayam, aku akan teringat kat kartun Popeye the Sailorman...tuttt...tuttt. Sailorman badan besar tu, atau nama dia Bluto, suka sangat kacau kekasih Popeye yang bernama Olive tu. Si Olive akan panggil Popeye untuk datang selamatkan dia. Lepastu, Popeye akan makan bayam sebelum bergaduh dengan Bluto. Bila dia makan bayam, muscle yang kat tangan dia tu terus je naik jadi dua bukit, dan dia pun belasah Bluto sampai Bluto tu pengsan.

Kerana terpengaruh dengan cerita tu, setiap kali aku makan bayam, aku akan pergi depan cermin untuk tengok besar ke tak muscle kat lengan aku. (ok, aku tipu je tang ni).

Tangan pulak masih berbalut lagi. Yang ni aku tak tahulah bila nak sembuhnya. Tapi aku kira bersyukur sebab tulang tak terkeluar dari lengan aku ni. Jadi takdelah parah sangat dan ambil masa lama untuk sembuh.

Sampai sekarang aku tak sangka macam ni punya parah aku sebab terlanggar pokok besar masa cuba mengelak kereta Ian. Itulah, bawak motor laju sangat. Sebab tu teruk. Aku ingat lagi, lepas keluar dari hospital, mak bawak aku berurut cara kampung dengan Mak Cik Siti, jiran satu lorong di taman perumahanku. Sakit dia jangan cakaplah, rasa nak nangis aku masa dia urut seluruh badan aku. Katanya, urat dekat badan aku dah bersimpul, berselirat, dan dah masuk angin. Hurmm...aku ni biskut ke boleh masuk anginla, lemaula, apela..

"Tengok ni Aisy, badan kamu semua ada biji-biji. Bersimpul semua urat, masuk anginlah ni. Ni kalau tak diurut, sekarang ni tak rasalah sakitnya sebab kamu tu muda lagi. Nanti dah tua, sakit sana, sakit sini. Sebab tu kena urut dari awal." Kata- kata Mak Cik Siti sewaktu dia mengurut aku masih terngiang-ngiang di telinga. Masa tu aku sedang menjerit, menangis, melolong, meratap hiba dan meminta belas kasihan Mak Ci Siti supaya berhenti mengurut.

Iyelah, aku manalah pernah berurut. Seumur hidup aku, nilah kali pertama aku diurut. Sakit ada, geli pun ada. Haihh, tak tertanggung aku.

Tapi demi mak tercinta yang beria-ia memujuk aku untuk berurut, kau, sampai 5 kali ha aku pergi. Daripada sakit dia Allah je yang tahu, sampaikan badan aku dah kebal dengan kesakitan. Daripada geli apabila diurut sampai aku menggelitik, sekarang dah tak rasa apape dah. Receptor dah rosak agaknya. Aku siap boleh terlena tidur atas katil lagi.

Mak ajak aku berurut sangkal putung. Whatttt???!!!! Memang taklah jawab dia mak oi. Tak sanggup aku nak bersangkal-sangkal bagai. Aku betul-betul tak boleh nak bersangka baik tentang hal ni. Takde kompromi. Tetap tak nak! Biar ajela tangan ni berbalut berapa lama pun. Tak sanggup aku nak berurut sangkal putung.

Tapi ada hal yang paling aku tak sangka. Guess what.

Setiap hari, Megat Adrian akan menghubungiku. Kalau tak telefon, whatsapp. Kalau tak whatsapp, wechat. Setiap hari, dia akan bertanyakan tentang kesihatanku, dah makan ke belum, makan apa, tak bagi gerak banyak sangat, suruh aku rehat je, tak bagi keluar rumah jalan-jalan. Sampai aku rasa macam.... aku ni bini dia ke? Ehhhh...tak, tak, tak. Aku rasa macam.... dia tu abang aku ke?

Sampaikan, haritu masa aku nak pergi hospital buat check up pun, dia cakap nak temankan aku. Hahaha, mana boleh, man. Kau nak kena soal selidik dari mak abah aku? Kalau abah boleh tahan lagilah, kalau mak...kang siap khutbah jumaat dia bagi kat aku dengan kau. Tak sanggup sis.

"Aisy, abah panggil. Abah kat ruang tamu," kata along yang tiba-tiba sahaja muncul di depan pintu. Mukanya tersengih-sengih tak ubah macam kerang busuk tengah senyum. Terkejut aku. Tak ketuk pintu, bagi salam pun tak, tiba-tiba menyengih panggil aku.

"Kenapa?"

"Pergilah sana. Cepatlah, abah panggil tu," kata along sambil menarik tangan sebelah kiriku.

"Kau ni dah kenapa long? Excited benar. Sabarlah sikit."

"Kau ni lambat sangatlah. Cepatlah sikit," dia terus menarik aku keluar bilik. Nak tak nak kenalah ikut jugak. Baru plan nak landingkan pesawat kat bulan. Kacau daun betullah.

Aku menapak ke ruang tamu. Mak duduk bersebelahan abah sambil tersenyum. Ehhh...senyum ada makna ni. Si Anis pun tersenyum lebar je. Along aku jangan cakaplah, kejap senyum, kejap ketawa. Macam tersampuk jin laut pun ada jugak aku tengok. Dah kenapa anak-beranak ni macam ni.

"Meh sini Aisy. Duduk dekat abah," panggil abah. Aku menurut sahaja. Abah memegang tanganku dan mengelus rambutku.

"Besar dah anak abah ni. Tak perasan pun anak abah dah membesar macam ni sekarang. Abah masih rasa macam abah masih ayun kau dalam buaian lagi," kata abah sambil tersenyum. Aku membelek-belek tubuhku.

"Kenapa, bah? Kita nampak gemuk eh?" Soalku. Abah ketawa.

"Bukan tu maksud abah. Cuma abah tak sangka, kau dah sedewasa ni, nak."

"Lahhh, memanglah. Nak sampai bila jadi kecik je," jawabku.

"Tapi pada abah, kau masih Aisy yang tiap-tiap pagi abah kena gendong, pergi mandikan untuk pergi sekolah. Iyelah, kau dulukan takut air," cakap abah. Ahhhhh, janganlah cakap pasal benda tu lagi. Masa tu masih darjah 1 kot. Semua ahli keluarga ketawakan aku.

"Eeeee, takut air. Anis pun tak pernah takut air," perli adikku. Kurang asam punya budak. Aku memberi jelingan maut sedas pada dia. Hurmmm, haram nak takut. Tak makan saman budak ni. Makin kuat ketawa dia adelah.

"Alaaa, abah ni. Tu cerita lamalah, tak yahlah cakap lagi. Tak naklah kawan abah," aku berpaling dan menarik muncung. Sakit pulak hati bila kena buli dengan keluarga. Semua ketawakan aku lagi.

"Taklah, taklah. Abah gurau je. Abah sebenarnya ada benda nak cakap sikit. Aisy mesti suka."

"Apa dia?" Jawabku mendatar. Iyelah, akukan tengah merajuk lagi.

"Abah nak kahwinkan Aisy," jawab abah. Aku terus memandang abah yang tengah tersenyum tu. Terkebil-kebil aku sambil ternganga. Abah ni biar betuuuulll????

LOVE LOCK (NOVEL MELAYU)Where stories live. Discover now