CHAPTER 18 ~ PROPOSAL

789 40 2
                                    

"Awak boleh belajar untuk cintakan saya kan?" Soalnya. Aku terdiam. Errr...tak tahu nak cakap apa. But actually, I already fallen in love with him.

"Awak terima lamaran saya kan?" Soalnya lagi setelah aku terdiam.

"Nantilah, saya bagitahu abah saya," jawabku malu.

"Honey, saya nak dengar dari mulut awak sendiri," pujuknya lagi. Aku menggigit hujung bibir. Nak cakap ke tak nak eh? Nak cakap ke tak nak.

"Awak masih ragu-ragu dengan saya?" Soalnya lagi.

"Saya takut," balasku.

"Awak takut apa, sayang?"

Aku terdiam lagi.

"Jawablah."

"Saya takut awak permainkan saya. Saya tak pernah bercinta, dan saya tak tahu apa itu cinta. Saya takut awak tinggalkan saya saat saya dah betul-betul cintakan awak. Saya takut," luahku. Aku memeluk bantal erat. Ya, aku tak tahu apa-apa soal cinta. Yup, dengan umur 20 tahun macam ni, aku tak pernah rasa mencintai seorang lelaki. Pernahlah jugak beberapa lelaki cuba tackle aku masa di sekolah menengah dan uni dulu, tapi aku tak pernah layan dan aku tak pernah ter'crush' kat sesiapa. Ehemm...kecuali dia ni. Iyela, suka sangat lawat aku kat hospital waktu aku tengah sunyi. Pastu, belanja aku makan makanan sedap-sedap. I can't resist.

"Saya takkan tinggalkan awak, orang yang saya paling sayang. I love you really much. How can I leave you, honey."

"But, what if satu ketika awak tinggalkan saya?"

"You can kill me, maybe?" Katanya.

"Seriously? Hurmmm...betul tu. Kalau satu saat awak tinggalkan saya atau awak curang belakang saya, saya takkan teragak-agak untuk kerat awak 18 dan bagi harimau dekat zoo makan. Dan perempuan tu saya akan siat-siat kulit dia pastu buat handbag. Ok, deal?" Aku berkata penuh yakin.

"Hahaha..." dia ketawa berdekah-dekah di sana. Apa dia ingat aku buat lawak antarabangsa ke?

"Kenapa ketawa? Ada badut tengah geletek awak ke sekarang ni?" Soalku hambar. Menyampah pulak. Aku cakap punya bersungguh, dia boleh ketawa tak ingat dunia.

"Tak, sayang. Awak ni kelakar sangat," katanya lagi dan menyambung ketawa. Whatt? Aku tak buat lawak ok?!

"Ok fine. Awak ketawalah sampai esok. Bye." Aku meletakkan telefon. Dia kata aku buat lawak. Dia yang suruh aku bunuh dia kalau dia tinggalkan aku. Aku terima ajelah cabaran dia tu. Apa yang lawak sangat?

Sesaat kemudian, handphone aku berdering lagi. Hummph, malas nak melayan. Dahlah ketawakan aku macam haram.

Knock. Bunyi whatapps masuk dari phoneku. Aku membuka whatapps itu

"Sorry, sayang. Saya bergurau je tadi. Angkatlah call"

Bunyi whatapps dari Ian. Hurmmph..menyampah aku!

Handphoneku berbunyi berkali-kali. Aku bukan setakat tukar setting kepada 'vibrate' , tetapi 'mute'. Nak dengar handphone bergegar pun aku tak ingin!

Aku mencampak handphone jauh dari aku dan aku memeluk bantal kuat. Rasa geram sangat! Dan...rasa...macam ni ke perasaan bila merajuk dengan orang yang kita sayang?

Ya, first time aku rasa perasaan macam ni. Satu sisi aku, aku geram sangat sampai rasa nak gigit tangan orang. Dari sisi yang lain, aku rasa bahagia ada someone yang mampu cintai aku. Malah, ada someone yang aku boleh merajuk dengan dia. Haii, aku dah gila.

Aku kembali ke dapur untuk menemani mak memasak juadah istimewa hari ini dan membiarkan handphone di atas katil.

.............................................................

LOVE LOCK (NOVEL MELAYU)Where stories live. Discover now