"Assalamualaikum, honey," sapanya. Sebenarnya, dia dah lama dah panggil aku honey. Aku pun tak ingat sejak bila dia mula buat perangai ulat bulu naik daun ni. Pada mulanya, aku ingat dia saja je bercakap macam tu. Atau, dia ni memang sweet talker. Sebab itulah aku tak sangka yang dia akan melamar aku. Err... banyak kali dah aku cakap, tak payah nak panggil macam tu. Tapi, dia ni degil. Tak dengar cakap.
"Waalaikumussalam, ya Sir Ian," jawabku.
"Honey sihat?"
Aku tertawa kecil. Kelakarlah dia ni. Tiap-tiap kali call, mesti tanya aku sihat ke tidak.
"Sihat. Sir?"
"Sihat je. My baby boo ni dah makan belum?" tanyanya lagi. Yakss, aku rasa nak muntah pun ada jugak. Someone tolong sediakan baldi sekarang jugak.
"Excuse me, sir. Nama saya bukan baby boo. Nama saya Aisy. Aisy Humaira," terangku. Dia ketawa kecil.
"But, you will be my baby boo, right? Not 'will be'. But before, now and forever," katanya lembut. Aku terdiam. Kenapa aku rasa suara dia ni romantik sangat. Aku mengetip mulut supaya tak senyum. Alah, tak ada orang. Senyum ajelah.
"Siapa yang nak jadi baby boo awak? Saya tak nak," sangkalku. Padahal kat hati ada bunga-bunga yang sedang berjatuhan dan memenuhi setiap relung hatiku.
"Iyeke tak nak? Rugi taw kalau tak jadi baby boo saya. Dahlah saya ni hensem, bergaya pulak tu," katanya takbur. Yaks, aku menjelir lidah menyampah. Adoi, dia ni belajar dari mana ilmu gedik-gedik ni.
"Amboi perasannya dia. Ni kes masuk bakul angkat sendirilah ni. Biasalah, orang kurang kasih sayang memang macam tu. Tak pe, saya faham," kataku penuh sarkastik.
"Haah, awak. Saya kurang kasih sayang. Sebab tu saya perlukan kasih sayang dari awak, my baby boo," katanya lagi. Lembut, dan penuh keyakinan. Sekali lagi aku tersenyum. Seingat aku, sebelum abah cakap pasal lamaran tu, dia takdelah tergedik-gedik sangat macam sekarang ni. Lepas abah cakap, terus datang gedik dia. Dahlah tak pernah bincang apape dengan aku langsung. Kejap, dia pun tak pernah cakap yang dia cintakan aku. Ape niii..
"Eeiii...saya tak nak pun bagi kasih sayang saya kat sweet talker macam awak ni. Bahaya. Agaknya, semua perempuan awak cakap macam ni kan. Agaknya awak ni playboy malaya. Betul tak?" kataku. Manakan tidak, dia tiba-tiba boleh jadi macam tu. Hurmmm...saba ajela.
"Eh, mana ada. Sumpah. Saya ber-sweet-sweet dengan awak sorang je."
"Haipp, tak baik taw main sumpah-sumpah. Makan diri nanti," kataku.
"Betullah, sayang." Whatt, he called me 'sayang'? Aduhai hati. Tolonglah jangan berdegup kuat sangat. Sakit tahu tak?
"Awak, saya ada tanya abah awak yang dia dah cakap pada awak pasal lamaran saya atau belum. Dia cakap, dia tunggu jawapan awak. Kalau boleh, saya nak dengar jawapan tu daripada mulut awak sendiri," katanya lagi. Pipiku membahang teramat sangat sampai aku mengambil majalah di sebelah katil dan mengipas-ngipas ke muka.
"Hurmm... saya tak tahulah. Saya terkejut. Iyelah, awak pun tak pernah tanya saya atau cakap apa-apa, kan."
"Eh, saya kan dah pernah cakap kat awak," katanya.
"Cakap apa?" Aku cuba mengingat apa-apa yang mungkin, aku terlupa. Mana tahu lepas accident tu aku jadi terus pelupa.
"Awak ingat tak saya pernah cakap, saya dah jumpa sesuatu yang sangat bernilai untuk saya. Dan saya harap, Allah akan permudahkan urusan saya. Seperti dalam doa waktu dhuha, rezeki yang jauh Allah dekatkan, yang susah dipermudahkan, dan yang haram Allah sucikan."
"Iya, awak ada cakap macam tu."
"Itu awak, sayang," katanya lembut. Seriously? How soooo romantic! Boleh tak aku nak lompat sekarang jugak. Kenapa aku tak pernah terfikir selama ni yang kata-kata dia tu tertuju untuk aku? Bukan apa, aku tak nak lah, perasan sendiri. Aku takut nanti aku yang sakit hati.
"Aisy, maafkan saya kalau awak rasa saya terburu-buru. Dan maafkan saya sebab saya tak cakap apa-apa pun pada awak selama ni. Saya takut kalau awak tolak lamaran saya. Iyelah, awak pun baru kenal saya sebulan. Saya berterus terang pada ayah awak sebab saya betul-betul cintakan awak. Jujur saya cakap, saya dah jatuh cinta dengan awak sejak pertama kali saya lihat awak. Sejak tu, saya tahu yang hati saya dah terpaut pada awak. Dan saya berazam akan memiliki awak dengan cara yang sah. Sebab saya cintakan awak," katanya lagi. Aku terdampar ke katil sambil tersenyum malu. Yess, I love you too, Sir Ian. Kalaulah dia tahu yang aku pun simpan perasaan pada dia, aku rasa dia pun akan guling-guling macam aku ni jugak.
"Maksud awak, awak cintakan saya sejak awak jumpa saya kat wad haritu?" Soalku.
"Tak. Saya cintakan awak sejak saya jumpa awak di masjid kira-kira 5 bulan lepas," jawabnya. 5 bulan lepas? Bila masa aku jumpa dia?
"5 bulan lepas? Bila masa kita berjumpa?"
"Awak ingat tak waktu ceramah agama Ustaz Mustafa? Masa tu awak angkat bekas-bekas makanan banyak sangat sampai awak pun tak nampak jalan depan. Masa awak turun tangga, kaki awak tersalah langkah dan dalam masa yang sama ada lelaki yang tengah berjalan menaiki tangga masjid. Lepas tu awak, lelaki tu, dengan bekas-bekas makanan sekali jatuh ke bawah. Selamatlah bekas-bekas makanan tu kosong, kalau tak, awak dengan lelaki tu dah mandi kari ayam dengan nasi," ceritanya.
Aku berusaha mengingat. Ya, aku pernah terlanggar orang waktu tu. Masa tu, malu gila, tok sah nak katalah. Selamatlah aku sempat mengelak dari terjatuh ke atas lelaki tu, kalau tak sepuluh kali ganda malu aku. Aku rela abah hantar ke gua, tinggal selamanya kat sana. Dahlah tengah ramai orang. Lepastu, jatuh macam nangka busuk pulak tu. Jatuh pulak sebab langgar lelaki. Ya Allah, malunya aku!
Yang paling kesian lelaki tu, sebab tertindih bekas-bekas makanan yang besar gedabak tu. Tuhla, aku ni poyo sangat nak tunjuk kuat. Sekali tengok depan tak nampak jalan. Sedih betullah jadi pendek ni.
Disebabkan malu tahap nak masukkan kepala dalam cangkerang kura-kura, aku sikit pun tak toleh kat lelaki tu. Aku terus cepat-cepat bangun dan kemas semua bekas makanan yang bertompok kat atas badan dia. Dia boleh pulak rileks je landing kat lantai tu, macam ada remote control tekan pause supaya dia berhenti bergerak dan aku mengemas sorang-sorang kat situ. Aku cuma cakap sepatah perkataan yang aku tak tahulah dia dengar atau tak iaitu "sorry" dan terus blah dari situ. Kat rumah, puas aku kena bahan dengan along dan Anis. Seminggu jugaklah, aku tak keluar rumah. Tak mampu nak tunjuk muka kat jiran. Dan lepastu aku terus balik uni walaupun cuti berbaki 3 hari.
"Ya, saya ingat. Ya Allah, awak pun nampak ke? Ya Allah, malunya saya. Tahu tak, saya dah hantar proposal kat abah dah supaya approve saya tinggal dalam gua je. Tak sanggup saya nak balik rumah, jumpa jiran apa semua," kataku. Dia ketawa berdekah-dekah. Ehhh, panas pulak aku dengar dia ketawa macam tu.
"Kenapa ketawa macam tu? Ada dengar macam saya buat lawak ke Sir Ian?"
"Tak adelah. Aisy, kalau awak tinggal kat gua, macam mana saya nak jumpa awak?"
"Awak kenalah pergi gua cari saya. Sanggup ke tidak?"
"Mestilah sanggup. Sebab saya dah jatuh cinta pandang pertama pada awak," katanya. Peliklah, aku yang jatuh, dia yang jatuh cinta.
"Macam mana awak boleh jatuh cinta pada saya masa tu?"
"Awak tahu tak siapa yang awak langgar masa tu?" Soalnya. Ya Allah, jangan-jangan...
"Jangan cakap tu awak," ucapku. Dia ketawa lagi.
"Ya, honey. Tu saya." Dia sambung ketawa lagi. Ya Allah, malunya aku.
"Serius tu awak?" Soalku. Bukan tak percaya, tapi tak nak percaya.
"Ya. Tak percaya ke?"
"Tak nak. Saya tak nak percaya," kataku sedikit menjerit. Dia ketawa lagi.
"Tapi, dari situlah saya cintakan awak. Dan saya harap awak boleh cintakan saya," katanya. Aku terdiam. Hurmm...bukan sekarang untuk aku cakap 'i love you'.
Tunggulah, Ian. Satu ketika nanti, in shaa Allah.. amiin
YOU ARE READING
LOVE LOCK (NOVEL MELAYU)
RomansaAisy Humaira, selalu didatangi mimpi pelik-pelik. Dia di dalam mimpinya dipanggil dengan gelaran Dang. Sedangkan namanya Aisy Humaira. Pertemuan dengan Megat Adrian semakin mengelirukan dirinya kerana Ian juga pernah muncul dalam mimpinya yang mempe...