Telefonku berdering kuat. Hisshhh...sakit hati betulla, siapa ajelah yang call pagi-pagi buta ni. Tak tahu ke waktu sekarang ni adalah waktu yang paling best untuk tidur.
Aku mencapai phone yang berada di atas meja tepi katilku. Nama 'Ian' tertera di skrin phoneku. Ehemm..ehemm...aku berdehem beberapa kali. Menguji suara agar tak sumbang di hujung telefonnya. Ecehh, perasan merdu betul.
"Hello, assalamualaikum," aku memulakan perbualan.
"Waalaikumussalam. Good morning, sayang," ucapnya ceria. Aku tak mampu mengawal senyum dari terus melebar.
"Hai, pagi-pagi buta awak dah call saya ni. Kenapa?"
"Sayang, bukan awak, 'aaaaabang'. Cuba try panggil macam tu."
"Taknaklah. Awak bukan abang saya pun," hehehe. Aku sengaja menolak.
"Sayang, janganlah macam ni. Panggillah abang, abang nak dengar," rayunya. Aku ketawa kecil. Dia mula membahasakan dirinya abang.
"Tengok tu, ketawakan kita pulak. Abang merajuk kang baru tahu," ucapnya lagi. Hahaha, aku ketawa lagi.
"Laa, merajuk ke sayang? Sorry okay," ujarku. Ishh, lain macam pulak rasa bila sebut macam tu."Ha...kalau panggil sayang pun abang lagi suka. Oklah tu, saya panggil awak 'honey', awak panggil saya 'sayang'. Ok, deal?" Suaranya mula ceria kembali. Aku berfikir seketika.
"Tak naklah. Saya panggil awak abang je, ok?"
"Iyela..iyela. Yang penting jangan panggil saya 'awak..awak' lagi. Dah macam panggil lembu dah," suaranya hambar kembali. Haii, sambung merajuk ke cik abang ni. Aku ketawa lagi.
"Ehh..samelah. Tuhla perasaan saya bila awak panggil saya 'honey'."
"Eh, kenapa pulak?"
"Insecure rasa. Iyela...perempuan ni memang sensitif dengan 'honey'," balasku. Dia terdiam lama. Tak fahamla tu.
"Maksud sayang?"
"Hurmm..tak de apapelaa," jawabku hambar. Hurmm...tak sampai rupanya maksud tersirat aku kat dia.
"Ok,ok. Saya faham. Hahaha..."dia mula ketawa. "Sayang jangan risau, sayang sorang je 'honey' di hati saya. Takkan ada 'honey' kedua, ketiga atau keempat." Ucapnya setelah lama terdiam. Aku tersenyum mendengar kata-katanya.
"Janji?"
"Of coarselah, sayang. Sayang dah solat subuh belum ni? Ke, masih tidur lagi tadi?" Soalnya.
"Dah bangun lagi tadi dah. Solat jemaah dengan mak sekali. Abang?"
"Abang baru je balik dari masjid, sayang. Ni sayang buat apa ni? Ke sayang tengah atas katil nak sambung mimpi balik?" Soalnya. Ehh..dia ni boleh nampak ke aku tengah buat apa? Aku terus membuang selimut ke tepi dan duduk di tepi katil.
"Eh, mana ada. Takkanlah tidur balik," jawabku. Hehehe, tipu sunat. Hurmm...ada ke tipu sunat?
"Hehehe. Sayang baru lompat, bangun dari katil kan?" Katanya lagi. Apekah ini? Dia bela jin tengok apa aku buat ke apa?
"Apa abang merepek ni. Mana ada," aku berusaha menyangkal. Gila nak bagitahu betul-betul. Malulah wei, jatuh saham aku sebagai wanita melayu terakhir.
"Iyela, iyela. Saaayaanggg~" panggilnya meleret dan lembut. Bulu romaku berdiri mendengar panggilannya itu.
"Kenapa?"
"Abang rindulah. Sayang rindu abang tak?" Katanya penuh romantik. Auch, jatuh kejap jantung aku kebawah dan naik ke tempat asal semula.
"Hurmm...rindu jugaklah. Tapi sikiiiit je," balasku. Aku memanjangkan perkataan 'sikit' tu. Dia ketawa kecil.
"Jom jumpa, nak tak? Abang rindu sayang sangat-sangat dah ni," ucapnya perlahan.
YOU ARE READING
LOVE LOCK (NOVEL MELAYU)
RomansAisy Humaira, selalu didatangi mimpi pelik-pelik. Dia di dalam mimpinya dipanggil dengan gelaran Dang. Sedangkan namanya Aisy Humaira. Pertemuan dengan Megat Adrian semakin mengelirukan dirinya kerana Ian juga pernah muncul dalam mimpinya yang mempe...