"Assalamualaikum, pak cik. Ni ada buah tangan sikit,"ujarnya sambil menyalam abah dan menghulur buah tangan ke abah. Abah menyambut sambil tersenyum ramah.
"Ha...Aisy. Ni lelaki yang langgar kau semalam tu. Dia ni datang nak mintak maaf," terang abah lagi. Aku cuma mampu nganga je tengok dia yang dah terangguk-angguk sambil tersenyum tu. Aku meneliti makhluk ciptaan Allah yang berdiri tegak di depan aku tu. Wajahnya, susuk badannya, senyumannya. Semua...saling tak tumpah macam...
Dia ni.....dia ni lah orang yang datang dalam mimpi aku tu! Sah! Tak tipu! Macam mana dia bole keluar dari mimpi aku lepastu menjelma betul2 depan mata aku? Eh...jelmaan ke dia ni? Ada ke jelmaan sehensem ni? Eh...
"Iskandar?" Soalku. Dia mula buat muka hairan dan tersenyum kembali. Dua-dua belah pipinya berlekuk dek dua lesung pipit. Hurmm... jarang lelaki ada lesung pipit kat pipi. Tiba-tiba aku merasa diriku melayang-layang dibawa angin sepoi-sepoi bahasa yang entah dari mana datangnya.
"Awak, saya bukan Iskandar. Tu bukan nama saya," terangnya lalu tersenyum kembali. Kerja dia ni memang senyum aje ke? Untuk seketika, aku melayang kembali. Kenapa dengan aku ni?
"Haah,Aisy. Ni.... Bukan Iskandar. Kau ni tak habis-habis dengan Iskandar. Nama sape yang kau sebut tu?" Tanya abah pulak. Aku masih ternganga melihat dia. Tak mampu nak digest apa-apa yang ada kat kepala otak aku sekarang ni. Aku tak faham apa-apa.
"Kenapa ni, Aisy? Tercengang macam tu sekali tengok orang," tegur abah perlahan. Wajah lelaki itu masih tersenyum sambil memandangku.
"Taklah. Kita tengah belek2 balik memory kita. Mana tahu ade ternampak muka dia masa kemalangan haritu," dalihku sambil tersengih.
"Awak tak perasan kot sebab saya kan dalam kereta. Lepas awak kemalangan, awak terus pengsan. Tapi hebatlah kalo awak bole nampak muka saya," ucapnya sambil tersenyum. Aku terkulat2. Hehehe...malulah pulak. Nak mengelak, tapi memalukan diri sendiri pulak. Nak cover muka yang separuh dah masuk dalam selimut sebab malu punya pasal, aku tersengih cam kerang busuk je. Tapi, tak busukla. Sebab aku baru mandi tadi.
"Awak, saya nak mintak maaf kat awak. Disebabkan nak elak kereta saya, awak kemalangan. Masa tu saya nak cepat sangat, sampai tak perasan awak melintas depan saya. Mintak maaf sangat2 awak," ujarnya jujur. Haah, betul tu. Terkejut aku masa kereta dia tiba2 meng-cross depan aku. Dahla bapak gila laju. Kalau aku tak elak masa tu, agak2 sekarang ni malaikat munkar nakir tengah tanya "ma Rabbuka" kat aku.
"Owhhh....tak pe. Saya pun salah sebab tak perasan kereta awak melintas depan saya," ujarku penuh kelembutan dan kesopanan sebagai anak dara pingitan. Hahaha.... biasela. Orang baru kenal. Nanti dah lama kenal, baru tahu perangai sebenar.
"Lupa nak perkenalkan diri. Nama saya Megat Adrian. Awak boleh panggil saya Ian. Awak?" Senyuman terlukis indah lagi di bibirnya. Aku tak tahulah kenapa dengan aku ni. Apesalla hai anak mak ni mak?
"Saya, Aisy Humaira. Panggil je Aisy," jawabku lalu membalas senyumannya.
"Ian tak kerja ke hari ni?" Soal abah padanya.
"Kerja. Tapi balik awal sebab nak datang melawat," jawabnya.
Berbuallah panjang mereka berdua ibarat dah biase berjumpa. Sesekali terdengar mereka bergurau dan ketawa bersama. Aku yang menjadi pendengar cuma tersenyum dan ketawa halus ketika Ian membuat lawak bodohnya. Kadangkala, ada juga soalan yang menuju padaku. Aku cuma menjawab pendek dan tesenyum. Tak tahulah kenapa, tiba2 aku rasa malu sangat3. Macam ade ekor kucing terlekat kat kepala aku. Aku tiba2 menjadi pemalu+ pendiam + hilang kata2. Xdela aku nak mencelah atau ikut bual sekali.
★★★★★★★★★★★★★★★★★★
Assalamualaikum. Hai awak-awak yang tengah baca tu. Apa khabar? Sihat? Dah makan belum?
Saya nak perkenalkan diri, nama saya...Fadhilahdiella. Umur ** tahun. Tinggal kat Malaysia.Ini novel pertama saya, sorrylah kalau dia macam boring -_- Saya dah berusaha untuk buat sehabis baik dah ni (Peluh-peluh). Hurmmm...tak tahula nak cakap apa lagi untuk perkenalan pertama ni. Hehe... Harap korang enjoy baca novel ni. Nanti kita jumpa lagi ok. Bye!!
YOU ARE READING
LOVE LOCK (NOVEL MELAYU)
Любовные романыAisy Humaira, selalu didatangi mimpi pelik-pelik. Dia di dalam mimpinya dipanggil dengan gelaran Dang. Sedangkan namanya Aisy Humaira. Pertemuan dengan Megat Adrian semakin mengelirukan dirinya kerana Ian juga pernah muncul dalam mimpinya yang mempe...